Wednesday, 8 April 2026

Teman Hubby Buat Kerja @Datum Jelatek

Setiap kali menemani hubby buat kerja di kedai kopi saya akan bawa Ipad dan buat 'kerja' saya sekali. Biasanya kedai kopi menyediakan free wifi. Kalau di Datum Jelatek sebelum ini, kami akan mengopi di Jamaica Coffee. Depa bagi free wifi. Malangnya Jamaica Coffee dah tutup dan diganti dengan Kenangan Coffee. Saya tak pasti Kenangan Coffee sediakan free wifi atau tidak sebab tidak dinyatakan dalam resit. Malas pulak nak bertanya sebab saya memang ada tnet sendiri. So kita guna sahaja selagi ada data. So far kedai kopi yang saya paling suka ialah Coffee Bean & Tea Leaves di Alpha Angle. 

Adakala saya cuma duduk membaca novel kemudian jalan-jalan cuci mata sekitar shopping Mall. Malangnya di Datum Jelatek ini, banyak kedai yang dah tutup. Yang tinggal hanya beberapa kedai termasuk kedai Mr DIY, yang masih bertahan hingga kini. Ada kedai Eco baru dibuka tapi saya belum terasa hendak menyinggah lagi. Ada kedai bunga PISB yang juga masih bertahan. Kali ini saya berlama-lama dalam kedai bunga PISB menikmati keindahan bunga-bunga hiasan dalam kedai sambil berangan. 

Usai urusan kami singgah makan tengahari di Chicken Rice Shop. Dah lama saya mengidam nak lepak makan di sini. Kami ambik lunch set for two. Alhamdulillah kenyang hingga kepetang... ala-ala OMAD pulak.😁

Chicken Rice Shop.

Lunch set.

Saya sempat membeli sepasu pokok hiasan di PISB tadi bagi menambah ketenangan dalam rumah.

Pokok hiasan dari PISB.

Mudah-mudahan suasana tenang dalam rumahku syurgaku kekal terpelihara. Moga Allah mudahkan. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Saturday, 28 March 2026

Birthday Cucu @ Pavilion Bukit Jalil

Sabtu 7hb Februari 2026

Tahun ini cucu sulong saya dah masuk 9 tahun, manakala adiknya masuk umur 6 tahun. Oleh kerana birthday mereka selang sehari sahaja maka setiap tahun Mummy Daddy buat sambutan birthday sekaligus. Kali ini depa buat di Play House by Mattel, Pavilion Bukit Jalil. Kebetulan di situ disediakan tempat ala-ala taman permainan, mudahlah untuk jemputan kawan-kawan (kanak-kanak) bermain sama-sama. Nenek dan Tok ayah hanya datang memeriahkan suasana sahaja.

Kakak is 9th whilst adik is 6th.

Whole family… missing Cicu & Pacu.

With my first born.

Nenek tumpang kalut dalam pool bola-bola.

The Girls… as always.

The girls… again.

By pukul 1:30 pm semua pun dah lapar, so kita sambung cari makan tengahari pulak. Kami ke Restoran Seniman di Level 4 yang menghidangkan menu masakan kampung. Kami order tiga set menu. Saya pun dah lupa apa nama menunya. Depa hidang dalam talam, cukup untuk makan sekeluarga.

Menu 1

Menu 2

Menu 3.

Tak berapa full house.

Usai makan saya jalan-jalan sekitar mall. Oleh kerena ketika itu masih dalam suasana raya Tahun Baru Cina, semua tempat pun warna merah. Kiri kanan depan belakang semua ada warna merah. Kami tidak berlama-lama bagi mengelakkan jalan jam nak balik rumah.

Merah…

… dan merah lagi.

Semoga cucunda membesar dengan baik, menjadi penyejuk mata ayah bonda dan keluarga. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Ps: Kenapa entah, gambar semua pecah.

Melaksa & Geng Cg Pencen al-Amin @Ampang

Jumaat 23hb Januari 2026

Sekian lama tersimpan dalam drafts, baru ada peluang nak sambung mencatat cerita makan-makan bersama cikgu pencen lebih dua bulan lepas. Acara makan-makan bersama ini dah jadi macam rutin setiap kali kawan yang tinggal di Oman pulang bercuti ke Malaysia. Biasanya kami keluar makan di kedai/restoran. Tapi kali ini kita berkumpul di rumah saya sahaja memandangkan ramai yang kebih selesa duduk berborak dengan suasana dalam rumah. Masing-masing bawa potluck. Sebagai host kita masaklah apa yang patut sesuai dengan kesihatan warga pencen. Bagi mengurangkan makanan lemak dan manis saya bawakan menu Laksa Utara. Saya tak pasti bila kali terakhir saya masak menu laksa ni, tapi kita cuba polish skill memasak yang hampir berkarat ini.

