Friday, 28 October 2011

Jangan sesenang nak minta tolong.

Dalam usia begini saya sepatutnya sudah boleh mentaksir dan menilai orang lain. Saya sepatutnya sudah faham bahawa tidak semua manusia sama walaupun mempunyai fikrah yang sama. Lagi la kalau dengan fikrah yang berbeza.

Saya selalu menganggap semua orang mempunyai fitrah yang baik. Lagi pulak kalau dia dari latar belakang agama. Ustazah pulak. 'Don't judge the book by its cover' sangat benar. Kita sepatutnya ambik buku tu, buka, baca dan menghayati, baru boleh buat judgement samada ianya baik atau sebaliknya. Sebelum kita benar2 ada pengetahuan tentang seseorang, jangan senang2 nak menganggap dia baik atau tidak baik. Jangan senang2 nak minta tolong ke apa ke. Buatnya dia tak sudi nak menolong kita terkecik hati pulak, dah berdosa tak pasal. Masalahnya dosa tu bukan terletak atas dia tapi kita yang kena tanggung. ( Dia tak berdosa sebab bukan tanggungjawab dia nak tolong kita. Kalau dia tolong dia dapat pahala. Kalau dia tak nak pahala suka hati dia la. Kita yang kecik hati ni berdosa sebab macam tak redha dengan ketentuan Allah. Allah dah tentukan kita tak dapat pertolongan tu, kenapa nak kecik2 hati pulak. Redha je la. Sapa suruh minta tolong orang. Buat je la sendiri. Kan Allah dah bagi tulang empat kerat tu. Usaha la.....adoi! )

Betul lah kata hubby saya. Jangan senang2 nak minta tolong orang. Selagi boleh dan mampu buat je sendiri. Kalau dah terpaksa sangat baru lah cari orang yang benar2 nak tolong kita, itu pun kalau dia offer. Kalau tidak, tak payah. Yang lebih baik adalah kita yang selalu offer diri untuk tolong orang. Jangan berlebih pulak sampai orang pijak kepala. Sebab tu Nabi SAW selalu ajar kita supaya bersederhana dalam segala hal, walaupun dalam hal nak buat baik. Paling penting kena ikhlaskan niat hanya kerana mencari keredhaan Allah. Wallahualam.

bersyukurlah...

Kehidupan yang sempurna? Mana ada benda yang sempurna dalam dunia ni selagi mana kita dinamakan manusia. Yang membezakan kesempurnaan setiap orang ialah cara penerimaan dan keredhaan kita a.k.a tahap kesyukuran kita.

Suami yang bertanggungjawab, anak2 yang hot tapi soleh-solehah, zero masalah kewangan, rumah baru, kereta besar dan kawan-kawan yang hebat tidak menjamin kesempurnaan hidup kita. Orang luar mungkin nampak kita macam bahagia. Ya, on the surface macam bahagia. Macam dah tak perlu apa-apa cuma tinggal melewati masa sampai satu titik noktah yang bakal tiba. Sooner or later. Tapi manusia tetap manusia, tidak akan pernah merasa sempurna. Sentiasa mencari kekurangan diri. Kalau kurang yang positif tu tak apa la juga. Rasa kurang ibadat, boleh solat malam banyak2, rasa kurang pahala, boleh buat benda2 sunat yang lain, rasa tak cukup ilmu boleh belajar banyak lagi. Masalahnya kalau kalau rasa kurang pada benda yang tak patut2. Suami dah sediakan rumah besar, nak yang lagi besar, suami dah bagi duit bulanan sibuk nak pi kerja lagi konon boring duduk rumah, anak2 dah dapat markah okay pun sibuk nak paksa pi tusyen nak suruh jadi best student pulak. Buat stress tak pasal2. Anak2 stress jangkit sampai mak ayah pulak...

