Thursday 6 July 2023

Ngopi @ Tim's Teapot Terrace, Melawati.

“Jom try Tim’s Teapot…” Apa lagi... makcik ni pantang diajak, laju je kita setuju. Dah lama saya lalu-lalang kat sini serta mendengar cerita tentang tempat ini. Kata mereka servisnya bagus dan makanan pun boleh tahan. Depa serve western food. Hiasan dalaman pun cantik dengan English style, sesuai untuk feeling-feeling nak berdating tanpa anak-anak. So sekadar untuk mencuba kita singgah dulu buat ghaso-ghaso.

Hubby order English tea.

Teaport yang menarik.

Mushroom Quiche for hubby, not bad kalau suka rasanya.

Fish and chips for makcik (tapi sharing is caring).

Sepatutnya minum teh tapi makcik went for coffee hazelnut latte.

Review? Alhamdulillah makanan sedap dan harga berpatutan. Boleh datang lagi, nak rasa western food yang lain pulak. Kami datang pada petang hari Ahad, so parking no problem. Kami dapat parking betul-betul depan pintu masuk kedai. Kalau nak datang pada masa lain mungkin kena fikir semula sebab parking di kawasan situ sangat limited.

Sekian. 😊

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....