Monday, 9 March 2020

Retina tanggal, Part 1

Rabu, 12 Februari 2020.
Pulang dari kerja, hubby mengadu mata kirinya makin rabun. Hubby memang rabun. Power spek pun over 600++. Saya jangkakan cuma mata letih disebabkan stress banyak kerja yang bertimbun-timbun serta banyak menggunakan laptop dan handphone.

Kebetulan masa tu kami bermalam di Nilai maka saya keluar cari ubat titis mata di Watson dekat Giant Nilai. Harapannya dengan titisan EyeMo tu akan melegakan dan mengurangkan sedikit rasa kabur. 

Khamis, 13 Februari 2020.
Hubby pergi kerja macam biasa tapi mengadu matanya mula nampak bayangan hitam. Saya terus buat appoinment untuk jumpa pakar mata di Hospital Ampang Putri. Depa bagi slot untuk petang Jumaat esoknya. Lepas buat appoinment saya balik ke Ampang. Balik sahaja dari kerja petang tu hubby mengadu yang mata kirinya hanya nampak separuh frame sahaja, separuh lagi nampak hitam. Tanpa berlengah, kami terus ke hospital Ampang Putri petang tu juga tanpa menghiraukan jalan jam di Ampang. Malangnya doktor pakar hanya buka klinik during office hours sahaja. Jadi, terpaksalah tunggu esoknya sambil berdoa tiada apa yang serius.

Jumaat, 14 Februari 2020.
Walaupun dah buat appoinment untuk slot sebelah petang, pepagi lagi hubby dah keluar sebab ruang vision makin hitam dan gelap. Dah macam nak buta sebelah mata. Alhamdulillah ada anak bujang sebagai driver. Saya standby kat rumah mengemas apa yang perlu selepas beberapa hari tinggalkan rumah sebelum ini.

Sebelum hubby keluar, saya dah call klinik pakar mata, kata nak jumpa doktor dengan segera. Depa suruh datang walk-in sahaja. Alhamdulillah pesakit tak ramai, terus dapat jumpa pakar dalam masa sejam.


"Retina tanggal.
Hantar Pusrawi.
Jumpa kat sana la.
Sbb urgent." 

Tetiba rasa cuak sebaik dapat mesej dari bujangku. Terus saya packing barang keperluan sebab dah terasa macam nak kena stay overnight kat hospital nanti. Alhamdulillah ada anak bujang lagi sorang tolong temankan saya pergi Pusrawi pulak. Sampai sahaja di sana terus ambik nombor untuk jumpa doktor pakar. Doktor mengesahkan yang hubby mengidap retina detachment, atau retina mata tertanggal, kata orang kita. Oleh kerana Ampang Putri takde kepakaran dalam bab itu maka depa refer ke hospital Pusrawi KL. Jumpa another specialist. And doktor mengesahkan retina hubby dah tanggal dan perlu buat pembedahan segera untuk mengelakkan permenant loss vision. Buta, dalam bahasa mudah. Depa schedule untuk operate malam tu jugak so hubby kena terus puasa immediately. Alhamdulillah dah siap sarapan berat pagi tadi.

Sebaik sahaja doktor buat confirmation kemasukan ke wad, kami terus buat bayaran. Hubby tak ambil GL disebabkan masalah teknikal. So kami bayar sendiri dulu. Kalau ada rezeki nanti Insya Allah, boleh claim dengan syarikat insuran. Pusrawi minta deposit RM7000 sebelum depa proses untuk kemasukan ke wad. Boleh bayar guna kad kredit. 

Bayar deposit dulu.


Wad As Salam untuk lelaki, sebelahnya wad an Naem untuk perempuan.

By pukul 12.30 tengahari dapat masuk wad. Oleh kerana wad single penuh, depa bagi wad 4 bedded dahulu sementara nak prepare untuk operation malam nanti. 


By pukul 6.30 petang depa dah suruh bersiap sedia untuk ke dewan bedah. Untuk operation retina ni depa bagi dua pilihan samada nak bius separuh atau bius penuh. Hubby ambik bius penuh. Sebelum tu depa bubuh ubat titis mata setiap lima minit. Saya tak pasti berapa kali, tapi dah macam marathon pulak bila nurse asyik keluar masuk untuk titiskan ubat.

