Showing posts with label Cerita kedai kopi. Show all posts
Showing posts with label Cerita kedai kopi. Show all posts

Tuesday, 9 July 2024

Coffee @Datum Jelatek

Dua minggu lepas saya menemani hubby buat kerja di Datum Jelatek. First time bawa laptop ke sini, saja nak merasa suasana di sini pulak. Kami duduk di kawasan terbuka di kedai kopi Jamaica Blue. Walaupun tempat terbuka, keadaan agak lengang dan hubby dapat buat kerja dengan selesa.

Coffee @Jamaica Blue.

Keadaan mall yang sangat tenang.

Tak banyak sangat kedai yang boleh dijelajah di sini dan saya boleh habiskan pusingan ke semua level dalam masa 10 minit sahaja. Ada kedai Mr Diy di tingkat 3 untuk saya cuci mata dan cuci poket sambil kill the time sementara menunggu hubby siapkan kerja. 

Usai buat kerja hubby ajak makan tengahari. Malas nak pergi jauh-jauh, kita singgah di Locca Cafe sahaja. Hubby ambik hot chocolate dan set nasi putih dengan asam pedas ikan tenggiri sementara saya pilih spagheti bolognese dan teh O ais limau.

Lunch @Locca Cafe. 

Apa cerita di meja kopi hari ini?

“Another port untuk buat kerja…” Dan hari ini saya datang lagi menemani hubby buat kerja. Lagi sekali kami duduk di tempat terbuka kedai kopi Jamaica Blue. Kali ini kami ambik sarapan sekali. Saya ambik pasta with meatball sementara hubby ambik breakfast set.

Sambil duduk-duduk kita buka novel, baca Quran, scroll fb, ig, tik tok. Sesekali saya akan bangun untuk jalan-jalan pusing mall. Seperti cerita dua minggu lepas, saya hanya cuci mata sambil exercise kaki bagi mencukupkan bilangan langkah harian.


Another round of coffee.

Sarapan untuk makcik & pakcik pencen.

Saya bukanlah penggemar kopi tegar dan sangat berhati-hati memilih menu kopi bagi mengelakkan caffein intolerance. Apa-apa pun, semoga Allah kurniakan yang terbaik untuk kita semua. Amiin.🌹

Sekian.😊

Tuesday, 2 July 2024

Coffee @AEON Wangsa Maju.

Hari ini saya menemani hubby buat kerja lagi. Kali ini kita ke Coffee Bean & Tea Leaf di Wangsa Maju. Biasanya saya order kopi tapi kali ini kita cuba teh pulak bagi mengurangkan kafein dalam badan. 

Green matcha berkrim... manih leting.

Seperti biasa, sementara hubby buat kerja, kita jalan-jalan pusing mall. Sambil cuci mata kita sambar blouse sehelai dua. Usai hubby buat kerja kita sambung lunch di Secret Recipe. Hubby order nasi goreng Thai dan teh panas, saya pilih smoked salmon dan air tembikai.


Smoked salman, kuah leleh. Kita bg 3 star sahaja sebab saya lebih suka kuah cicah.

Earl Grey tea, nampak menarik tapi tak tahu brand apa. Nak kena cari nanti.

Kebetulan Popular Book buat sale di bahagian foyer mall, kita singgah tengok buku pulak. Kemudian cari toys untuk kegunaan cucu-cucu bila balik rumah nenek.

Kereta untuk cucu. KIV dulu.

Hubby's kind of reading, as always.

Bekal buat cucu-cucu Tok Ayah.

Apa cerita di meja kopi hari ini?

"Badan koperasi perlukan banyak perubahan dan kembali ke landasan asal semula..." Dengan topik serius begini, makcik hanya boleh nganga. Kita duduk je dendiam, biarkan pakar berbicara.

