Thursday, 13 July 2023

Lunchdate with anakanda putri @ Kajang

"Dayah free kul brapa? Jom lunch…" Sejak anak nombor 2 ni mula kerja kat Kajang asyiklah umminya ini sibuk bertanya bila dia free nak ajak keluar dating. Masa mula-mula masuk kerja hari tu memang sangat sibuk sebab kena tagging. Bila dah masuk minggu kedua dah off-tag, bolehlah curi masa untuk keluar masa lunch hour.

"Kita jumpa kat mall teruslah. Metropoint depan hospital je. Dayah boleh jalan kaki cross jalan..." 

Pada hari yang dijanjikan saya keluar rumah dengan hubby. Konfiden je saya search mall di Kajang. Bila keluar Plaza Metro Kajang dalam carian, terus saya tekan direction. Bila sampai depan mall tu rasa macam pelik pulak sebab tak nampak pun hospital di seberang jalan. Yang ada hanyalah jalan yang sangat sibuk, penuh dengan trafik dan kereta double parking. Rupa-rupanya kat Kajang ni ada dua mall. Salah search rupanya. So saya waze semula ke Metropoint Kajang. Dekat je sebenarnya, dalam 3 minit drive dah sampai. Parking sekitar memang penuh, so kami turun ke basement. Lepas tu naik lif ke lobi di ground floor.

Plaza Metro Kajang… salah mall pulak.

Ni baru betul. Metropoint basement, tunggu lif ke lobi Gound Floor.

Mall dia sederhana besar. Cukuplah untuk cari kedai makan. Kami singgah di Secret Recipe, cari sudut yang agak selesa untuk berborak. 

Ruang mall yang tenang walaupun tengah lunch hour.

Makcik punya.

Everybody else's.

Borak takkan pernah habis… next time sambung lagi.

Cukuplah boleh spent masa makan, borak, makan, borak dicelah-celah kesibukan lunch hour selama satu jam. Usai makan kami keluar jalan kaki lintas jalan, pusing-pusing sekitar hospital ambik feel tempat anakanda bekerja. 


The proud daddy.

Semoga anakanda putri dapat terus menabur bakti dan gembira di tempat baru dan sentiasa dalam perliharaan Allah hendaknya.🌷

Sekian.😊

No comments:

Jom balik KB, bercuti dan makan-makan

Bila hubby ajak balik KB saja-saja bercuti dan jalan-jalan cari makan laju sahaja isteri mithalinya ini bersetuju dengan segala perancangan....