Friday, 3 August 2018

Tebang pokok..... akhirnya.

Sejak musim hujan sekarang ini pokok-pokok sekitar rumah saya bertambah segar dan makin galak mengeluarkan daun. Seperti selalu pokok mangga kat belakang rumah tu menjadi juara rimbun. Dan seperti biasa juga daun-daun yang merimbun tu menyesakkan pandangan mataku. Lagipun dahannya dah menghampiri tiang elektrik dan daun-daunnya makin mencecah wayar elektrik yang tergantung sepanjang jalan belakang rumah. Maka sebelum apa-apa berlaku baik saya cepat-cepat ambik tindakan. Tebang ajelah jalan penyelesaiannya. Sebenarnya dah lama saya dok merancang nak tebang pokok tu tapi ada sahaja halangannya.....


Dah masuk kali ketiga saya buat temujanji dengan pemotong pokok. Awalnya saya tak letak harapan sangat sebab yang dua kali sebelum ini bukan  main manis janjinya nak datang siap bawa lori untuk angkut batang-batang pokok tu. Kita ni punya la setia menunggu dah siap redi dengan duit cash. In the end bayang pun takde..... Sabo jelah.

"Saya cuba datang esok Kak. Kalu tidak boleh, saya datang hari Jumaat. Boleh siap dalam masa 1-2 jam."

Beriya-iya saya pesan suruh datang dengan lori angkut. Saya suruh depa datang awal pagi sebab pada jam 12 tengahari saya ada lunchdate dengan cikgu-cikgu pencen. Lepas tu saya nak terus gerak ke Nilai pulak. Alhamdulillah seperti yang dijanjikan tepat jam 9.30 pagi depa datang siap bawa mesin pemotong. Tapi depa naik kereta sahaja. Saya tinjau-tinjau cari lori.

"Nanti dah siap potong lori datang ambik....." Agaknya depa faham apa yang ada dalam fikiran saya. Risau pulak saya takut depa tinggal batang-batang pokok tu begitu sahaja. Kang tak pasal-pasal kena saman dengan MPAJ. Dah la saya dok kalut nak keluar dating.



Sekejap je dah siap potong. Cara kerja depa nampak profesional. Siap ukur angle untuk pastikan batang pokok tu tumbang di tempat yang selamat.


Lepas siap potong batang-batang pokok tu depa campak keluar pagar belakang rumah. By pukul 11 pagi semua kerja punggah memunggah siap dan depa pun minta diri nak balik.

"Nanti tengahari lori datang Kak..... sekarang lori ada kerja di Sentul....." Hmmm.... lagi lah saya risau bila tengok longgokan batang pokok kat belakang rumah. Doa je dalam hati mudah-mudahan depa tak mungkir janji.


By the time saya balik dari lunchdate semua dah setel. Seperti yang depa janji, semua batang-batang tu depa dah angkut naik lori masa saya tengah bersuka-ria dengan kawan-kawan tengahari tadi. Alhamdulillah berbaloi bayar RM750 untuk servis yang tip-top begitu. 

Dah clear, buruk pulak nampak togel macam tu....

Lepas ni bolehlah teruskan dengan projek makcik pencen....Nak cat dinding tembok, nak tanam pokok baru (???), nak pasang bumbung.... nak extend dapur, nak tambah bilik...... bla, bla, bla... adeh!

Sebelum dan selepas....


PS: Tetiba macam-macam benda bertandang dalam kepala.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...