On the way ke dewan bedah.

Alhamdulillah procedurenya agak laju dan semua berjalan lancar. By pukul 10.30 malam hubby dah selamat menjalani pembedahan secara vitrectomy. Bilik single pun dah ready so usai pembedahan terus pindah ke wad single. As always, haruslah isteri mithali sentiasa ada di sebelah menemani dalam susah dan senang.


Sabtu, 15 Februari 2020.
Alhamdulillah, awal pagi hubby dah bangun dan bersiap untuk sarapan. Depa buka tampalan mata untuk teruskan titisan ubat dalam mata setiap tiga jam pulak.

Baru dapat makan selepas berpuasa sepanjang hari semalam.

By pukul 7.30 pagi dah bergerak ke klinik pakar untuk pemeriksaan mata. Sementara tu nurse titiskan ubat mata sebanyak 6 kali untuk setiap 5 minit lagi. 

Awal pagi, sunyi sepi belum ada manusia.

Alhamdulillah doktor berpuashati dengan hasil pembedahan semalam dan dah boleh keluar wad hari ini juga. Sementara menunggu proses selanjutnya hubby berehat di wad sementara kami keluar pusing-pusing KL. Haruslah cari sarapan dulu. Kami pekena nasi lemak Wanjo Kg Bharu sebelum ke KLCC.

Nasi lemak yang yummy.

Kat KLCC, kami terus straight to the point sahaja. Daripada tempat parkir kami naik lif ke Isetan cari gogle untuk hubby pakai masa mandi bagi mencegah air shower termasuk ke dalam mata. Sambil tu saya tambah satu dua barang untuk diri sendiri. Saja buat tambah koleksi, anytime nak pakai nanti kita cari je dalam stor.

Beriya pilih gogle. 

Kami tak berlama-lama di KLCC sebab by pukul 12 tengahari nak kena setelkan bayaran. Total semua RM17500. Semalam dah bayar deposit RM7000, so harini hanya bayar bakinya sahaja. Doktor bagi MC selama dua minggu dan ubat-ubatan sebelum bagi appoinment untuk berjumpa doktor semula dalam masa seminggu. 

Ubat antibiotik dan anti stress untuk titis dalam mata.


Dalam fasa pemulihan ini ada beberapa aktiviti yang terpaksa dihentikan. Kiranya termasuk dalam pantang larang keras. Semua ini bagi memastikan retina tu dapat lekat sempurna pada tempatnya.
  1. Tak boleh drive
  2. Tak boleh naik flight
  3. Tak boleh mendaki gunung
  4. Tak boleh naik lif yang laju (macam kat KL Tower)
  5. Tak boleh travel naik Karak Hiway.
  6. Tak boleh jogging

So kita lepak kat rumah sahaja sepanjang minggu ini.

Jumaat, 21 Februari 2020.
Selepas seminggu discaj kami perlu ke appoinment semual. By pukul 8.00 pagi kami dah bersiap untuk ke Pusrawi. Keluar lewat sikit bagi mengelakkan jalan jam. 

Seram pulak tengok.


Doktor tukar ubat baru sebab ubat yang sebelum ini menyebabkan mata hubby stress. Bacaan normal  stress level sepatutnya di bawah 20 tapi bacaan hubby mencanak hingga angka 40. Banyak pulak doktor bagi bekalan ubat. Kos semua RM430. Mudah-mudahan serasi. Doktor buat appoinment untuk review semula dalam masa seminggu lagi. 


Jumaat, 28 Februari 2020.
Selepas dua minggu mata hubby semakin baik. Walau masih belum nampak sepenuhnya, stress level dah turun ke 12. Sekarang adalah fasa maintenance sahaja sehingga mata hubby nampak sepenuhnya. Doktor target vission hubby akan kembali normal dalam masa dua bulan. Segala pantang-larang masih kekal sehingga doktor sahkan penglihatan hubby sudah pulih seperti sedia kala. 

PS: Next appoinment dalam masa dua minggu. Mudah-mudahan segalanya berjalan dengan baik. Moga Allah bantu.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...