Tuesday, 13 August 2013

Bila tak ada kerja.

Tadi pi hantar hubby kat LRT Putra. Sian hubby kena pi kerja naik LRT hari ni. Kereta kena sondol ngan sapa tah. Dua hari sebelum raya. Patutnya orang tu kena bayar ganti rugi sebab dia yang langgar. Tapi jadi kes langgar lari pulak. Tak patut betul. Remuk juga la bumper belakang tu. Saya pulak hangin tengok kesan sondol tuh. Hubby rilek je.
"Tak pe lah.. Ni hari dia...."

Masuk workshop sebelum balik raya hari tu. Janji siap repair esok. Harap-harap tak ada masalah besar.
Lepas drop hubby kat LRT, pi hantar Dayah kat UIA pulak. Esok nak pereksa. Hari ni baru nak pi study. Kemain celebrate raya. Haha... celebrate la sangat...

Sat lagi nak pi beli barang rumah pulak. Tengah tunggu Nina buat kerja buku skrap Kajian Tempatan. Pasal Kesultanan Melayu Melaka. Hai..kecik-kecik dah kena buat buku skrap. Saya dulu masa darjah 5 dok happy-happy je. Homework pun tak ada. Ke saya yang tak pernah buat. Entah. Dah lupa.

Break jap sambil merenung ruang tamu rumah saya...
Saya pernah suka konsep camni. Masa bujang dulu-dulu. Sweet je....
Nak yang macam ni kena duduk sensorang la..tak payah ada anak cucu. 
Latest dream. Haha... In my dream indeed.

Terimakasih hubby kerana menyediakan ruang tamu untuk saya hias sesuka hati. Sian hubby. Isterinya bukan orang seni. Main susun je apa yang ada. Dream tak dream perkara ke sepuluh. Yang penting selesa....

Monday, 12 August 2013

Optimis.

Alhamdulillah hari ni dah siap marking paper Trial PMR selepas beraya sakan kat kampung hari tu. Keputusannya... ada la sikit improvement dari peperiksaan Penggal Satu baru ni. Kata orang rata-rata batch tahun ni agak mencemaskan. Tapi saya sentiasa optimis. Kejayaan akan sentiasa mengiringi mereka yang berusaha. Yang penting mereka harus diberi motivasi untuk terus berusaha tanpa jemu. Yang lain terserah pada ketentuan Allah....
Bengkel PMR @ UIA oleh guru pakar...

Banyak teknik yang diberi. Entah depa ni ingat ke tidak...

Mudah-mudahan mereka boleh ingat semua teknik yang telah disampaikan oleh guru pakar tuh....
Lepas ni nak siapkan kertas percubaan SPM pulak...

Sunday, 4 August 2013

Malam 7 likur vs Lailatul Qadar

"Umi, hari ni dah berapa hari puasa?"
"Dah hari 26. Malam ni malam 7 likur."
"Malam 7 likur tu apa umi?"

Haha..Sian anak-anak saya. Tak dapat merasai kemeriahan malam 7 likur ala kampung. Seingat saya kalau malam 7 likur ni kami satu kampung sibuk pasang pelita buluh buatan sendiri. Setiap rumah ada pelita buluh tu. Masuk je waktu maghrib kawasan kampung saya mula bersinar-sinar dengan cahaya pelita. 

Masa kecik dulu saya tak ambil pot sangat apa istimewanya malam 7 likur ni. Yang saya tahu kami budak-budak kecik ni akan menghidupkan malam ni dengan bersuka-ria bermain bunga api dan main kejar-kejar sementara golongan tua sibuk berterawih dan duduk di masjid lama-lama. Solat terawih depa lama. Sangat lama. Depa mesti buat 20 rakaat. Kadang-kadang sampai lepas tengah malam. Yang seronoknya kat masjid tu sentiasa ada makanan. Bila penat bermain tu kami pi makan minum, lepas tu sambung main balik. Lepas terawih kaum ibu dan makcik-makcik akan sibuk bakar baulu. Kami buat kerja bakar-membakar ni malam-malam sebab siang hari sangat panas. Maklum la..bakar baulu asli kena pakai dapur arang dengan api atas bawah. Sungguh! Suasana malam waktu itu sangat hidup..... 

(Gambar : Sumber-google)
Sekarang baru saya tahu. Likur tu maksudnya duapuluh. Jadi, 7 likur tu maksudnya 27. Kepercayaan orang kampung saya, bermula pada malam 27 Ramadhan tu besar kemungkinan adalah malam lailatul qadar. Lailatul Qadar adalah malam yang agung. Malam penuh kemuliaan. Ibadah di dalamnya lebih baik daripada ibadah selama seribu bulan. Sebab tu lah kami satu kampung secara tidak langsung di suruh menghidupkan malam 7 likur ni. Masing-masing buat ibadat dengan cara mereka sendiri.

