Saturday, 28 January 2023

Cuti CNY: Day 3

Memandangkan hari pertama dan kedua cuti CNY, anakanda sulong tak dapat bersama maka hari ini hubby khaskan masa untuk bersama cucu-cucu pula. Maka destinasi kami hari ini ialah ke Putrajaya.

Sesi pagi

Pepagi lagi saya dah masak lasagna buat makan keluarga. Selebihnya bawa bekal untuk anak cucu di Putrajaya pulak.

Lasagna daging.

By pukul 9:30 pagi hubby dah sibuk nak keluar jumpa cucu sambil nak singgah ngopi di Cinnamon Roll, Conezion. So kami gerak berdua sahaja. Yang lain-lain tinggal uruskan kemas rumah dulu, kemudian datang berkumpul ramai-ramai untuk lunch di Restoran Safa, Cyberjaya. 

Cafe latte@ Cinnamon Rolls, Conezion.

Nasi biryani udang for me.😋


Cikda, pelayan setia anak-anak saudara.

Sesi petang

Lepas lunch kami balik berehat di rumah anakanda @ Ayer8 sebelum aktiviti naik cruise. Dah lama hubby bercadang nak bawa cucu-cucu naik cruise kat Tasik Putrajaya. Walau ramalan cuaca tidak berapa menarik, kita teruskan juga mencuba nasib. 

Seperti biasa manusia sangat ramai. Semua kena beratur untuk beli tiket sebab tiada servis beli tiket online. Tiket pulak tak boleh beli in advance. Depa akan habiskan tiket mengikut urutan masa yang di beri. So, kalau yang plan nak naik cruise pukul 6 petang tak boleh beratur awal, takut-takut tiket sebelum pukul 6 belum habis dijual, terpaksa datang beratur semula. Dan itulah yang terjadi kepada kami.😅

Kami memang plan nak ambik cruise pukul 6:00 petang. Pukul 12 tengahari anakanda dah beratur untuk beli tiket. Lepas hampir sejam beratur depa baru sold out tiket untuk trip pukul 2:00 petang. Next trip pukul pukul 3:45 petang. Maka baliklah anakanda dengan hampa. Pukul 4:45pm kami dah datang queue semula. By the time sampai kat kaunter (selepas hampir satu jam beratur) tiket pukul 6:00 dah sold out. Yang ada hanya untuk last trip pukul 7:00 sahaja. Maka kita terima sahaja takdir yang datang.

Beratur sangat panjang.

7 Adults, 2 Children: RM15x7 plus RM10x2. Total RM125.

Kaunter tiket.

Sementara menunggu waktu berlepas kami lepak-lepak di Masjid Putra sambil melihat hujan yang turun mencurah-curah. Dalam hati hanya berdoa agar by the time trip kami tiba nanti, hujan dah mula reda. 

Ruang solat Muslimah.


Menanti hujan reda.

Alhamdulillah, termaqbul doa. By the time nak ke jeti, hujan pun berhenti. Dan semua penumpang dapat menikmati suasana indah dalam lembayung senja.



Jambatan 'putus' ?

Langit mendung, awan kelabu.



Sekian cerita cuti hari ini. Esok sambung cuti lagi? 😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...