Wednesday, 8 April 2020

Covid 19: Roti naan in the house.

Sejak PKP ni dah masuk kali kedua saya mencuba roti naan homemade. Resepi asal daripada blog siraplimau.com. Saya modify sikit untuk kemudahan makcik yang tak berapa rajin ini. Alhamdulillah setakat ini it's getting better.

Resepi asal
3 cawan tepung gandum
1 sudu besar yeast kering (saya guna mauripan)
1 sudu besar gulas pasir
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar minyak (saya guna minyak jagung)
1 1/4 cawan air suam

Campur semua bahan dan uli sebati. Saya uli pakai tangan sahaja. Tak uli beriya pun. Hanya ramas-ramas biar semuanya sebati. Jangan risau kalau tangan agak melekit-lekit. Tak perlu tambah tepung. Bila dah rasa semuanya dah sebati biarkan dalam mangkuk dan tutup dengan kain tuala kecil. 

Biar je walaupun doh nampak tak licin.

Tunggu doh naik sekali ganda. Dia ambik masa dalam 30 minit sahaja. Selagi belum naik dua kali ganda jangan usik doh. Biarkan lama sedikit. Sementara tu bolehlah sediakan bahan untuk buat kuah cicah nanti. Saya biasa buat kari ayam sahaja. Modify sikit-sikit biar rasa ala-ala kari mamak.

Kari ayam tanpa santan. 

Lepas doh dah naik dua kali ganda bolehlah dikepal-kepal jadikan bebola. Sukahati nak buat sebesar mana. Boleh nak biarkan depa kembang semula. Kalau tak sabar, boleh terus canaikan atas papan pencanai atau atas apa sahaja yang sesuai.

Bebola dah kembang semula.

Sekiranya masih melekit boleh sapukan tepung pada tangan dan batang penggelek. Tambah je sebanyak mana yang perlu supaya doh tidak melekat. Jika suka boleh tambah cheese atau garlic dalam doh sebelum dicanai. 


Bakar atas kuali dengan api sederhana. Tutup kuali biarkan depa naik dengan cantik. Selepas 3 minit, buka penutup dan balikkan. Biarkan hingga masak.

Naan in the making.

"Sedapnya Umi masak. Rasa macam kat kedai..." Hmm... iyelah. Dah namanya pun musim PKP. Sedap ke tak sedap, terpaksalah makan je apa umi masak.


Lebihan doh tu, kalau ada, boleh sambung buat pizza base pulak. Letak je apa-apa topping lepas tu bakar dalam oven.

PS: Covid 19. Stay at home. Moga Allah bantu.

Sunday, 5 April 2020

Covid 19: PKP, ketua rumah in action.

Sejak keluarnya arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan disebabkan wabak Covid-19, baru dua kali saya keluar membeli barang keperluan rumah. Hingga hari ni PKP dah masuk fasa kedua. Fasa pertama bermula pada 18-31hb Mac 2020. Ingatkan by bulan April dah boleh setel semua masalah. Rupa-rupanya wabak makin merebak dan gomen terus perketatkan PKP untuk fasa kedua bermula 1hb April hingga 14hb April 2020 pulak.

Semasa PKP semua kena duduk rumah sahaja. Hanya boleh keluar rumah jika ada keperluan mendesak sahaja. Kalau nak keluar pun wajib pakai topeng muka dan tak boleh berkumpul. Kena jarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter dari orang lain. Dan hanya ketua rumah sahaja yang boleh keluar rumah untuk beli barang keperluan. Alhamdulillah saya tiada masalah dengan arahan gomen ini sebab saya memang tergolong dalam manusia yang suka duduk rumah. 

Masa first time nak keluar beli barang keperluan hari tu tetiba pulak topeng muka habis stok dan tiada dalam pasaran. Merata-rata saya cari tapi tidak berjumpa. Maka terpaksalah kita jadi kreatif dan ambik kain jahit sendiri. Memang la tak menepati syarat kesihatan tapi asalkan menepati syarat memakai topeng muka maka kita tawakkal sahaja.

Pakai jelah apa yang ada walaupun buruk benor ghupenya.


Oleh kerana gomen tak syaratkan siapa yang patut jadi ketua rumah, maka seperti biasa saya yang akan ke depan dalam perihal rumah dan keperluannya. So saya yang akan keluar beli barang sebab rasa tak puas hati kalau tak boleh pegang, belek dan tilik sendiri. Awalnya nak beli barang di supermarket tapi terbantut bila melihatkan ramainya orang beratur di luar pintu masuk, terus batalkan niat. Parking pun takde maka kita terus ke kedai runcit sahaja. Kedai runcit di sini dikenali dengan nama kedai Acheh. Depa jual pelbagai barang basah dan barang keperluan harian secara runcit. Alhamdulillah di kawasan perumahan saya ni ada empat kedai Acheh ditambah dengan kedai KK Mart, Speedmart dan Seven 11. Setakat nak cari barang dapur tu Insya Allah takde masalah.

