Wednesday, 10 July 2024

Boboi Nenek dah 2 tahun.

Pada 30hb Jun 2024 baru-baru ini, cucu boy nan seorang ini dah masuk usia dua tahun.

“Semua orang pakai warna hijau peach tau…”

Kali ini Mummy Boy buat sambutan di rumah sahaja. Dah alang-alang baru pindah rumah yang ada halaman untuk anak-anak berlari, maka kita gunakan semua ruang yang ada sebaik mungkin. Nenek datang bawa perut sahaja sebab semua makanan sudah disediakan plus sediakan tenaga secukupnya untuk melayan cucu. Sebelum potong kek, kita layan cucu main/mandi kolam yang disewa khas untuk sehari.

Tok Ayah semangat teman cucu swimming.

Birthday boy berkubang dulu sebelum acara potong kek.

Happy 2nd birthday, boy.

The proud Nenek and Tok ayah.

The merringue.

The cake.

Desserts.

Kenapa tak ada gambar family? Entahlah... semua orang sibuk bersembang hingga lupa. So kita simpan sahaja gambar-gambar candid(random) buat kenangan.





Cousins.

The proud Tok ayah.

The Mummy.

Alhamdulillah. Semoga baby boy membesar menjadi anak soleh, penyejuk mata mummy & daddy. Amiin. 🌹

Sekian.😊

Tuesday, 9 July 2024

Coffee @Datum Jelatek

Dua minggu lepas saya menemani hubby buat kerja di Datum Jelatek. First time bawa laptop ke sini, saja nak merasa suasana di sini pulak. Kami duduk di kawasan terbuka di kedai kopi Jamaica Blue. Walaupun tempat terbuka, keadaan agak lengang dan hubby dapat buat kerja dengan selesa.

Coffee @Jamaica Blue.

Keadaan mall yang sangat tenang.

Tak banyak sangat kedai yang boleh dijelajah di sini dan saya boleh habiskan pusingan ke semua level dalam masa 10 minit sahaja. Ada kedai Mr Diy di tingkat 3 untuk saya cuci mata dan cuci poket sambil kill the time sementara menunggu hubby siapkan kerja. 

Usai buat kerja hubby ajak makan tengahari. Malas nak pergi jauh-jauh, kita singgah di Locca Cafe sahaja. Hubby ambik hot chocolate dan set nasi putih dengan asam pedas ikan tenggiri sementara saya pilih spagheti bolognese dan teh O ais limau.

Lunch @Locca Cafe. 

Apa cerita di meja kopi hari ini?

“Another port untuk buat kerja…” Dan hari ini saya datang lagi menemani hubby buat kerja. Lagi sekali kami duduk di tempat terbuka kedai kopi Jamaica Blue. Kali ini kami ambik sarapan sekali. Saya ambik pasta with meatball sementara hubby ambik breakfast set.

Sambil duduk-duduk kita buka novel, baca Quran, scroll fb, ig, tik tok. Sesekali saya akan bangun untuk jalan-jalan pusing mall. Seperti cerita dua minggu lepas, saya hanya cuci mata sambil exercise kaki bagi mencukupkan bilangan langkah harian.


Another round of coffee.

Sarapan untuk makcik & pakcik pencen.

Saya bukanlah penggemar kopi tegar dan sangat berhati-hati memilih menu kopi bagi mengelakkan caffein intolerance. Apa-apa pun, semoga Allah kurniakan yang terbaik untuk kita semua. Amiin.🌹

Sekian.😊

Monday, 8 July 2024

Harum Sundal Malam & Pokok Kucai

Dah lama saya menunggu pokok bunga harum sundal malam ini berbunga. Sejak dibeli dalam musim covid, pada bulan April 2020 dahulu, bermakna dah lebih 4 tahun pokok ini menghuni di halaman rindu laman saya ini. Selepas saya ‘bercuti’ dari menjenguk laman (suatu masa) dahulu saya hanya membiarkan pokok-pokok yang ada hidup sendiri tanpa siram dan baja selama lebih dua tahun. Rupa-rupanya ia masih kekal setia menunggu tuannya insaf dan memberi peluang kedua. Masa awal-awal penanamannya dulu saya menjaga dengan sepenuh jiwa hingga tumbuh segar walau tidak berbunga seperti yang diharapkan.

Dua pasu Harum Sundal Malam yang terbiar.

Semalam saya buat pemasuan semula ke dalam pasu yang lebih besar supaya akar (bawang) nya mendapat ruang yang lebih luas untuk bernafas. Saya tak pasti berapa lama lagi saya harus menunggu untuk melihat pokok ini berbunga. Setakat ini saya tidak gusar, asalkan pokoknya tetap subur, kita tenang-tenang sahaja melihat kesegaran pokok di laman pada setiap pagi dan petang. Berbunga atau tidak, itu bukan dalam bidang kuasa kita.

Pasu 1.

Pasu 2.

Buat sementara waktu, kita nikmati bunga-bunga di pohon kucai yang sentiasa mengeluarkan bunga yang cantik. Walau tidak mengeluarkan bau yang harum tetaplah memberi terapi dalam menenangkan jiwa. 

Bunga kucai yang cantik.

Pokok kucai yang setia.

Semoga kita dikurniakan ketenangan sehingga ke akhirnya. Amiin.🌹

{Cerita sebelum ini boleh baca di sini}.

Sekian.😊

Sunday, 7 July 2024

Maal Hijrah 1446

Berpagi-pagi di meja catatan. Hari ini Malaysia bercuti sempena menyambut Awal Muharram (Maal Hijrah, 1446). Hajat nak turun ke laman tergendala dek hujan gerimis sejak dinihari. So kita ambik peluang mengimbau kembali hayat yang berlalu sepanjang tahun 1445H. Sepertinya tidak banyak perkembangan dari tahun-tahun sebelumnya. Azam hanya tinggal azam.😔

Bila hujan mula reda baru kita turun ke laman mengutip bunga yang segar selepas hujan.

Bunga segar dari laman. 

Mekar mewangi... mawar, melur dan kenanga. Lepas ni kita buat pot pouri.

Kantan yang dikutip pada Jumaat lepas jadi penghias di meja catatan.

Mudah-mudahan tahun ini memberi peluang baru untuk memperbaiki diri.

Salam Maal Hijrah 1446 untuk diri ini dan semua. Semoga tahun ini lebih baik dari yang sebelumnya. Amiin.🌹

Sekian.😊

Friday, 5 July 2024

Tumbuh

Sepagi di pangkin nenek, kita berkongsi kesegaran alam.

Bunga kantan yang menceriakan.

Batang pokok serai kayu yang ditebang mula mengeluarkan tunas baru.

Pokok putat makin galak mengeluarkan pucuk baru.

Pokok kari semakin subur.

Pokok ulat bulu berbuah lebat.


Bunga pokok ulat bulu.

Semoga ketenangan ini berpanjangan. Amiin. 🌹

Sekian.😊

Lunch Anak Beranak @Kajang

Pagi semalam kami melawat anak bongsu di Putrajaya. Tiba-tiba terasa nak keluar lunch dengan anak no-2 yang bekerja di hospital Kajang waktu...