Friday, 27 January 2023

Cuti CNY: Day 2

Sesi Pagi

Plan asal sepatutnya jalan-jalan, briskwalking and jogging kat KL Eco Park. Tapi tutup pulak. So sebagai alternatif, kami ke Taman Tasik Titiwangsa sahaja. Yang penting dapat stretching dan jogging keliling tasik sebelum pekena laksa Johor.

Yang ada untuk aktiviti kali ini. 🥰

Teringin nak bawa cucu main air kat sini.

Laksa Johor maveles.

Sesi Petang

Plan asal adalah family dinner kat KL sebelum naik bas hop on hop off KL by night. Tapi disebabkan dua pasang anakanda serta cucu semua tak dapat bersama maka kita tukar plan dengan main boling di Wangsa Bowl, Wangsa Walk sahaja. Lagipun ramalan cuaca mengatakan akan hujan lebat pada sebelah malam so kita play safe.

Rupa-rupanya ramai juga rakyat KL yang berbowling sempena CNY ni. So terpaksa buat booking dengan tulis nama kat kertas untuk masuk slot dulu. Lepas tu tunggu depa panggil nama ikut giliran. Sepatutnya tunggu je kat situ tapi kami gi makan-makan kat Jombali.

Barli lemon madu for me.

Mee goreng mamak ngan popia also for me.😁

By the time kami datang semula ke tempat bowling, kami dah terlepas giliran. So kena masuk queue semula. Maka duduklah kami menunggu di situ sambil melihat orang lain bermain. Alhamdulillah tak lama pun. Lepas 10 minit, giliran kami pun tiba. Dapatlah main selama satu jam. Depa caj RM60 sejam untuk satu lane. Kami ambik 2 lanes plus sewa kasut, total semua dalam RM150.


Yang ada untuk aktiviti kali ini.🥰

Malam kita dinner homemade steamboat by the girls. Ummi ayah duduk makan sahaja.

Sup dengan kiub ayam tambah kuah pedas tomyam.

Macam-macam ada.

Sekian cerita cuti hari ini. Esok kita sambung cuti lagi.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...