Showing posts with label Dating. Show all posts
Showing posts with label Dating. Show all posts

Thursday, 27 July 2023

Sarapan @Melawati, Lunch @Putrajaya.

Sempena cuti awal Muharram 2023 haritu kami ambik kesempatan keluar awal pagi untuk berjogging di Taman Tasik Titiwangsa. Elok je dapat parking, tetiba hujan turun agak lebat, maka terpaksalah kami berpatah balik. Bila tak dapat jogging pandai pulak perut ni berkeroncong. Moh ler kita cari sarapan pulak. Dah alang-alang berada di area Titiwangsa kami buat lencongan cari sarapan di Kelate Kitchen, Setapak. Bila sampai sana, tutup pulak. Apa nak dikata, nasib malang asyik mengekori kami hari ini. Takpe… kita teruskan perancangan menghala ke kafe Mak O Mak, Melawati pulak. Alhamdulillah depa bukak as usual, so kami order dua menu dan mengekalkan konsep sharing is caring… half for me and another half for you. Gituh.😊

Nasi lemak for him.


Breakfast set for makcik.

Usai sarapan kami terus balik rumah. By tengahari kami ke Putrajaya untuk melawat cucu-cucu terchenta. Sebelum tu kita melencong ke IOI Mall dulu. Kami belum pernah pergi ke IOI Mall sendiri sebab biasanya ditemani anak-anak. 

“Kita redah je… bila anak-anak sibuk nanti pun kita kena sendiri jugak…” hubby memang sentiasa positif. So dalam keadaan agak cuak saya menurut sahaja sambil buat walking trail. Kami parking kereta kat Carpark C. Pengunjung agak ramai dek cuti awal Muharram. Kami masuk Parkson cari baju hubby lepas tu jalan-jalan window shopping cuci mata kat Symphony Walk.

Tanda tempat parking dulu.

"Jom try Coliseum Cafe..." disebabkan saya masih belum kenyang, laju sahaja saya mengiyakan. Saya order dua menu… tapi of course lah mengekalkan konsep sharing is caring lagi. Harganya boleh tahan jugak, tapi apa salahnya sekali sekala. Servis pun tip-top.

Mushroom soup with bread.

Wagyu burger for makcik.

Usai makan seperti biasa kita melawat cucu di Conezion hingga petang. Balik rumah kita order char kuetiew for dinner pulak. Selesai sudah urusan makan minum sepanjang hari ini. Hilang semua planning jogging, kita ganti dengan kalori berkoyan-koyan pulak. Lepas tu asyik salahkan penimbang bila bacaan tak pernah turun setiap kali timbang. Entahlah…

Sekian. 😊

Wednesday, 26 October 2022

Lunchdate @ Aeon Taman Maluri, Cheras.

“Jom lunch harini.” Dah jadi rutin pulak setiap minggu hubby akan ajak keluar lunch. Dan seperti biasa saya akan keluar rumah pukul 12:00 tengahari dan pick-up hubby kat tempat kerja. Lepas tu terus ke mana-mana destinasi yang sesuai untuk makan tengahari.

Hari ini kami ke Aeon Taman Maluri, Cheras. Parking agak payah memaksa kami ke parkir di roof top. Walaupun hujan lebat kita redah sahaja. Oleh kerana takde menu tertentu yang terhajat di hati maka kami jalan-jalan pusing mall melihat suasana sahaja. Nanti bila ada yang berkenan di hati baru kita singgah makan. Lagipun hubby tiada kekangan masa untuk masuk kerja semula. Restoran agak banyak… pilih sahaja apa kita suka… nak makan Western, Cina, Jepun, Melayu, Arab, fast food… semua ada. Selepas beberapa pusingan akhirnya kami pilih makan di food court sahaja. Menu pilihan hubby, haruslah  selera Kelantan. Sebagai isteri mithali kita turutkan sahaja. 

Selera Kelantan jugak yg dicarinya.


Malangnya kebanyakan menu Kelantan semuanya out of stock. Yang ada hanyalah menu ala Thai. Saya order set nasi putih, tomyam seafood, telur dadar dengan sambal belacan (RM15.90) sementara hubby tambah siakap sweet sour ala-carte (RM26.90) dengan nasi putih. Alhamdulillah tomyam seafood sangat enak, berbaloi-baloi dengan harganya. 

