Monday, 16 January 2023

Lunchdate @ Lotus Ampang

Dah jadi rutin mingguan hubby akan ajak isteri terchentanya keluar makan tengahari. Sekali dalam seminggu itu biasa. 

"Kita jumpa pukul 12:30 tengahari. Jumpa kat Lotus Ampanglah... tengah-tengah, senang..." kali ini saya tak perlu jemput hubby kat tempat kerja. Lotus Ampang tu terletak tengah-tengah antara rumah dan tempat kerja hubby. So kami pergi naik kereta asing-asing. Hubby datang terus dari opis. Saya gerak dari rumah. 

Pukul 11:30 pagi saya dah turun dari rumah dan tiba sana dalam pukul 11:50am. Sementara masih ada masa, saya masuk supermarket untuk top-up barang-barang dapur. By pukul 12:20pm saya dah siap bayar pakai self-service check-out. Bila hubby tiba terus saya ajak teman loading barang dalam kereta. Malas nak layan pakcik-pakcik yang dok menunggu mangsa scammer kat parking lot tu. Usai masukkan barang dalam kereta kami patah balik cari makan tengahari. 

Kali ini kami cuba Warung Santai. Menunya ala-ala Thai tapi kurang kena dengan tekak saya dan a bit on the high side. Tekak makcik ni memang payah sikit. Memang ikut suka anak tekak dia je. Orang lain suka, kita tak suka, yang orang lain tak suka, kita suka pulak... gitulah.

Siakap stim, kailan ikan masin dan telur bungkus.

Usai makan kami lepak mengopi kat stall Dunkin Donut. Hubby nak pekena kopi-O dulu sebelum masuk meeting pukul pada 2:30 petang nanti.

Iced caramel macchiato for me. 😘

Kebetulan datang asing-asing ni bolehlah saya luangkan masa untuk urusan lain sebab tak perlu kalut nak hantar hubby balik ofis semula. Setel isi perut semua dan hubby dah gerak balik opis, saya teruskan urusan nak tukar pakej langganan Astro pulak. Kebetulan Astro bukak booth dalam Lotus ni terus saja saya setelkan kerja-kerja yang sepatutnya. (Nanti kita cerita di lain entry.)

Sekian cerita lunchdate kali ini. Next time kita cari tempat lain pulak. 😊

No comments:

Jom balik KB, bercuti dan makan-makan

Bila hubby ajak balik KB saja-saja bercuti dan jalan-jalan cari makan laju sahaja isteri mithalinya ini bersetuju dengan segala perancangan....