Thursday, 26 January 2023

Lunchdate @ Restoran Pak Ali Taman Maluri

Hari ini saya tidak berhajat untuk ke mana-mana, cuma nak mengemas rumah dan mendobi selepas 'bercuti' selama empat hari sempena CNY. So pepagi lagi saya dah sarapan makan nasi sebagai persiapan tenaga untuk sepanjang hari.

"Jom lunch harini pkl 1..." tetiba  mesej masuk pada pukul 10 pagi. Sebagai isteri mithali haruslah kita bersedia bila-bila masa sahaja hubby ajak keluar. Maka kita tunda dulu semua perancangan. By pukul 12:30 tengahari saya keluar pick-up hubby kat tempat kerja dan terus jalan-jalan cari makan.

Hajatnya nak ke Aeon Taman Maluri tapi ternampak pulak restoran Pak Ali on the way ke sana. Kebetulan ada parking kita singgah di sini sahaja.


Nasi lemak ayam goreng bawang for him.

Nan cheese for me. (Makcik masih kenyang makan nasi pagi tadi so kita makan separuh sahaja. Selebihnya kita pass over suruh habiskan).

Walau masih kenyang kita jadi peneman makan sahaja. Lepas tu take away sebungkus nasi biryani kambing bakar dan sebungkus nasi tomato ayam madu for dinner. Alhamdulillah, boleh off duty masak untuk malam ni.😁

Sekian cerita lunchdate kali ini. Nanti kita dating lagi.😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...