Thursday, 12 February 2026

Makan-makan dengan Besan @Putrajaya & Kenduri ex-Student @Sg Buloh

Ahad 18hb Januari 2026

Family in law anak no-2 saya selalu berkunjung ke KL & Putrajaya namun jarang dapat berjumpa dek kekangan masa. Bila sesekali ada kesempatan kita ambik peluang keluar makan bersama. Kami ke Putrajaya untuk bersama-sama makan tengahari di Restoran d'Tandoor, Ayer8. Hubby berbesar hati untuk belanja semua orang makan.

Kita sempat snap gambar nasi sahaja. Segan pulak nak bergalak ambik gambar, makcik contol ayu depan besan.

Nasi apa entah... lupa pulak. Depa buat bentuk kek.

Alhamdulillah kenyang.

The families.

Dengan besan yang baik hati.

Usai makan kami bergegas untuk kenduri kahwin bekas anak murid pulak. Depa buat kenduri di Glass House Sg Buloh. Saya mewajibkan diri untuk hadir kerana bakal pengantin menjemput secara personal/private.

Bersama kenalan lama, kebetulan anak-anak kami pernah menjadi sahabat baik masa kecik dulu.

Kawan baik amak bongsu back in zaman tadika 20 years ago.

Cikgu-cikgu pencen bersama bekas anak murid.

Cikgu-cikgu pencen.

Selamat pengantin baru Muaz & Munira. Semoga berbahagia hingga ke akhirnya.

Alhamdulillah selesai urusan seharian. Semoga diberi peluang untuk berjumpa-jumpaan lagi. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Wednesday, 11 February 2026

Pasang Kerusi Makan Baru

Beberapa lama hubby ajak tukar kerusi makan baru tapi asyik tertunda sebab saya masih sayang dengan kerusi lama. Masa awal pindah masuk rumah ini hubby biarkan saya uruskan hal-hal susunan rumah sepenuhnya. Suka hati saya nak hias macamana to make it a home... rumahku syurgaku.

Saya memang suka konsep kayu dengan warna-warna senada. Namun, selari dengan peredaran masa kita harus berubah dan akur dengan minat orang lain juga. Maka, pada suatu hari yang indah saya dan hubby ke SSF Melawati Mall.  Anak no-3 pun ikut serta memberi buah fikiran. Saya biarkan anak dan ayahnya berbincang dan buat keputusan tanpa gangguan sebelum hubby buat bayaran penuh. Oleh kerana tiada stok di kedai, depa minta tempoh seminggu sebelum stok dihantar dari warehouse mereka. Bila barang tiba di kedai mereka, kami order Lalamove untuk hantar barang ke rumah pulak. Depa caj RM98.

Lalamove dari Melawati Mall ke rumah.

Penuh dua kotak.

Set kerusi kena pasang sendiri.

Kaki kerusi lengkap dengan skru dan pemutarnya.

Kita pasang satu-satu.

Siap.😍

Sepuluh tahun lepas saya pernah buat make over kerusi makan sebelum ini. Boleh baca link di bawah.

{Repair kerusi sebelum ini}

Mudah-mudahan kerusi baru ini boleh bertahan selama itu juga. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Tuesday, 10 February 2026

With Friends: Gojezes KB84 @ Ampang

Jumaat 14hb Januari 2026

Saya tidak ramai kawan. Hanya ada a few groups of friends/geng here and there yang masih in contact hingga kini. Ada dua-tiga kawan dari sekolah rendah, beberapa kengkawan dari sekolah menengah, rakan-rakan semasa di IPT dan geng rakan sekerja. Tempat pertemuan utama haruslah semasa kenduri kendara. Sekali-sekala ada kelapangan kami akan keluar makan dan borak-borak sambil update kehidupan. 

Dan pada suatu hari Jumaat yang mulia baru-baru ini saya keluar sarapan dengan rakan-rakan dari sekolah menengah, Gojezes KB84. Kami ke Restoran Cikgu Sue di Ampang yang menjual makanan menu Pantai Timur. Ada nasi kerabu, nasi dagang, laksam, nasi lemak dan sebagainya.

Restoran Cikgu Sue @Ampang.

Cucur udang.

Kuih-muih yang ada.

Alhamdulillah.. tiada pembaziran.

Lain kali boleh berjumpa lagi.

Masa kami tiba, pengunjung agak ramai tapi masih ada tempat duduk sebab kedainya agak luas. Kami duduk makan dan berborak dari pukul 10-11 pagi. Saya cuma makan kuih dan minum teh-O ais sahaja. Mungkin lain kali saya akan datang lagi bersama hubby pulak. 😁

Sekian.😊

Monitor Bacaan Gula Dalam Darah

Pagi tadi terasa nak check tahap kolestrol. So kebetulan hari ini nak beli stok ubat hubby maka kita selit buat blood test sekali.

Saya biasa beli ubat-ubatan di Farmasi AA, Taman Permata. Depa ada servis untuk blood test by prick kat hujung jari. Alhamdulillah bacaan kolestrol saya memuaskan, well below the maximum limit (5.2).