Segala jenis ikan untuk stok.

Siap basuh untuk di simpan dalam peti sejuk.

Potong siap-siap untuk diblend.

Setelah beberapa hari mencari secara online dan melalui grup wassup maka akhirnya dapat beli topeng yang sepatutnya. Depa jual RM100 untuk 50 keping. Memang terasa mahal tapi dalam keadaan sekarang kita tak perlu banyak bunyi. Kita capai sahaja apa rezeki yang ada. 

Akhirnya dapat mask

Dah dapat proper mask barulah confident nak keluar rumah. Esoknya terus in action. Of courselah nak kena tambah barang-barang basah. So kita ke kedai runcit sahaja.

Feeling better, tapi sedikit ketat, sakit telinga pulak.

"Minta maaf kak, kita dah tak potong. Tak dibenarkan." Aduhai... beriya saya ambik ikan dan ayam nak buat stok. Maka terpaksalah asah balik skill menyiang ikan dan memotong ayam. Alhamdulillah masa kecik dulu saya biasa tolong nenek buat kerja-kerja dapur. Thanx to arwah nenek yang sentiasa melayan saya dengan baik.


Ayam dan ikan yang segar.

Siap.

Sedia untuk simpanan walau habis muka makcik bersisik.

Sepanjang musim covid ini saya terus memegang peranan sebagai ketua rumah. (Untuk keluar rumah beli barang). Membeli barang basah memang sudah menjadi tugas asasi saya. Sekali sekala saya akan bergilir dengan bujang sulongku untuk keluar beli barang-barang kering di pasaraya. 

PS: Of course ada lagi the bigger boss yang jadi banker. Saya tukang cucuk dan swipe sahaja. Moga Allah bantu.

Tuesday, 31 March 2020

Happy Birthday Nina, dah 18 tahun dah.

Tarikh 18hb Mac tahun ni cik baby bongsu genap 18 tahun. Sehari sebelum birthdate tu cik baby dan para sahabatnya dah buat planning nak keluar ramai-ramai sambut birthday. Kebetulan pulak PM announce yang pada hari Rabu 18hb Mac 2020 marked the first day of Movement Control Order, MCO atau Perintah Kawalan Pergerakan, PKP disebabkan oleh Covid 19. Semua orang kena duduk rumah. Keluar hanya bila ada keperluan yang mendesak sahaja. Maka kelautlah segala planning yang depa dah buat. Pepandailah depa cari segala hikmah disebalik apa yang berlaku. 

Alhamdulillah Umi yang baik hati sempat berpesan kepada anak bujangku supaya beli kek sebelum PKP dikuatkuasakan. 

Simple but sweet.

Pegang kek jelah kekdahnya.

Happy 18th birthday Baby... semoga makin membesar menjadi wanita solehah.

Biasanya kami tak pernah sambut apa-apa pun berkaitan birthday. Kalau adapun setakat makan kek dan bagi hadiah. Selalunya saya biarkan anak-anak bergalak sambut birthday dengan kawan-kawan depa sahaja. Oleh kerana birthdate cik baby ni jatuh pada musim Covid 19 ni, maka kita makan-makan kat rumah sahaja.

Umi dan Ayah yang sentiasa di sisi.

Apa-apa pun mudah-mudahan semuanya membesar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah yang boleh menjadi asbab Umi dan Ayah masuk syurga... Ameen.

PS: Kiranya, result straight A's masa SPM hari tu adalah hadiah untuk sendiri. Alhamdulillah. 

Friday, 27 March 2020

Retina tanggal, Part 2: recovery lepas operation

Sebulan selepas hubby operation disebabkan retina tanggal hari tu, kami pergi ke hospital semula untuk rutin check-up. Setakat ini hubby dah nampak separuh area yang sepatutnya. Separuh lagi masih kabur disebabkan gas yang depa masukkan dulu masih ada.

"Everything looks good..." Alhamdulillah doktor berpuas hati dengan perkembangan hasil selepas operation. Setakat ini gas yang doktor masukkan dalam mata tu dah tinggal 50%. Doctor target dua bulan selepas operation hubby akan boleh melihat seperti sediakala. Kiranya on-time halfway through recovery. Kita tunggu sebulan lagi tapi doktor suruh datang semula dalam masa tiga minggu lagi untuk melihat progres seterusnya.

"Kenapa nampak macam ada bubble air dalam mata ni..?" Seminggu selepas jumpa doktor hari tu hubby komplen seakan ada gelembung air dalam mata. Mula-mula satu, lepas tu dua, kadang tiga, kadang hilang semua, lepas tu timbul semula. Aduhai... saya pun tak pasti apa bendanya. Tapi mengikut pemahaman sains saya, ianya hanyalah bubble daripada gas yang doktor letak dalam mata selepas depa operate hari tu. Bila gas tu semakin berkurang maka bubblenya akan nampak nyata. Saya siap bagi contoh air soda dalam gelas lagi. Memandai buat teori sendiri. 

