Monday, 7 September 2020

Pokok pun stress

"Akak baca ada orang kata pokok ni kena bagi stress baru dia sihat. Kita patah-patahkan dahan dia atau biar kat tempat panas jangan siram... dah dekat dekat nak layu baru siram semula..." panjang petua sorang akak ni bagi kat saya. 

Saya memang tak pakai apa-apa petua tanam pokok. Cuma siram dan trim mana-mana daun yang dah rosak atau cantas mana-mana dahan yang patut. Bubuh baja pun bila rajin sahaja. Selebihnya pepandailah depa membawa diri. 

Kebetulan minggu lepas saya pulak rasa stress tengok pokok bunga ros yang seakan hidup segan mati tak mahu. Maka saya panjangkan rasa stress itu dengan membengkok-bengkokkan dahan dan cabang pokok yang ada. Tapi haruslah saya buat dengan penuh kasih sayang. Marah-marah manja gitu. Sayang jugak sebenarnya. Sebelum ni saya cuma trim dan buang daun-daun yang dah kuning atau hitam berkulat sahaja. Saya hanya berjaya membengkokkan beberapa cabang, yang lain semuanya patah. Tapi kita redha sahaja disebabkan tangan tuan tanah yang tak berapa nak lembut. Sungguh bagai dikata, selepas seminggu muncul beberapa mata tunas pada cabang yang bengkok itu. Menjadi jugak rupanya petua orang-orang lama. Alhamdulillah.

Kesian pulak tengok kesan bengkok tu.

Mata tunas muncul dengan galaknya. 

Pabila tuan tanah dah suka hati melihat hasil daripada bengkokan cabang-cabang pokok bunga ros tu maka merebaklah pulak ke pokok yang lain pulak. Alhamdulillah saya takde masalah dengan pokok-pokok lain. Kebanyakannya adalah pokok berdaun hijau jadi tak perlu susah hati nak fikir tentang berbunga atau tidak. Jadi saya cuma susun semula kedudukan pasu tanpa mengusik kejadian pokoknya. Maka berbekalkan tulang empat kerat dan tenaga dihujung usia saya angkat, letak, angkat, letak pasu-pasu yang ada. Susun sana susun sini hingga habis tenaga dan berpeluh satu badan.

Pokok ixora baru belajar nak berbunga. Belum tahu lagi apa warnanya.

Ixora mengeluarkan pucuk baru.

Pokok puding.




Saya kurang arif tentang nama-nama pokok ni. Saya beli sebab nampak cantik dan mudah dijaga. Alhamdulillah cukup puas hati dengan susun atur setakat ini. Tak tahulah berapa lama boleh bertahan. Lepas ni kita bagi nafas baru untuk pasu-pasu pulak.

PS: Moga Allah sentiasa kurniakan kesihatan yang baik.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...