Saya rendam laksa kering semalaman. Esoknya saya rebus air hingga menggelegak dan masukkan laksa yang dah kembang dan biarkan hingga laksa menjadi lembut. Kemudian angkat dan toskan air dan basuh semula dengan air paip.

Laksa is done.

Untuk kuah, saya rebus 12 ekor ikan kembung saiz besar dan biarkan sejuk. Saya perisi isi ikan dan blend. Tulang-tulang dan kepala ikan pun saya blend berasingan dan tapis airnya. Saya blend bawang merah, bawang putih dan tambah cili boh. Saya campur semua bahan ke dalam periuk besar, tambah air dan masukkan asam keping, serai. Biar mendidih baru masukkan daun kesum, bunga kantan dan garam. Biarkan mendidih lagi dan tambahkan apa yang patut sehingga kita puas hati (syok sendiri) dengan kesedapan kuahnya. 

Kuah laksa is done.

Alhamdulillah penuh meja dengan pelbagai potluck.

Us.

Sambil-sambil itu kita raikan birthday rakan seperjuangan. Terima kasih untuk sahabat yang bawakkan birthday cake yang mewah. Lepas tu boleh sambung berborak dan update kehidupan sambil berselpi-wefi.

January baby. 🥰

Happy birthday untuk makcik jugak.😁


Seronok walaupun hanya dapat berjumpa sekali-sekala. Semoga ukhuwwah berpanjangan. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Balik KB 2026: Day 3

Khamis, 5hb Februari 2026

Oleh kerana seharian semalam kami laki-bini diuji dengan perut yang meragam maka pagi ini kami hanya bersarapan di kafe hotel sahaja. Alang-alang dah termasuk dalam kos bayaran bilik hotel, kita makan sahaja apa yang berkenan. Tapi seperti biasa sahaja saya hanya ambik bubur nasi dan salad. 

Salad as starter.

Planning hari ini adalah untuk menziarahi kubur arwah mertua di Banggol dan melawat saudara mara terdekat di kampung sekitarnya. Usai sarapan di hotel kami terus keluar melawat kubur seterusnya ke Kg China melawat sepupu hubby, anak-anak kepada kakak arwah ibu mertua saya. Seterusnya kami ke Kampung Banggol melawat sepupu hubby yang lain pulak. Mereka ini adalah anak-anak kepada abang ibu mertua saya. Bila ibu-bapa semua telah meninggal tinggallah generasi anak-anak meneruskan hubungan silaturrahim bersama sepupu sepapat.

@Kubur Banggol.

Menu nasi dagang by Cik Yah, sepupu hubby.

Cantik pulak pokok orkid yang bergantungan ini.

Dengan sepupu hubby, Cik Yah dan Kak Dah.

@Kg China, KB.

Tenang.❤

Sepupu-sepupu hubby sebelah ibu @ di Kampung Banggol.



Generasi daripada tiga adik beradik kepada arwah ibu mertua saya.
(Dari kiri adalah anak kepada abangnya, duduk di tengah adalah anak kepada kakaknya dan hubby). 

Selesai urusan di rumah sepupu hubby, kami teruskan perjalanan ke Pantai Cahaya Bulan. Walau dalam panas terik mentari tidak menghalang makcik menikmati ketenangan tepi pantai bersama deruan ombak sebelum balik berehat di bilik hotel. 

Panaih lit-lit.

Sebelah petang kami keluar lagi. Kali ini kami menghala ke Pantai di Bachok. On the way ke sana, kita singgah makan tengahari di Nasi Lemak Kopi O, Kubang Kerian. Nasi lemaknya sangat sedap.

On for the memory.

Usai makan kami meneruskan perjalanan ke Pantai Impian @Kemasin, Bachok. Suasana agak tenang dan damai. Kami hanya duduk-duduk (healing) menikmati angin pantai. Tapi tiba-tiba ada sekumpulan orang berkaroke siap berjoget-joget di kawasan berdekatan. Hilang ketenangan yang kami impikan. Akhirnya kami berpindah tempat sebelum bergerak balik ke hotel semula. Perjalanan dari pantai Bachok balik hotel di Kota Bharu terasa agak lama, lebih satu jam.