Dan selalu ianya balik kepada - kesyukuran. Syukur2 pun pada bab yang munasabah la. Jangan la sebab nak bersyukur sampai asyik redha je memanjang. Kena la buat postmortem kenapa sesuatu benda tu berlaku. Muhasabah balik, cari jalan penyelesaian.

Saya pernah merasa stress masa anak2 masih kecil dulu. Mungkin sebab tekanan menjadi seorang isteri dan seorang ibu sampai tiada masa untuk diri sendiri. Keletihan. Kesunyian. Kehilangan. Itu cerita masa kat UK, masa hubby sangat sibuk dengan PHD. Memang sedih, rasa macam terhumban di satu tempat yang sunyi. Adakah saya tidak bersyukur? Saya ada suami. Saya ada anak2 yang comel (masa tu la). Hubby sibuk belajar untuk siapa? Bukankah untuk saya dan anak-anak juga? Masa tu saya berhenti kerja sebab ikut hubby. Patutnya saya pun kena sambung belajar juga. Hubby dah bayar pun untuk saya sambung ACCA sampai habis. Tapi saya sendiri tak boleh cope sebab dah beranak-pinak. Itulah jadinya! Itulah hasilnya kalau dah biasa study pastu kerja tapi kena duduk rumah jaga anak. Berhenti kerja. Otak saya mula cari pasal, cari sebab nak rebel. Kalau masa kerja, adrenalin tu boleh disalurkan pada kesibukan kerja.

Sekarang stress saya dulu sudah berbayar. Saya boleh hidup selesa dengan keluarga comel saya. Dengan seorang suami yang bertanggung jawab dan lima anak yang mudah2an soleh-solehah saya sepatutnya rasa sangat bersyukur. Sungguh saya sangat bersyukur. Mencontohi Rasulullah SAW yang tak jemu2 beribadah walaupun telah dijanjikan syurga Allah. Baginda Rasulullah memperbanyakkan ibadah sebagai tanda syukur. Sudah semestinya lah dengan kesyukuran ini saya harus memperbanyakkan ibadah pada Allah. Wallahualam.

Indahnya hidup ini.

Saya suka mendengar perbualan nenek saya terutama yang bersangkut dengan nikah kahwin.

"Tok ( bahasa orang utara pada nenek), saya benci la laki saya tu, selalu buat orang sakit hati..." Makcik saya memang selalu dok mengadu hal pasal suami dia.

"Ala.. hang anggap je tu memang tabiat dia. Nak buat macam mana. Buruk baik pun laki hang jugak..."
Nenek saya memang sempoi.

"Laki orang lain okay je"
Makcik saya selalu tak puas hati.

"Hang mana tau laki orang. Aku tengok laki hang pun okay apa. Ala.. macam api la, tak kan hang nak marah kalau dia panas, kalau tangan hang tebakaq. Dah memang tabiat dia. Sama juga dengan taik, dah memang dia busuk, tak kan hang nak marah jugak. Hang pun berak kan? Busuk juga kan? Ada orang marah pasai hang berak busuk? Hati hang sakit... sapa suruh hang menikah dengan dia. Hang pandai2 la jaga hati sendiri. Tak kan nak suruh laki hang jaga pulak...."

Tazkirah nenek saya sangat unik. Tak perlu sebut hadith dan ayat Quran bagai tapi sangat berkesan. Makcik saya hidup bahagia hingga akhir hayatnya dengan suaminya yang dia tak suka tu. Wallahualam.

