Thursday, 6 July 2023

Aidil Adha 2023... cara kita

Aidil Adha tahun ini jatuh pada hari Khamis 29 Jun 2023. Hari ini 6 Julai 2023. Bermakna baru seminggu yang lepas kita berhari raya tapi rasa macam dah lama berlalu. Tahun ini kami beraya di KL sahaja. Kebetulan anak sulung dah balik kampung suaminya sehari sebelum hari raya, yang nombor 2 pulak balik seorang diri sahaja sebab suaminya kena oncall dimalam raya, nombor 4 beraya di rumah mertua dan nombor 5 beraya nun jauh di perantauan. Tinggallah nombor 3 yang baru mendapat cahaya mata sambung berpantang di rumah. Meriahlah jugak dengan acara masak memasak dimalam raya dengan anak nombor 2 dan 3, seorang menantu dan cucu. 

Untuk menu raya, saya cuma masak kari daging, ayam masak merah serta acar nenas dipadankan dengan nasi minyak untuk juadah dihari raya. Semua lauk saya dah siapkan sejak malam raya. Pagi raya saya cuma masak nasi minyak dan buat acar sahaja. Tahun ini saya lari dari kebiasaan merendang dan mengukus nasi dagang dipagi raya. Alhamdulillah jimat masa dan tenaga yang tinggal tidak seberapa ini.

Ready nak gi solat raya, sementara anak nombor dua nak keluar menjemput suaminya habis oncall di hospital.

Usai solat raya kami menjamu selera ala kadar sahaja. Tiada siapa yang available nak setting meja hidangan raya, so kita berpada sahaja dengan apa yang ada. 

Gambar raya? Pun tak ada sebab semua orang tidak bersedia dalam masa serentak. Cukuplah sekadar shot-shot di sana sini buat kenangan dimasa akan datang.

Tok ayah excited nak beraya dengan cucu baru.

By zohor baru anak menantu nombor 4 pulang beraya memeriahkan suasana. Seperti biasa disebelah petang hari raya hubby akan bawa semua yang balik beraya keluar jenjalan, ambik angin dan makan-makan disekitar bandaraya. Kali ini kami ke The Linc, KL. Sambil tu haruslah merakam momen penting sebagai kenangan.

Us girls… as always, gedik-gedik syok sendiri.

One on serius mode.

Ngopi di petang Aidil Adha @ Ben’s The Linc. (Kopi belum sampai).

Flat white for makcik.

First time saya jejak kaki ke The Linc ini. Cantik rupanya tempat ini. Tapi macam hanya sesuai untuk orang have have. Bolehlah sekadar nak jalan-jalan cuci mata dan posing-posing ambik gambar. Supermarketnya sangat luas dengan open concepts. Barang pun banyak pilihan tapi agak pricey.

Suka tengok rimbunan pokok di sini.





Pameran lukisan.


Alhamdulillah, done Aidil Adha 2023. Walau tiada apa yang menarik tetap juga kita abadikan dalam blog sebagai kenangan. Kot-kot nanti terlupa ingatan bolehlah kita buat rujukan. Maklumlah setiap tahun ada sahaja benda yang hendak digaduhkan…nak masak apa, beraya kat mana, etc, etc. So, kalau ada catatan bolehlah kita jadikan hujah. Namun tahun ini sangat tenang… setenang air yang jangan disangka tak ada buaya. Gitulah kehidupan.

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...