Thursday, 6 February 2020

GPO.

"Jom pi Genting." Out of the blue tetiba teringin nak pi Genting pulak. Sepatutnya saya ke Nilai tapi hubby kata tak perlu, jadi kita tukar plan. Alhamdulillah anak-anak on saje bila Umi ajak pi memana.

Asalnya malam tadi dok bersembang dengan anak daraku tentang aksesori nak pakai pergi kenduri. Depa suruh Umi bergaya sikit bila nak pi makan kenduri especially kenduri kawen. Kurang-kurang pun pakailah handbag yang ada brand sikit. Sebenarnya Umi depa ni malas nak membazir. Cukup setakat apa yang ada sahaja.

"Duit yang belanja beli handbag tu baik la bubuh dalam beg yang dah ada. Boleh buat beli benda yang lebih penting..." Gitulah argument saya setiap kali isu ini naik. 

Sebelum bertolak saya google dulu apa-apa yang menarik selain Genting Premium Outlet. Paling penting haruslah yang patuh Shari'ah. Banyak jugak tempat yang menarik tapi tak kena dengan jiwa. Berdasarkan review daripada internet kebanyakannya samada tidak patuh Shari'ah atau tidak berbaloi dengan harga.

Kami gerak dalam pukul 9.30 pagi. Oleh kerana anak-anak belum sarapan, kami singgah makan sandwic di Subway Taman Melati dulu. Saya memang suka sandwic Subway sebab sayur depa segar-segar dan boleh minta banyak-banyak.

Kita sarapan dulu.

Rupa-rupanya Genting ni sebelah rumah je. Dalam 40 minit dah tiba sana. Alhamdulillah jalan tak jam. Sepanjang Karak Hiway tu tak putus-putus dok berdoa supaya tiada apa-apa yang berlaku. Saya jarang travel keluar kawasan tanpa hubby. Kalau kawasan dekat-dekat tu anytime boleh je pergi sorang-sorang. Tapi kalau keluar kawasan saya kena lebih berhati-hati walaupun bawa bodyguard.

Kami tiba GPO dalam pukul 10.30 pagi. Parking kat Level B2. Terus naik eskalator ke Ground Floor. Kedai-kedai semua baru nak beroperasi tapi masih kosong tanpa pelanggan. Kami hanya lalu sahaja sebab segan pulak nak jadi pelanggan pertama. Kebanyakan pengunjung hanya berlegar-legar di luar kedai sambil bergambar di kawasan sekitar. Of course la kitapun tak lepas peluang, posing dulu kat port-port yang sesuai sebelum  ramai orang. 






By tengahari, orang mula sesak. Kami hanya pusing-pusing keluar masuk kedai-kedai yang kena dengan jiwa sahaja. Handbag branded apa semua tu saya tolak tepi dulu. Terasa sangat canggung bila kita mencuba-cuba barang yang tak pernah ada dalam kamus hidup kita. Akhirnya kami beli barang yang perlu sahaja. By pukul 1.00 tengahari kami dah gerak keluar dari GPO cari masjid untuk solat zohor. Tak sangka pulak bersebelahan GPO tu ada masjid yang agak unik. Masjid Yayasan Mohammad Noah namanya. Ramai jugak yang singgah solat di situ. 

Depan masjid.

Jalan masuk depan masjid.

Usai solat kami pusing-pusing melihat-lihat kawasan sekitar sahaja. Alhamdulillah tercapai jugak hajat nak pi Genting walaupun tak sampai ke puncak. Kalau nak lebih fun boleh naik Skyway ke Awana Genting. Tapi makcik dah tak kuasa nak letak diri dalam keadaan gayat begitu. Cukup sekadar melihat-lihat dari bawah sahaja.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...