Nabi Shallallahu 'Alaihi Wasallam telah menjelaskan tentang Lailatul Qadar tersebut:

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ الْقَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
"Barangsiapa yang menunaikan solat malam di Lailatul Qadar imanan wa ihtisaban (dengan keimanan dan mengharap pahala), diampuni dosa-dosanya yang telah lalu." (HR. Bukhari dan Muslim)

Sabda baginda lagi,
تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَان
"Carilah Lailatul Qadar pada sepuluh hari terakhir dari Ramadhan." (Muttafaq 'alaih)

تَحَرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْوِتْرِ مِنْ الْعَشْرِ الْأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ
"Carilah Lailatul Qadar pada malam ganjil di sepuluh hari terakhir dari Ramadhan." (HR. Al-Bukhari)

Mengikut tafsiran ulama, malam-malam ganjil ni adalah secara hakiki. Yakni malam 21, 23, 25, 27, dan 29. Sebahagian ulama merajihkan (menguatkan), Lailatul Qadar berpindah-pindah dari dari satu malam ke malam ganjil lainnya pada setiap tahun. Lailatul Qadar tidak tetap pada satu malam tertentu pada setiap tahun.

Apa-apa pun yang dituntut melaksanakannya pada 10 terakhir Ramadhan adalah menghidupkan malamnya dengan memperbanyakkan ibadat. Tapi kalau konsep ibadat disempitkan hanya pada solat sunat, membaca al-Qur’an, beriktikaf dan sebagainya kesian la pada wanita-wanita yang diberi cuti uzur oleh Allah. Adakah mereka tak ada peluang untuk mendapatkan pahala seribu bulan tu?

Mungkin sebab tu la masa kami kecik-kecik dulu disuruh sama-sama beribadat walaupun hanya dengan bermain bunga api. Bermain itu juga dianggap ibadat. Sapa yang rajin boleh join orang tua solat. Kalau malas atau tak larat boleh buat ibadat cara lain. Kami sentiasa diberi pilihan. Tiada paksaan. Betapa luasnya konsep ibadah dalam Islam asalkan dengan niat yang betul. Membuat kueh raya juga dianggap ibadah. Hmmm.....

Walaubagaimanapun jangan pulak ada yang ponteng kerja pada siang esoknya sebab mengantuk atau tak larat. Kang tak pasal-pasal dapat dosa sebab tak menunaikan amanah. Pahala malam belum tentu dapat. Tapi dosa tidak menunaikan amanah itu sudah pasti. Na'uzubillah.

Saturday, 3 August 2013

Jus Delima buat sendiri

Pokok delima saya dah berbuah kali kedua.Masa berbuah kali pertama dulu ada dalam 5 biji je. Kali kedua ni ada dalam 15 biji. Yang pelik tu buahnya tak sekata. Buah yang keluar awal besar-besar dan nampak cantik je. Bila masuk buah yang ke 5 jadi kecik-kecik pulak. Lepas tu sekejap je dah jadi hitam macam kering. Pokok pun nampak macam tak subur. 
Sian pokok ni nampak macam terseksa je...

Pokoknya kecik je. Bila berbuah habis daun-daun jadi kering. Tinggal lah buahnya tergantung-gantung. Dahan pulak macam nak patah je. Sian pulak tengok. Saya ni dah la tak pandai jaga pokok. Awal dulu rajin juga saya letak kayu penahan. Tapi leceh pulak sayik tertusuk duri. Pokok delima ni banyak duri. Macam pokok bunga ros atau bunga kertas. Tapi durinya lagi panjang dan keras.Tajam tuh. Sakit. Macam tertucuk jarum. Banyak buah yang dah merekah. Terpaksalah petik walaupun masih kecil. Buahnya jenis yang putih jernih. Rasa masam-masam manis. Delima ni tak berapa merah. Nampak pink jernih je. Saya perisi isinya satu-satu masuk dalam mangkuk. Senang nak makan.
Buruk di luar
Cantik di dalam
Isi delima dari sebiji buah. Dapat semangkuk kecil.

