Showing posts with label Apples of my eyes.. Show all posts
Showing posts with label Apples of my eyes.. Show all posts

Saturday, 28 March 2026

Birthday Cucu @ Pavilion Bukit Jalil

Sabtu 7hb Februari 2026

Tahun ini cucu sulong saya dah masuk 9 tahun, manakala adiknya masuk umur 6 tahun. Oleh kerana birthday mereka selang sehari sahaja maka setiap tahun Mummy Daddy buat sambutan birthday sekaligus. Kali ini depa buat di Play House by Mattel, Pavilion Bukit Jalil. Kebetulan di situ disediakan tempat ala-ala taman permainan, mudahlah untuk jemputan kawan-kawan (kanak-kanak) bermain sama-sama. Nenek dan Tok ayah hanya datang memeriahkan suasana sahaja.

Kakak is 9th whilst adik is 6th.

Whole family… missing Cicu & Pacu.

With my first born.

Nenek tumpang kalut dalam pool bola-bola.

The Girls… as always.

The girls… again.

By pukul 1:30 pm semua pun dah lapar, so kita sambung cari makan tengahari pulak. Kami ke Restoran Seniman di Level 4 yang menghidangkan menu masakan kampung. Kami order tiga set menu. Saya pun dah lupa apa nama menunya. Depa hidang dalam talam, cukup untuk makan sekeluarga.

Menu 1

Menu 2

Menu 3.

Tak berapa full house.

Usai makan saya jalan-jalan sekitar mall. Oleh kerena ketika itu masih dalam suasana raya Tahun Baru Cina, semua tempat pun warna merah. Kiri kanan depan belakang semua ada warna merah. Kami tidak berlama-lama bagi mengelakkan jalan jam nak balik rumah.

Merah…

… dan merah lagi.

Semoga cucunda membesar dengan baik, menjadi penyejuk mata ayah bonda dan keluarga. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Ps: Kenapa entah, gambar semua pecah.

Monday, 8 September 2025

Singgah Nilai visit Cucu

Hari Khamis minggu lepas hubby ada kerja di Nilai. So sementara menunggu, kita curi masa jalan-jalan di AEON Mall Nilai sambil layan cucu. 

Nenek pun sama excited.

Balik rumah, sibuk nenek cari album lama nak tengok rupa bapaknya masa kecik.

Tahun 2000. Usia 3 bulan.

Bapanya (2000) VS Anaknya (2025) 🥰

Semoga anak-cucu kita sentiasa menjadi penyejuk mata ayah bonda hingga akhirnya. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Thursday, 10 April 2025

Majlis Bertandang Puteri Bongsu

Selesai majlis nikah dan resepsi untuk puteri bongsu disebelah kami pada 15hb Februari 2025, kami ke majlis bertandang dipihak lelaki seminggu kemudian. Depa buat majlis di The Glasshall, Putera Height. Saya tidak membuat apa-apa persediaan sebab semuanya sudah diuruskan oleh pengantin baru. Walaubagaimanapun hubby tetap ingin membawa buah tangan untuk keluarga besan baru kami. Maka saya siapkan tiga bekas hadiah untul dibawa semasa majlis perarakan masuk pengantin nanti.

Tiga bekas hadiah... buah kurma, coklat dan buah.

Kami keluar dari rumah dalam pukul 10 pagi, janji berkumpul dengan saudara mara di perkarangan Masjid Putra Height dalam pukul 12 tengahari untuk majlis perarakan masuk pengantin dan keluarga pada pukul 12.30 tengahari.

Parking kereta di bawah langit yang cantik.

Posing dulu dengan anak no-2 walaupun tengah panas cheng... spek nenek pun terus hitam.

Girls only as always.

Dengan besan dan menantu no-4.

Jemputan (kami) pihak perempuan.

The proud us, ummi dan ayah.

Dengan besan baru (no-5).


Full house again. Thank you memeriahkan majlis bertandang.



Us only... missing anak sulong.

Aamiin... semoga rumahtangga berbahagia hingga keakhirnya.🌹

Alhamdulillah selesai sudah tanggung jawab Ummi dan ayah menikahkan semua anak-anak. Semoga Allah mudahkan urusan seterusnya untuk kita sekelian. Aamiin.🌹

{Cerita sebelum itu boleh baca di sini}.

Sekian. 😊

Thursday, 3 April 2025

E-Day Puteri Bongsu

“Ummi, boleh ke keluarga dia nak datang meminang?” Terus terang saya katakan, kalau lelaki itu benar-benar sukakan kita, dia tidak akan teragak-agak untuk move one step closer. 

Maka pada hari Isnin, 16hb September 2024, termerailah janji untuk sehidup semati antara anakanda putri bongsu dengan pilihan hatinya. Pihak lelaki datang meminang dengan membawa 5 dulang hantaran dan dibalas oleh anakanda dengan 7 dulang. 

Kali ini saya kurang masuk campur urusan mereka kerana meraikan wish list bakal pengantin. Saya cuma bertindak sebagai penasihat dan tumpukan kepada perjalanan majlis. Tapi kos makanan dan sebagainya haruslah hubby yang tanggung. Kami sewa kerusi meja untuk 40 pax dan set nasi putih dan lauk-pauk makan tengahari untuk 100 orang. Saya juga tambah set nasi dagang Kelantan untuk 50 orang. Belanja tambahan untuk pelamin, dessert table, pakaian dan hantaran, anakanda tanggung sendiri.




Ummi’s girls as always…

Full house.

Hantaran dari pihak lelaki.

Cucu-cucu memeriahkan majlis.

Dessert table.



Kita adjust sikit bahagian tangga.

….biar nampak lebih murni.

Done.

Pelamin nan simple.

Tepak sirih.

Hantaran daripada pihak perempuan.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan secara rasminya anak bongsu saya menjadi tunangan orang. Semoga Allah mudahkan majlis seterusnya. Aamiin. 🌹

Sekian. 😊

Wednesday, 16 October 2024

Girls day out @ TRX

Dah beberapa kali saya berangan nak jalan-jalan naik MRT ke TRX Mall, KL. Anak-anak pulak dok promote kata seronok la apa semua.

“Jom lah Nina bawa Ummi…” Kebetulan hari Jumaat beberapa minggu yang lepas, puteri sulong saya ada program di sana maka kita plan molek-molek untuk outing, girls only dan heret sekali anak no-2 dari HKL mengambil peluang lunch hour hari Jumaat yang agak panjang.

Berkenan dengan hiasan dalaman tempat ni.

Kami hanya duduk makan dan berborak di Restoran Two Sons sepanjang waktu lunch hour selama dua jam. Tak sempat nak pusing-pusing layan shopping mall dek banyaknya isu yang dibualkan. Sedar tak sedar anak no-1 dah nak kena balik opis dan yang no-2 nak kena balik oncall. 

Atas tangga pun onz.


Kemain makcik pekena steak RM180. Self treat, kata orang kampung saya. 

Dalam lif pun jadi.

Ummi’s girls forever.

Semoga ada peluang begini lagi. 🌹

Sekian.😊

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...