Thursday, 1 August 2013

Pekasam goreng.

"Umi masak apa?"
"Kenapa?"
"Bau macam cheese"

Haha..sudah tentu lah bau macam cheese bila ikan pekasam digoreng. Dua-dua tu kan melalui proses penapaian yang sama.  Fermentation process kata omputih. Dah lama saya tak masak ikam pekasam ni. Beli dah dekat sebulan. Simpan buat pekasam. Hmm... berkasam-kasam lah jadinya. Sungguh! Bau ikan pekasam goreng ni memang sangat menyelerakan. Nak-nak bila tengah panas. Makan pulak dengan nasi panas. Rasa nak makan dan-dan tu jugak. Hai.. kurus la puasa saya.

Senang je nak goreng pekasam ni. Mula-mula panaskan minyak dalam kuali. Biar betul-betul panas. Lepas tu campak je ikan pekasam tu dengan beras dia sekali. Tak yah basuh. Bila dah agak garing masukkan bawang besar (saya suka bawang kuning) dan lada besar yang dihiris. Kacau. Siap....Perah asam limau bila nak makan.

Masa kecik-kecik dulu ikan pekasam ni dah jadi macam juadah wajib nenek saya terutama waktu musim tengkujuh. Nenek buat sendiri je.Selepas musim menuai sebelum menunggu tanam semula ikan-ikan memang banyak naik. Nenek memang suka tangkap ikan samada guna bubu atau kail. Ada ikan puyu, sepat, lampam dan apa tah lagi dah tak ingat. Ikan yang ditangkap tu nenek terus siang dan basuh bersih-bersih. Guna air telaga yang diangkut sendiri. Lepas tu nenek lumur dengan garam dan beras yang dah digoreng dan ditumbuk kasar-kasar. Kemudian nenek susun ikan tu dalam tempayan selapis-selapis beselang-seli dengan asam keping. Asam keping ni pun nenek buat sendiri. Lepas tu nenek bungkus mulut tempayan tu dengan kain dan ikat dengan tali ketat-ketat. Kemudian peram beberapa hari. Tak ada sapa berani usik tempayan tu sehingga nenek sendiri yang buka dan ambik ikan tu untuk dimasak. Saya selalu kagum tengok nenek buat kerja. Macam tak pernah penat.

Saya selalu juga ikut nenek tangkap ikan. Tapi sekadar teman je lah. Jarang saya dapat tangkap ikan. Nenek juga tak suka tengok saya tumbuk beras goreng dia tu. Habis berterabur bersepah-sepah. Nenek kata saya tak ada seni. Sampai hati...

"Hang mengaji pandai-pandai. Besag esok nak makan ikan hang beli. Tak payah susah-susah...."

Semalam saya berbuka ngan Amin and Nina je. Iman ngan Dayah dah sah-sah la tak balik. Kat UIA sibuk nak exam. sibujang tu pulak ada iftar kat sekolah. Hubby ada program berbuka puasa kat Masjid Wilayah.

Tinggal la kami tiga beranak. Happy je berbuka sama-sama. Makan je nasi ngan ikan pekasam. Kata orang kegembiraan berbuka tu bukan terletak pada juadahnya. Tapi pada kebersamaan sewaktu berbuka.


"Umi masak pekasam je ke? Amin nak makan apa?"
Haha....sian Amin. Depa mana lah biasa makan benda-benda exotic ni. Sudah tentu la ada kari ayam. Umi ni kan penyayang. Kari ayam siap untuk anak-anak terchenta. Sahur esok boleh masak capati cicah kari.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...