Thursday, 27 July 2023

Tebang pokok mangga tepi rumah.

Dah lama saya dok berkira-kira nak tebang pokok mangga epal tepi rumah ini. Saya tanam sejak mula masuk rumah ni. Dah lebih 10 tahun usianya. Buahnya agak lumayan bila tiba musim buah tapi malangnya rasa buahnya sangat masam. Walaupun begitu buah mangga itu sentiasa menjadi tarikan gerombolan monyet yang datang bertandang. Biasanya buah mangga tu memang tak sempat masak. Depa main petik sahaja buah yang ada, bila rasa masam depa campak ke tanah berlonggok-longgok. Dan beberapa kali juga jiran bagi cadangan supaya saya tebang sahaja pokok ni dan tanam pokok baru.

Cerita asal keberadaan pokok ini, boleh baca di sini.

https://umminina.blogspot.com/2015/10/mangga-epal.html

https://umminina.blogspot.com/2014/05/mangga-epal.html

Setelah mengambil kira semua faktor dari segala segi maka saya cari/upah orang untuk tebang pokok yang penuh dengan memori suka duka. Sebelum rebah kita ambik gambar dulu buat kenangan.

Final shot sebelum rebah.

Tinggi melepasi bumbung rumah.

Dah ada bahagian batang/ranting yang mati dek penyakit dalaman gamaknya.

Pada hari yang dijanjikan, orang tebang pokok tu datang dalam pukul 9:15 pagi. By pukul 9:30 pagi dia dah mulakan kerja-kerja memotong ranting dan dahan kecil dari bahagian atas pokok. Lepas tu baru potong di bahagian bawah pulak. Kemudian dia kumpul semua dahan dan pisahkan bahagian daun, kumpul dan campak ke dalam lori. Akhir sekali baru dia potong batang/tunjang. Alhamdulillah semua kerja siap dalam masa dua jam sahaja.

Lengkap segala peralatan memotong.




Almost there.

Selori.

Done.

Terang benderang.

Sebelum ini pun saya dah pernah upah orang tebang pokok mangga belakang rumah. Depa caj RM750. Kali ini depa caj RM950, okaylah bila mengambil kira inflasi, kos sara hidup dan sebagainya. Saya bayar cash dari tabung yang ada. Lepas tu kita claim dari bos besar.

Cerita tebang pokok sebelum ini boleh baca di sini:

https://umminina.blogspot.com/2018/08/tebang-pokok-akhirnya.html

Hari ini apabila saya melihat kembali tunggul pokok mangga yang tinggal, terasa sesuatu jauh di sudut hati. Benarlah kata orang, bila sesuatu itu pergi dia membawa sekali sebahagian dari cerita hidup kita. Semoga yang baik-baik sahaja selepas ini.

Sekian. 😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...