Cantik pulak cengkerang ni. Hajat nak kumpul buat souvenir tapi cancelled.

Ada yang berkaraoke kat belakang tu. Sabar jelah.

Muara sungai?


Entrance depan lif bilik hotel tingkat 18.

Kami tiba di hotel semula by Maghrib. Hubby order burger via Grab food for dinner. Saya hanya makan separuh sahaja sebab mata dah mengantuk. Makan boleh tunggu tapi tidur wajib cukup untuk kesegaran hari esok. Semoga Allah mudahkan urusan seterusnya. Aamiin. 🌹

Esok dah nak balik KL.

{Boleh baca cerita 4 tahun lepas di sini, Kb with love}.

Sekian. 😊

Friday, 27 March 2026

Balik KB 2026: Day 2

Rabu, 4hb Februari 2026

Balik KB kali ini kami hanya nak santai-santai jalan-jalan cari makan sambil berziarah saudara-mara terdekat. Hubby booking Hotel Grand Renai. Walau kos bilik dah termasuk sarapan pagi tapi hari ini kami cari sarapan di luar. Hubby nak cari Nasi Berlauk Linda Songkok. Banyak tempat depa letak nasi yang dah siap dibungkus. Kami ke Ayang Kafe. Di sini ada banyak pilihan menu nasi bungkus. Hubby pilih nasi berlauk Linda Songkok Kelantan style. Saya pilih laksa, juga Kelantan style. Mudah dan laju sebab semua dah siap bungkus. Kita cuma ambik dan duduk.

Saya order air kopi susu. Sebenarnya kopi susu bukanlah minuman biasa saya. Tapi sesekali mencuba apa salahnya sambil bersedia dengan apa sahaja risiko yang mendatang.

Laksa + kopi susu.

Kopi (kampung) susu... sedap dooh.

One for the memory.

Usai sarapan kami terus ke Pasir Puteh melawat kakak ipar (no-8) dan suaminya. Mereka sudah mencecah usia 70an dan tinggal berdua di asrama (pondok) pengajian warga emas. Asramanya berbentuk rumah satu bilik tidur lengkap dengan bilik air, ruang dapur dan ruang tamu.

Hubby ada 10 orang adik-beradik dan merupakan anak bongsu. Tujuh orang kakak dan abang sudah pergi mengadap Ilahi. Yang tinggal hanya kakak no-8 dan no-9.

Hubby bersama kakak no-8 dan suaminya di hadapan rumah.

Tanpa diduga tiba-tiba saya sakit perut semasa dalam perjalanan dari Kota Bharu ke Pasir Puteh. Alhamdulillah sempat tiba di rumah kakak ipar saya untuk menumpang toilet. Gambarannya macam baru lepas tertelan julap. Mungkin penangan makan laksa lemak + kopi susu masa sarapan tadi. Itulah risiko yang terpaksa saya hadapi. Sehingga balik ke hotel semula pada tengahari itu, perut saya masih tidak selesa dan beberapa kali lagi terpaksa melawat bilik air.

Alhamdulillah, by lewat tengahari perut dah mula stabil dan kami keluar makan di Restoran Sotong Buncit. Dek agak lewat, makanan pun banyak yang dah habis. Namun kita berpada sahaja dengan rezeki yang tinggal.

Usai makan kami singgah beli baju kemeja batik hubby di kedai Nadia Batik. Dapatlah sehelai yang berkenan dihati. Kemudian kami lajak ke pasar Buluh Kubu sambung mencari baju batik lagi. Dan dapat lagi dua helai kemeja batik. Cukuplah tiga dulu, kata hubby. Balik KB lain kali kita beli lagi.

Kami balik ke hotel semula hampir malam. Hubby order roti tempayan dan pizza via Grab Food buat makan malam sebelum berehat untuk kesegaran badan. Esoknya kami masih di sini lagi. Moga Allah mudahkan urusan. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Mengurangkan Lelemak Kolestrol & Bacaan Gula Dalam Darah.

Selepas mengambil ubat statin (Lipitor 20mg), secara konsisten selama dua tahun, bacaan kolestrol saya sangat baik. Tapi bacaan gula saya ti...