Semoga kita sentiasa diberi petunjuk disepanjang kehidupan kita. Amiin. 🌹

Sekian.😊

Monday, 1 July 2024

Coffee @ KL East

Rabu, 19hb Jun 2024

Hari ini kita sarapan nasi berlauk di Restoran Tu Dok Ko, Taman Samudera. Kemudian kita ronda-ronda di Taman Koperasi Polis Fasa II melihat kawasan rumah sewa lama sambil mengimbau kenangan. Kami pernah menyewa rumah di Jalan 30/10 (kalau tak silap) masa mula-mula nikah selepas habis belajar dahulu. Masa tu baru nak memulakan hidup baru sebagai suami-isteri dan tengah mabuk mengandung anak sulong. Walau dah lebih 30 tahun berlalu taman perumahan itu tidak banyak berubah walau kawasan sekitarnya agak pesat membangun. Suasana nak masuk ke taman pun agak sibuk dan crowded. Tanpa singgah di mana-mana kami meneruskan perjalanan ke KL East Mall. Sejurus selepas pintu mall dibuka pada pukul 10 pagi kami menjadi pelanggan pertama masuk kedai. Hari ini kita singgah di Coffee Beans & Tea Leaves KL East.

Kaunter kek & pastri baru siap disusun.

Selpi hp baru.


Coffee at CBTL.

Americano & bagel for him.

Chocolate frap (apa ntah) & Cendol cake for her.

Apa cerita di meja kopi hari ini?

"Ada lagi satu port untuk buat kerja..." Begitulah. Sejak kebelakangan ini hubby asyik mencari port untuk mengopi sambil buat kerja. Sebagai isteri mithali, kita mengekor sahaja tanpa banyak soal. Semua kerja di rumah kita put on hold dulu.

Usai mengopi kita beli groceries di Jaya Grocers. Alhamdulillah selesai urusan untuk hari ini. Semoga semuanya dalam redha Allah jua. Amiin.🌹

Sekian.😊

Wednesday, 26 June 2024

Coffee @Tim’s Teapot

“Kul 2 ready nak keluar..." short and sweet sahaja ayatnya. 

Semalam hubby ajak teman potong rambut lepas tu nak cari kuih buat kudapan, kemudian nak basuh kereta, sambil tu nak mengopi. Dah alang-alang berdua-duaan katanya, moh ler kita sembang kedai kopi. Takkan la nak ajak teman sesaja. So, usai gunting rambut di Keramat, kami terus ke Tim’s Teaport Terrace, Melawati. Kami dah beberapa kali berkunjung ke sini sebelum ini. So suasana kedai ini agak familiar.

Kedai English style.

Hiasan dalaman yang cantik.

Beef lasagne for makcik & chicken pie for hubby.

Apa cerita di meja kopi hari ini?

Masa lalu di kawasan Keramat tadi, nampak banyak gerai menjual durian. Maka teringatlah ayahanda akan puteri bongsunya yang jauh di perantauan tanpa melupakan anak-menantu dan cucu yang lain. Maka sambil mengopi sambil menyembang dalam grup whatsapp famili. 

"Banyak tempat nak bawak Nina gi makan. Makan durian… balik cuti kat Kelantan… family staycation…bla, bla, bla…" begitulah hingga habis topik yang dibualkan.

Yang pasti, kesimpulannya, semua orang nak balik rumah dan berBBQ di pondok nenek. Bila? Kita tunggu dan lihat sebab biasanya apa-apa planning pun sentiasa tertakluk kepada perubahan. Biasanya saya jarang campur dalam apa-apa perancangan. Kekdahnya… Hangpa plan la apa yang patut, Ummi menurut sahaja. Saya hanya menikmati menu western yang sangat enak walaupun pada tekak hubby ianya sangat muak. Alhamdulillah, rezeki jangan ditolak. Semoga Allah merahmati hidup kita di dunia hingga ke akhirat. Amiin. 🌹

Sekian.😊

Singgah Nilai visit Cucu

Hari Khamis minggu lepas hubby ada kerja di Nilai. So sementara menunggu, kita curi masa jalan-jalan di AEON Mall Nilai sambil layan cucu.  ...