Thursday, 12 January 2023

Jalan-jalan Glenmarie dan KLIA2.

Setelah tercapai kata sepakat, semua bersetuju untuk mengadakan majlis akad nikah anak bujangku di Masjid Glenmarie pada awal pagi 18hb Disember 2022. Manakala majlis kenduri akan diadakan pada sebelah tengahari hingga petang, selepas majlis akad nikah.

“Jomlah kita tido sana. Hari nikah nanti tak payah kalut nak keluar pepagi. Lepas tu boleh berehat sementara nak tunggu majlis kenuri..." 

Setelah direki-reki akhirnya kami buat booking lima bilik di Hotel Glenmarie Golf Resort untuk satu keluarga. 

Seminggu sebelum check-in kita pusing-pusing tengok kawasan dulu. Sementara masih bujang ni kita ajak bakal pengantin jadi driver bawa Ummi dan ayah jalan-jalan.🥰

Lobi hotel yang luas.

Rest area menuju ke dewan.

Kawasan laman menuju ke kolam renang.

Lobi daftar masuk.

Air terjunnya agak run-down.

Swimming pool berasingan untuk dewasa dan kanak-kanak.

Dah puas melihat kawasan dan pasang angan-angan kami singgah minum di GG Coffee headquarters. Tempat depa proses kopi untuk cafe GG Coffee katanya. Kafe selesa, makanan pun okay tapi tekak saya tak berapa setuju dengan rasa kopinya.

Ruangan dalam kafe yang luas.

Tempat display pelbagai jenis kopi.

Kebetulan anak bujang dapat kerja baru di Air AsiaX, maka ummi ayah pun tumpang bangga sambil excited nak pi tengok tempat kerja baru. So, usai minum kopi kami ke KLIA2, Sepang untuk melihat kawasan. Oleh kerana waktu hujung minggu kita hanya boleh tengok bangunan dari jauh sahaja. Cukuplah  buat penenang jiwa seorang ummi… mudah-mudahan anakanda mendapat rezeki yang berkat bagi melunaskan tanggung-jawab sebagai seorang suami nanti.

The proud Ummi and ayah.🥰


Kemain sengeh... sampai ke telinga.

Sekian cerita jalan-jalan kali ini.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...