Tuesday, 14 August 2018

Chess....?

Sejak habis matrik bujang sorang tu asyik melepak je. Kalau kat kampung boleh juga suruh pi masuk hutan ke, membajak ke, bela ayam ke.... Kat rumah ni tak ada benda nak buat maka mengadap laptop jelah. Kalau tidak pun merenung hp. Hopefully terselit jugaklah benda-benda bermanafaat daripada dalam hp tu. One good thing anak-anak bujangku ini tidak suka melepak dengan kawan-kawan. Paling-paling pun depa pi main futsal lepas tu makan-makan sekejap lepas tu terus balik rumah. Kadang-kadang naik risau jugak takut depa tak pandai bersosial. Tapi bak kata hubby, lebih baik depa melepak di rumah depan mata kita daripada melepak kat luar tak tahu apa benda yang mendatang..... 

Tak sangka pulak dalam diam bujang ni pi register masuk chess tournament. Katanya nak test power. Alhamdulillah daripada dok saja, sekurang-kurangnya adalah juga benda nak buat. Maka hari Ahad baru ni pertama kali saya menjejakan kaki ke Sunway Velocity Mall. Tak pernah terniat pun nak ke situ. Kalau takde hal memang malas nak masuk shopping mall. Penat nak berjalan-jalan tanpa tujuan. Dah puas dah berwindow shopping masa muda-muda dulu.... Nak cari parking pun satu hal. Jenuh memusing baru jumpa. Lepas tu nak kena menapak cari eskelator dan lif pulak. Hmm....


Alhamdulillah kami tiba on-time. Sempat dengar taklimat tapi sepatah haram pun saya tak paham. Yang saya tahu depa dah susun kedudukan ikut komputer. Depa guna sistem Swiss. Advantage untuk yang dapat buah putih sebab boleh jalan dulu lead the game. Apa-apalah labu.... Main jelah sampai habis tujuh round dari pagi sampai petang.

Lama jugak taklimatnya....

Awal-awal masih boleh senyum lagi.....

Serius tiba-tiba....

Khusyu' pakat dengar taklimat....


Saya tunggu sambil tengok round pertama. Suspense jugak dok menunggu tengok depa main. Alhamdulillah bujangku dapat kalahkan peserta lawannya dalam masa 15 sahaja walaupun depa peruntukan masa selama 30 minit. Lepas tu rehat selama 15 minit sebelum masuk round seterusnya. Lepas round pertama kami pi minum-minum sekejap nak bagi hilang tension sikit. 


Konon buat muka gangster padahal nervous nak masuk second round...

Hubby suruh saya tunggu sampai habis. Tapi malas pulak nak duduk tercongok kat situ sampai petang. Banyak benda boleh buat kat rumah. So, masuk je second round kami balik. Singgah pi cari lunch kat Taman Maluri. Bawa balik empat bungkus nasi kukus daun pisang. Setel lunch membawa ke dinner....

Aturcara.

By pukul 3.30 petang kami gerak semula ke sana. Sekali lagi timbul masalah mencari parking. Setelah empat lima kali pusing akhirnya kami dapat parking kat bahagian residence. Depa ada dua tower. Satu untuk residence satu lagi untuk shopping mall. Disebabkan kami parking kat bahagian residence maka kena naik eskelator keluar bangunan residence lepas tu masuk ke bangunan shopping mall. Seterusnya naik lif ke tingkat 5. Alhamdulillah program habis seperti yang dirancang. 

Tahniah untuk bujangku....Out of seven rounds menang 3 kali, kalah 3 kali dan seri 1 kali.....

Sijil kosong untuk isi nama sendiri....


PS: Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya....


No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...