Monday, 17 July 2023

Telur separuh masak

Masa saya kecik dulu, ayah saya selalu bela ayam. Biasanya dia akan bela seekor ayam jantan dan beberapa ekor ayam betina. Katanya, ayam jantan tu untuk buat baka jadi abang kawasan, so cukup seekor sahaja. Yang betina tu yang kena banyak sebab nak suruh bertelur dan membiak. Dan setiap kali ayam betina tu bertelur 'sulong', ayah saya akan ambik telur tu untuk buat telur separuh masak. Ayah dan nenek saya memang biasa makan telur separuh masak. Paling menarik bila nenek saya letak telur mentah dalam kopi O panas. Sungguh, rasanya enak macam minum kopi susu. Saya pernah cuba masa kecik dulu. Tapi nenek saya tidak turunkan amalan meminum kopi bertelur itu kepada saya maka tidaklah saya menjadikan ianya sebagai amalan juga. Cukuplah sekali rasa masa kecik dulu, lepas tu dah sudah. Lagipun saya lebih suka minum teh berbanding kopi. (Kecuali Starbuck.😁)  

Berbanding nenek, ayah saya memang jadikan telur separuh masak sebagai makanan saya. Seringkali ayah saya akan buatkan yang special untuk saya. Dia yang masak, dia yang pecahkan ke dalam mangkuk, tuang kicap siap letak sudu. Saya hanya duduk mengadap makan panas-panas. Malangnya, ayah saya tidak turunkan resepi telur separuh masaknya... dan hingga kini saya tidak pandai buat telur separuh masak. Dah banyak kali cubaan asyik menemui kegagalan. Akhirnya bila rasa nak makan telur separuh masak saya akan cari di kedai Mamak sahaja.

Semalam, usai keluar berjogging dengan hubby, kami singgah sarapan di Restoran Syed Bistro, Taman Permata. Sambil order roti canai saya pekena dua biji telur separuh masak. Alhamdulillah kenyang sampai ke petang.

Cantik kejadiannya.

Tambah soy sauce & pepper.

Tq hubby sebab raikan saya hirup telur separuh masak depan-depan walaupun dia sendiri tak lalu nak makan. (Setiap kali saya order dan hirup telur separuh masak dia akan pandang tempat lain...😁🤣). Gitulah, give and take kata orang.

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...