Bacaan kolestrol 4.1.

Dah alang-alang ambik darah, kita buat blood glucose test sekali. Tudia... 9.9. Terkejut makcik. Tapi memandangkan baru balik dari KB after spending 3 days melantak segala menu manis-manis, kita pasrah sahaja melihat bacaan gula yang bagai tiada hari esok. 

Bacaan glukos 9.9 (baru lepas sarapan)

Balik rumah terus makcik berbincang dengan Pakcik Google. Kita tepek beberapa info dari KKM untuk rujukan masa depan. 

Bacaan gula dalam darah normal bagi individu sihat umumnya ialah 3.9 – 5.5 mmol/L (puasa) dan kurang daripada 7.8 mmol/L (2 jam selepas makan). Bagi pesakit diabetes, sasaran normal ialah 4.4–7.0 mmol/L (puasa) dan 4.4–8.5 mmol/L (selepas makan). 

Bacaan HbA1c yang sihat adalah di bawah 5.7%. 

Berikut adalah panduan bacaan gula darah (glukosa) yang disyorkan: 

1. Bacaan Normal (Individu Sihat/Bukan Diabetes) 
• Puasa (8 jam tanpa makanan): < 5.6 mmol/L.
• 1-2 Jam Selepas Makan: < 7.8 mmol/L.
• Rawak (Bila-bila masa): 7.8 – 11.1 mmol/L. 
2. Bacaan untuk Pengurusan Diabetes (Menurut KKM) 
• Sebelum Makan (Puasa): 4.4 – 7.0 mmol/L.
• Selepas Makan: 4.4 – 8.5 mmol/L. 
3. Bacaan Ibu Mengandung (MGTT/BSP) 
• Puasa: < 5.1 mmol/L.
• 2 Jam Selepas Makan/Minum Air Gula: < 7.8 mmol/L. 
4. Kategori Bacaan Pradiabetes 
• Puasa: 5.6 – 6.9 mmol/L.
• Selepas Makan: 7.8 – 11.0 mmol/L. 

Nota Penting: Bacaan gula boleh dipengaruhi oleh pemakanan dan aktiviti fizikal. Sila rujuk doktor untuk diagnosis tepat. Bacaan melebihi 14 mmol/L memerlukan perhatian perubatan segera. 

Lepas ni nak kena flush out segala gula yang terkumpul dalam badan sambil bersedia untuk menyambut bulan Ramadhan Karim yang bakal tiba 10 hari lagi. Lepas raya nanti kita buat test semula. Mudah-mudahan ada cahaya dihujung Syawal. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Sunday, 25 January 2026

Family Lunch Date @Rembayung

Rabu 21hb Januari 2026

Sejak dibuka awal bulan ini bukan main lagi anak-anak dok battle untuk dapatkan slot untuk makan di Restoran Rembayung, Kg Baru, KL. Restoran ini milik KA, seorang anak muda yang aktif berniaga secara online. Kali ini dia buka restoran, so haruslah kita pakat-pakat support. Kalau nak masuk/makan kena buat booking secara online. Katanya dah fully booked hingga entah bila.

Saya pun tak pasti bagaimana booking systemnya beroperasi. Kita turuti sahaja apa kesudahan cerita. Selepas semua anak-anak lain asyik gagal battle, akhirnya anak no-4 berjaya buat booking untuk 8 orang. Kami dapat slot kedua, pukul 11:45am-1:30pm. 

Seawal 11:15am saya dan hubby dah keluar dari rumah. Kami tiba di parking lot sebelah Rembayung pada pukul 11:30 pagi. Alhamdulillah, rezeki betul-betul menyebelahi kami. Tinggal satu parking lot sahaja seakan menunggu kami tiba.

Parking rate. RM10 untuk 2 jam pertama. Tambah RM4 untuk setiap jam seterusnya. 

Oleh kerana masih terlalu awal untuk masuk ke dalam restoran, kami duduk di luar dahulu sambil menunggu anak-anak tiba dari rumah masing-masing. Depa sediakan kerusi yang cukup serta kipas angin yang besar untuk keselesaan pengunjung yang tiba awal.

Kami dapat slot pukul 11:45am-1:30pm, meja no-48 di tingkat atas.

Senarai menu yang ada.

Duduk menunggu di luar dahulu.

Teh O ais.

Ayam masak kicap dan sambal udang petai.

Masak lemak sayur campur.


Kami duduk berborak hampir dua jam. Slot kami berakhir pada pukul 1:30 petang. Lepas makan kita posing dulu di tingkat atas sebelum sambung di bawah pulak.


Tak cukup dalam restoran kita posing depan pintu masuk utama pulak. Ramai jugak yang beratur menunggu giliran untuk berposing depan pintu masuk utama.




Missing anak no-2 dan anak bongsu.

