Wednesday 19 February 2020

Baby shower... katanya.

Sejak akhir-akhir ni saya agak terdedah dengan apa yang orang muda kata baby shower. Katanya untuk meraikan mak-mak yang bakal melahirkan baby tu. Biasanya depa buat bila dah dekat-dekat waktu due date. Mungkin dalam sebulan sebelum tarikh sebenar. Konsep dan tema baby shower ni bergantung kepada host. Suka hati depa nak buat macamana, nak jemput siapa dan nak buat apa. Entahlah, saya pun tak pasti apa tujuan sebenarnya.

Sehingga anak dah lima dan dah besar gajah tambah dengan seorang cucu, saya tak pernah ambik pot tentang semua itu. Tapi bila dah nak masuk cucu kedua ni, mak-ayahnya nak buat baby shower, maka kita layankan saja. Macamana rupa dan cara sambutan pun saya tak pasti. 

"Alah, kita gi makan-makan je. Ajak family dan kawan-kawan rapat." Gitulah temanya. Maka pada suatu petang nan indah kami sekeluarga pi makan-makan hi-tea kat Andorra by Chef Zubir. 

Tok Ayah sibuk melayan cucu.

The Cek-meks yang pantang nampak camera.

The proud Nenek and Tok Ayah.


Boleh tahan juga menu yang depa served. Lupa dah apa nama menunya. Ala-ala Western dan Italian gitu. Tak kisahlah apa nama event yang depa nak letak, baby shower ke, makan-makan ke, kebersamaan dengan famili itu yang penting. Asalkan tidak ada unsur-unsur yang tidak menepati cita-rasa saya, saya tiada masalah untuk melayan selera anak-anak muda zaman sekarang. 


Missing Om dan Cik Da .

Sepatutnya semua orang kena pakai pink. Sendiri punya rules buat tema pink sebab baby girl. Tapi biasa la, yang tak ada stok baju pink terpaksalah pilih mana-mana kaler yang harmoni.

Apa-apa pun, menunggu kelahiran seorang insan akan sentiasa mendebarkan. Moga Allah bantu.

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....