Thursday, 12 January 2023

Persiapan doorgifts kenduri anak bujang.

"Untuk doorgifts ni kita buat simple je..." awal-awal lagi hubby dah pesan. Biasanya saya akan sediakan paper bag dahulu lepas tu baru masukkan apa-apa yang terlintas dalam kepala sebagai cenderahati untuk tetamu. Last last akan ada macam-macam benda (makanan) packed kecik-kecik dalam beg itu.😁

Oleh kerana nak kena mengikut arahan, kali ini saya decide untuk guna kotak sahaja. Saya minta tolong anakanda putri orderkan kotak secara online, terus hantar ke rumah. Dah tak perlu nak menapak mencari di kedai aksesori perkahwinan lagi. Masih lagi tema gold, tapi saya tambah warna pink sebagai contrast.

Kotak ni dalam bentuk kepingan. So kita kena bukak dan pasang satu-satu. Dah macam production line pulak saya duduk bersila pasang kotak sebelum masukkan coklat lepas tu ikat riben satu-satu. Yang penting saya seronok buat sesuatu dari hati.








Untuk budak-budak saya sediakan paket/bekas untuk letak gula-gula dan jelly. Seronok kalau dapat memberi sesuatu kepada budak-budak. Kalau mak-ayahnya dapat haruslah budak-budak pun dapat something. Itulah kebahagian.

Untuk budak-budak.



"Kenapa la Ummi nak susah-susah buat sendiri. Order je yang dah siap..." komen biasa anak-anak setiap kali saya buat urusan nikah kawen. Tapi tetap juga saya dengan pendirian sendiri. Takde susah mana pun. Saya buat sambil duduk-duduk buang masa kill the time. Boleh jugak hilangkan boring duduk sorang.

Sekian.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...