Senang je nak buat jus delima ni. Masukkan isi delima ni ke dalam blender, tambah 2 cawan air (bancuh dengan 2 sudu besar gula halus). Letak kiub ais dalam 4 ketul. Pastu blend. Jangan risau tentang biji delima yang banyak tu.. Dia memang tak hancur tapi akan mendap ke bawah. Biar biji tu mendap dulu. Lepas tu baru tuang jus dalam gelas. Nampak putih sebab saya tambah 1 sudu teh natural yogurt masa nak blend tu. Macam yogurt drink gitu. Sedap minum waktu berbuka.
Jus delima buatan sendiri...

"Umi...bila nak buat jus delima untuk Dayah pulak?" Haha.. entahlah. Saat rajin saya tu datang dan pergi tak kira masa. Ni dia pergi tak datang-datang lagi. Buahnya saya dah perisi. Entah bila nak diproses.

Pokok delima saya ni melalui fasa masalah penjagaan sebenarnya. Lepas ni nak kena bubuh baja properly. Lepas tu bila berbuah nak kena balut. Haha...macam la rajin.



Thursday, 1 August 2013

Pekasam goreng.

"Umi masak apa?"
"Kenapa?"
"Bau macam cheese"

Haha..sudah tentu lah bau macam cheese bila ikan pekasam digoreng. Dua-dua tu kan melalui proses penapaian yang sama.  Fermentation process kata omputih. Dah lama saya tak masak ikam pekasam ni. Beli dah dekat sebulan. Simpan buat pekasam. Hmm... berkasam-kasam lah jadinya. Sungguh! Bau ikan pekasam goreng ni memang sangat menyelerakan. Nak-nak bila tengah panas. Makan pulak dengan nasi panas. Rasa nak makan dan-dan tu jugak. Hai.. kurus la puasa saya.

Senang je nak goreng pekasam ni. Mula-mula panaskan minyak dalam kuali. Biar betul-betul panas. Lepas tu campak je ikan pekasam tu dengan beras dia sekali. Tak yah basuh. Bila dah agak garing masukkan bawang besar (saya suka bawang kuning) dan lada besar yang dihiris. Kacau. Siap....Perah asam limau bila nak makan.

Masa kecik-kecik dulu ikan pekasam ni dah jadi macam juadah wajib nenek saya terutama waktu musim tengkujuh. Nenek buat sendiri je.Selepas musim menuai sebelum menunggu tanam semula ikan-ikan memang banyak naik. Nenek memang suka tangkap ikan samada guna bubu atau kail. Ada ikan puyu, sepat, lampam dan apa tah lagi dah tak ingat. Ikan yang ditangkap tu nenek terus siang dan basuh bersih-bersih. Guna air telaga yang diangkut sendiri. Lepas tu nenek lumur dengan garam dan beras yang dah digoreng dan ditumbuk kasar-kasar. Kemudian nenek susun ikan tu dalam tempayan selapis-selapis beselang-seli dengan asam keping. Asam keping ni pun nenek buat sendiri. Lepas tu nenek bungkus mulut tempayan tu dengan kain dan ikat dengan tali ketat-ketat. Kemudian peram beberapa hari. Tak ada sapa berani usik tempayan tu sehingga nenek sendiri yang buka dan ambik ikan tu untuk dimasak. Saya selalu kagum tengok nenek buat kerja. Macam tak pernah penat.

Saya selalu juga ikut nenek tangkap ikan. Tapi sekadar teman je lah. Jarang saya dapat tangkap ikan. Nenek juga tak suka tengok saya tumbuk beras goreng dia tu. Habis berterabur bersepah-sepah. Nenek kata saya tak ada seni. Sampai hati...

"Hang mengaji pandai-pandai. Besag esok nak makan ikan hang beli. Tak payah susah-susah...."

Semalam saya berbuka ngan Amin and Nina je. Iman ngan Dayah dah sah-sah la tak balik. Kat UIA sibuk nak exam. sibujang tu pulak ada iftar kat sekolah. Hubby ada program berbuka puasa kat Masjid Wilayah.

Tinggal la kami tiga beranak. Happy je berbuka sama-sama. Makan je nasi ngan ikan pekasam. Kata orang kegembiraan berbuka tu bukan terletak pada juadahnya. Tapi pada kebersamaan sewaktu berbuka.


"Umi masak pekasam je ke? Amin nak makan apa?"
Haha....sian Amin. Depa mana lah biasa makan benda-benda exotic ni. Sudah tentu la ada kari ayam. Umi ni kan penyayang. Kari ayam siap untuk anak-anak terchenta. Sahur esok boleh masak capati cicah kari.

Lunch Anak Beranak @Kajang

Pagi semalam kami melawat anak bongsu di Putrajaya. Tiba-tiba terasa nak keluar lunch dengan anak no-2 yang bekerja di hospital Kajang waktu...