"Kenapa rasa kabur pulak. Hari tu dah nampak clear separuh. Rasa macam ada bayang-bayang...." Sehari dua lepas tu hubby komplen lagi. Hmm... yang ni saya tak boleh nak buat teori sendiri.

"Jomlah pi jumpa doktor semula. Dapatkan nasihat pakar." Terus saya buat appoinment untuk jumpa doktor segera. Alhamdulillah depa kata boleh slot in walaupun dalam keadaan perintah kawalan pergerakan (PKP) due to Covid 19 ni. 

Sewaktu PKP ni semua pergerakan keluar rumah adalah terbatas. Hanya boleh keluar rumah sekiranya ada keperluan mendesak sahaja. Kena sentiasa basuh tangan ataupun guna sanitizer. Duduk pun tak boleh dekat-dekat.

Signboard atas kerusi supaya semua orang duduk jarak-jarak.


Doktor mengesahkan apa yang hubby alami itu adalah fenomena biasa selepas operation vitrectomy. Selepas operation haritu doktor masukkan gas untuk memastikan retina yang tanggal tu melekat semula dengan baik. Selepas beberapa lama gas akan mula berkurangan dan akan nampak bubble sebab gas tu dah mula berpecah daripada kepulan (entah betul entah tidak penjodoh bilangan ni. Lupa dah apa yang doktor sebut haritu) asal yang besar sebelum itu. Yang hubby nampak macam bayang tu sebenarnya adalah petanda awal katarak. Sebelum operation haritu doktor dah bagitahu yang operation vitrectomy ni ada risiko untuk develope katarak pulak. Tapi tak perlu risau, at least kita dah elakkan risiko permenant loss vision, buta, kata mudahnya. Lepas ni kalau rasa tak selesa boleh operate katarak pulak. Sementara itu kita doa semoga katarak tu tidak teruk sangat. 

Untuk soothing mata.

Klik untuk Part 1

PS: Moga Allah bantu.

Thursday, 26 March 2020

Beseri untuk kesekian kalinya: Result SPM

Mac 2020, untuk kesekian kalinya kami terbang lagi ke Negeri Indera Kayangan dengan penuh debaran. Keputusan SPM 2019 akan diumumkan pada hari Khamis, 5hb Mac 2020. So pada hari Rabu lagi kami dah sampai ke Kangar. Seperti biasa, ambik flight ke Alor Star, sewa kereta dan terus ke Kangar dan menginap di Putera Regency Hotel. Esoknya, usai sarapan terus gerak ke MRSM Beseri.

Dalam debar pun makcik boleh perabih sarapan dengan bahagianya.

Posing dulu, nak hilangkan debaran, katanya

Terasa muda dikelilingan kawan-kawan anakanda.

Program bermula seawal pukul 8:00 pagi dengan ucapan para jemputan dari institusi pengajian tinggi. Depa cerita tentang peluang yang ada selepas SPM, juga halatuju bagi pelajar yang dah komfirm minat dengan mana-mana course serta di mana nak sambung belajar. Kemudian ucapan dari wakil Pengetua sebab katanya Pengetua tidak available. Keputusan sepatutnya keluar pukul 10:00 pagi tapi lewat sejam kerana masalah teknikal menjadikan debaran makin kencang. 

Alhamdulillah penantian yang tidak sia-sia.

The proud Abang.

Tahniah baby...


Sementara menunggu puteri bongsu tu menghabiskan masa-masa terakhir bersama kawan-kawan dan para guru yang telah bertungkus lumus mendidik mereka saya bersiar-siar di Padang Besar, sambil cuci mata dan cuci poket. Lepas ni mungkin dah takde peluang nak ke Utara lagi.

Jalan yang tenang dan damai.

By pukul 5.45 petang kami tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim Alor Star, Kedah semula. Terus check-in untuk flight pukul 6.30 petang. Flight on time dan kami selamat tiba di KLIA2 pada pukul 7.30 malam.


Kami parking kereta kat KLIA sebab pergi naik MAS. Balik terpaksa ambik flight Air Asia dan turun di KLIA2. Terpaksa beli tiket ERL ke KLIA pulak. Sepatutnya ambik tiket KLIA Express tapi terbeli tiket KLIA transit. Patut la murah je. Harga RM2.00 sorang. Bagus jugak. Boleh lepak-lepak sambil menikmati jauhnya perjalanan.

Sementara menunggu KLIA Transit, posing la apa lagi.

Kami tiba di parking KLIA hampir pukul 9 malam. Bayar RM74 untuk parking dari hari Rabu, pukul 11.00 pagi hingga hari Khamis pukul 9.00 malam. Total selama lebih kurang 34 jam. Alhamdulillah semuanya berakhir dengan baik. Umi dah boleh officially basuh tangan. The last baby in the family finally a school graduate. Dah habis SPM, dah dapat result. Lepas ni kena fikir nak sambung study kat mana pulak. Moga Allah bantu.

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...