Saturday, 17 September 2011

Tahun ni saya semacam dah pencen jadi orang KL. Satu open house pun saya belum ada kesempatan nak pergi. Sibuk apa tah. Biasa la kalau kat KL ni selagi ada Syawal selagi tu la ada open house. Biasanya kalau gi open house saya akan cari laksa Johor. Entah kenapa saya memang suka makan laksa Johor. Mula kenal laksa ni masa saya kat UK lagi. Kawan saya orang Johor memang expert masak laksa ni. First time makan saya terus jatuh cinta. Lepas tu kalau ada peluang saya mesti cari laksa Johor. Nama je laksa tapi guna spagheti. Kuahnya pekat macam laksa Kelantan, berempah macam laksa Sarawak, masam pedas macam laksa Penang. Pendek kata memang terbaek lah.
Kawan2 Johor saya pulak tak lokek nak masak laksa ni. Dah banyak kali dah mereka terutama Cikgu Masitah buat laksa ni. Saya memang tukang makan je.
Semalam tetiba pulak rasa nak buat sendiri. Kebetulan puteri sulung saya balik, so semangat sikit nak memasak. Alhamdulillah berkat resepi cikgu Masitah dan daun selasih (anak benih pun pemberian dia juga) saya sekeluarga selamat menghabiskan seperiuk kuah laksa. Tak ada buat open house pun.
"Hmm.... sedapnya umi masak.." Iman ngan Nina asyik ulang tambah. Nak ambik hati la tu. Teringat kat Dayah. Kalau dia ada mesti tak cukup seperiuk tu.


Friday, 16 September 2011

Saya tidak pernah berpeluang mengiringi anak ke dewan peperiksaan UPSR. Itu semua kerja hubby saya. Hubby dengan semangat seorang ayah telah berjanji pada dirinya sendiri untuk tidak akan melepaskan peluang menghadapi detik bersejerah itu untuk setiap buah hatinya. Sungguh, sejak anak sulung hingga yang ke 4 ini, hubby akan memastikan dia lah yang bertanggungjawab menghantar anak2 ke dewan peperiksaan UPSR. Katanya itu adalah detik bersejarah seorang anak mula melakar sejarah untuk masa depan mereka. Jadi hubby tidak akan pernah melepaskan peluang untuk sama2 merasai detik cemas dan gentar itu....
Alhamdulillah tahun ini saya juga berpeluang berkongsi detik keramat itu. Masyallah, memang menakjubkan. Ramainya jumlah ibubapa yang mengiringi anak2 mereka. Sama ramai dengan jumlah anak2.
Perkarangan SRI al-Amin KL
Ada ibubapa yang bercuti seminggu semata2 nak bersama anak2 masa musim peperiksaan ni. Ada yang terus berkampung di sekolah setiap hari menunggu anak2 habis paper. Ada juga ibu2 yang terus duduk di sejadah, solat sunat, baca Qur'an dan berdoa sementara menunggu anak2 menjawab soalan didewan peperiksaan. Selagi anak tak keluar dewan selagi tu lah ibu2 ini tidak henti2 berdoa. Alasannya? " Selama ni akak sibuk, suami pun sibuk, tak sempat nak tengok dia orang belajar. Masa ni la nak bagi tumpuan pada mereka...." Aah, pernahkah anak2 ini tahu suara hati seorang ibu?
Ya, saya memang tidak pernah mengiringi anak2 ke dewan peperiksaan sebelum ini. Tapi doa saya sentiasa mengiringi mereka ke mana saja mereka pergi, saya wujud bersama mereka ketika belajar, membantu mereka dalam persediaan menghadapi detik bersejarah itu...
Alhamdulillah, 4 orang anak saya telah mencipta detik bersejarah masing2. Mudah2an dengan detik yang pertama itu akan menyusul detik2 lain yang lebih keramat...
Kepada semua anak2 al-Amin yang telah menghadapi peperiksaan UPSR semalam, saya doakan mereka berjaya sesuai dengan usaha mereka. Semoga dengan kejayaan itu bakal menghasilkan generasi yang dapat menegakkan Islam di bumi Allah ini.... Wallahualam.

Lunch Anak Beranak @Kajang

Pagi semalam kami melawat anak bongsu di Putrajaya. Tiba-tiba terasa nak keluar lunch dengan anak no-2 yang bekerja di hospital Kajang waktu...