Usai makan kami jalan-jalan pusing mall sambil window shopping. Saya cuma jeling-jeling cuci mata sahaja. Apa-apa yang berkenan di hati nanti kita datang kemudian.

Sekian cerita hari ini.😊

Tuesday, 20 September 2022

Lunchdate @ Lotus Ampang

“Jom keluar lunch. Harini free sikit…takdak meeting.” Sejak tempat kerja hubby hanya sepelaung dari rumah, selalu sahaja kami ambik peluang untuk keluar lunch bersama. Kali ini kita cuba cari makan kat Lotus Ampang. Dah lama saya tidak ke sini… lama sebelum depa tukar nama daripada Tesco dulu. Tempat ni kira kat tengah-tengah antara rumah dan tempat kerja hubby. Fair and square katanya.

Ambik gambar parking lot dulu, takut sesat tak jumpa cari kereta nanti.😅

“Kita makan pizza jelah… malas nak makan nasi dah”. Pagi tadi saya dah goreng nasi untuk sarapan, so untuk lunch memadai kita makan pizza sahaja. 


Cantik jugak hiasan dalaman kedai ni.

Dah masuk kedai pizza ni terpaksalah makcik belajar jadi orang muda semula. Nak kena scan QR code dulu untuk place order sebab depa takde buku menu. Lepas scan kita login guna nombor hp lepas tu bolehlah pilih menu. Makcik main tekan-tekan je apa yang patut. Alhamdulillah dapatlah menikmati hidangan tengahari dengan gumbira. 


Salad... as always.


Usai makan dan hantar hubby ke kereta saya sambung shopping groceries dan barang-barang rumah di pasaraya Lotus. Satu perkara yang saya kurang senang di sini ialah masalah mereka yang suka menahan kita di sepanjang jalan menuju ke parking lot. Kita tengah tolak troli, nak angkat barang masuk bonet, ada saja yang datang menyapa… nak promote baranglah, nak minta sedeqahlah, nak buat surveylah… Tapi makcik tetap layan dengan senyuman. Moga Allah bantu selamanya.🌹

Thursday, 17 March 2022

Sarapan @ Kafe Mak O Mak, Taman Melawati.

"Jom keluar breakfast esok..." Sejak malam tadi hubby dok cari tempat nak bawa isteri mithali ni sarapan di luar. Kita turutkan sahaja ke mana dan di mana hala tuju sarapan itu. 

So pagi tadi seawal jam 8:00 pagi kami dah tercongok dalam kereta join jalan jam sekali dengan mereka yang keluar nak pi kerja. Sebenarnya tidaklah jam mana pun tapi biasalah traffic light dekat Masjid al-Ridhuan Ulu Kelang ni selalu lama. (penatnya melalui traffic jam ulang alik masa anak-anak masih bersekolah dulu terimbau kembali).

"Kita try Kafe Mak O Mak... kat Melawati." Dah beberapa kali hubby bercadang nak bawa saya sarapan di sini selepas depa bersarapan bersama kawan sekolah menengah dulu. So, to Kafe Mak O Mak we go.

Nice place.

Lempeng with rendang kerang and Mocha caramel for makcik.

Rendang kerang dia sedap, tak pedas sangat.


RM59.40 untuk dua orang pencen. Jenuh nak perabih.

Makcik muka happy dapat makan.😁

Portion hidangannya agak banyak. Kalau untuk perut saya memang tak boleh habis. Harga, a bit on the high side tapi kalau mampu apa salahnya sebagai sokongan untuk anak muda berniaga. Suasana pun okay, tertutup dan berhawa dingin. Juga sesuai buat tempat berbincang business juta-juta. 

PS: Lepas ni kena fikir nak masak apa pulak untuk lunch dan dinner nanti.

Kenduri @Batu Caves

Pagi tadi saya berkira-kira samada hendak memenuhi undangan kenduri kahwin atau tidak. So pepagi lagi saya dah masak nasi lemak buat sarapan...