“Nak datang lagi ke.?” Boleh saja kalau ada orang nak belanja dan battle booking slot. Banyak lagi menu yang boleh dicuba. Semoga ada rezeki yang boleh dikongsi bersama. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Sogo & KL by Night

 Jumaat, 9hb Januari 2026

"Jom cari kebab kat Sogo lepas Maghrib.."  Bila tetiba hubby ajak keluar, ayuhlah kita turuti. Mula-mula cuak jugak sebab macam buang tebiat ajak keluar memalam. Sesuatu yang jarang berlaku. Apa-apa pun kita terus bersiap usai solat Maghrib. 

Kami terus ke Sogo, KL. Ramai orang keluar shopping atau sebenarnya singgah shopping lepas balik kerja, mungkin buat last minute shopping barang-barang sekolah sebab hari Isnin nanti dah nak bukak sekolah tahun baru. 

Kami dapat partking di Basement 2. Kemudian naik eskalator ke Ground Floor ke kedai Kyros Kebab. Kami order dua set kebab dan air, dine in.

While waiting. (Makcik letak hp front camera atas meja). 😁

One for the memory. Hubby je yang pandai selpi/wefi.

Usai makan kami naik lif ke bahagian lelaki di tingkat dua. Hubby nak cari baju batik namun tiada yang berkenan di hati. Akhirnya kami beli selipar sahaja. By the time kami habis membayar, Sogo pun dah nak tutup. Sempat kita posing depan pintu utama Sogo, kemudian singgah beli apple strudel di kiosk level GF sebelum keluar ke parkir di Basement 2. 

Selpi satu depan Sogo.

On the way balik tiba-tiba rasa macam belum cukup kenyang. Sebagai penutup malam kami singgah Restoran Mamak berdekatan dengan rumah dan sambung makan roti canai dan teh tarik. Rupa-rupanya ramai je orang lain masih duduk melepak kedai mamak malam-malam. Tapi tidaklah saya ingin memulakan habit menjadi salah seorang dari mereka.

Kami tiba di rumah semula hampir pukul 11:00 malam. Tiba-tiba mata terasa mengantuk almaklumlah makcik ni biasa tidur dan bangun awal. Kitakan morning person. Kalau takde pasal pukul 10:30 malam makcik dah selamat belayar. Semoga terus sihat untuk hari-hari seterusnya. Aamiin.🌹

Sekian. 😊

Thursday, 22 January 2026

Lunch @Restoran Mohd Chan

"Jom gi Mohd Chan... cari dumpling..." Wow! Tetiba terasa hendak melompat hingga ke bintang.

Dah lama juga saya dok sebut nak cari dumpling (gyoza) halal. Haritu pernah try buat sendiri tapi tak menjadi. Pernah juga order via Shopee tapi hampeh tak sedap. So bila hubby ajak keluar ayuhlah kita bersegera.

Kita browse through buku menu dahulu.

Kami order dumplings, mee tarik dan sup abalone dengan isi ketam. Portion dia agak besar lebih-lebih lagi sup abalone. Sebesen dia bagi, memang tak boleh nak habiskan. So kita tapau bawak balik.

Kemain penuh meja... padahal berdua sahaja.

Kemain banyak sup depa hidang.


Dumpling yang yummy for makcik. 😘


Done.

Alhamdulillah, craving fulfilled. Thank you hubby, memenuhi selera isteri terchenta. Semoga bertambah rezeki untuk belanja yang lain pulak. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Repair Lampu & Ganti Mentol

Selepas beberapa kali tertunda akhirnya semua lampu di rumahku syurgaku mula bercahaya semula.

Biasanya kerja mengganti mentol-mentol lampu yang dah arwah ini dilakukan oleh dua orang hero terchenta saya. Tapi sejak mereka tidak bujang lagi dan dah ada rumah sendiri susah pulak nak set masa yang sesuai untuk berbakti di rumah bonda.

Akhirnya saya buat temujanji dengan adik kedai elektrik berdekatan kawasan perumahan ini. Saya dah biasa berurusan dengan mereka dan pernah beberapa kali depa datang buat wiring di rumah saya.

Semua padam.

Saya ganti dengan lampu berdiri untuk sementara waktu.

Done.

Lampu tangga pun padam.

Done.

Lampu belakang dapur pun padam. Tapi disebabkan ianya within ketinggian saya, kita cuba ganti mentol sendiri. Namun lepas beberapa kali cubaan memulas kepala mentol tiba-tiba dengan bekas mentol itu pun tercabut sekali. Rupa-rupa kepala mentol tu dah stuck dalam socket lampu... maka tertanggallah semuanya. Saya guna mentol long life. Rasanya dah lebih 5 tahun mentol tu bertahan menerangi ruang belakang dapur rumah ini.

Tinggal kepala lampu sahaja.

Barang-barang yang tertanggal.

Work in progress.

Done.

Depa caj RM170 untuk 7 biji mentol dan servis pemasangan. Semoga semuanya baik-baik sahaja selepas ini. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Makan-makan dengan Besan @Putrajaya & Kenduri ex-Student @Sg Buloh

Ahad 18hb Januari 2026 Family in law anak no-2 saya selalu berkunjung ke KL & Putrajaya namun jarang dapat berjumpa dek kekangan masa. B...