Monday, 17 July 2023

Lunchdate & jalan-jalan cuci mata @ Ikea Cheras.

Harini tiba-tiba terasa nak gi cuci mata kat Ikea. Bila hubby bermurah hati nak temankan maka terus sahaja kami ke Ikea Cheras. Dekat je dengan rumah. Dalam 20 minit drive dah sampai, (provided bukan waktu puncak). Kami gerak usai solat Zohor. By pukul 2 petang dah tiba sana. 

Oleh kerana first time datang berdua maka saya cari jalan menggunakan google map. Nampak je bangunan Ikea terus cari signboard untuk masuk parking. Kami masuk je memana parking lot yang available. Rupa-rupanya kami masuk parking Mytown. 

"Takpe... kita explore je, bukannya ada kekangan masa pun..."

Kami naik escalator ke ground floor Mytown lepas tu berjalan kaki menghala walkway/link ke Ikea. Saya dah pernah datang area situ so bolehlah berjalan sambil gagau tengok signboard. 

Apa-apa pun kita isi perut kat restoran Ikea dulu. Kali ini kita pilih rice free menu, setiap satu dish kami share dua orang. Sharing is caring... gitu.



Misi sebenar adalah mencari bakul rotan buat letak mainan cucu-cucu. Tapi bila jumpa macam tak sesuai pulak nak letak mainan dalam bakul tu. Kata Tok ayahnya, takut terluka jari cucu-cucu terkena bahagian rotan yang tajam nanti. So kita tukar guna kotak sahaja. Lebih selamat dan nampak lebih kemas.

Bila dah siap beli dan bayar haruslah keluar ikut pintu keluar Ikea. Dah jenuh pulak nak menggagau cari jalan ke parking lot Mytown. Sepatutnya ada jalan pintas dari parking Ikea ke parking Mytown, tapi saya lupa exactly kat mana kotak parking kereta kami tadi. So kami masuk Ikea semula sambil hubby usung kotak-kotak yang dibeli tadi, cross jalan ke link/walkway untuk masuk semula ke Mytown, lepas tu turun escalator cari trail ke parking. Alhamdulillah saya dah buat walking trail masa on the way datang dengan mengingati nama-nama kedai yang ada sepanjang jalan. So bila nak balik kita follow sahaja trail tadi. Kesian tengok hubby sakit tangan dok mengusung kotak-kotak tu namum demi cucu Tok ayah gagahi jua.


Dah lama saya dok berangan nak beli bakul Ikea ni. Hari tu dah lama out of stok. Pagi tadi tetiba terasa nak tanya pakcik Google. Rupa-rupanya depa dah re stock. So bolehlah kita gi cuci mata.


Kat shopee pun ada.

Anganan.

Sebenar.

Alhamdulillah selamatlah dua orang makcik-pakcik pencen menghabiskan misi marathon pada hari ini. Yang penting, kita tenang-tenang sahaja, jalan terus mengharungi apa sahaja dugaan yang datang.

Sekian. 😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...