Thursday, 6 February 2020

Short break lagi, KB pulok.

Sejak lama hubby dok sebut nak balik jalan-jalan cari makan kat KB tapi payah nak slot masa yang sesuai. Dari tahun ke tahun nak balik ketika musim hujan sebab nak merasa suasana banjir sambil menikmati putu halba. Putu halba dibuat daripada ubi kayu dan hanya wujud ketika musim banjir sebab depa korek semua ubi kayu yang ditanam agar tidak busuk.

Bila dengar saya dah ronda-ronda kotaraya sampai ke GPO nun maka hubby cari juga masa hujung minggu agar tidak kempunan katanya. Tiba-tiba sahaja hubby suruh booking flight, booking hotel dan booking kereta sewa. Dan dah alang-alang anak-anak bujang semua bercuti maka hubby suruh angkut semua sekali. 

"SATU malam je Umi???" Anak-anak semua macam hmm... kepelikan apakah ini. Belanja ribu-ribu untuk balik satu malam sahaja. Tapi semua layankan sahaja permintaan ayah mereka. Follow sahaja semua perancangan dan susun atur perjalanan.

Kami naik MAS, booking dua bilik connecting di GRV dan kereta sewa Hawk. Seawal pukul 5.30 pagi hari Jumaat nan hening kami dah gerak ke KLIA untuk flight ke KB pukul 7.55 pagi. Tak perlu risau sebab kami ada dua hero sebagai driver. Tiba sahaja di lapangan terbang Sultan Ismail Petra kami terus ambik kereta sewa. Mudah sahaja urusannya. Saya hanya bagi lesen dan swipe credit card. Of course la hubby punya kad. Untuk lesen biasanya guna lesen saya sebab hubby punya lesen made in UK yang belum ditukar hingga kini. Baru je nak masuk kereta tiba-tiba adik cashier tu panggil balik.

"Lesen akak dah mati la." Tudiaa.., saya tak perasan pulak bila lesen tu mati. Rupa-rupanya ajalnya sampai semasa birthday saya baru-baru ni. Kiranya selama ini saya bawa kereta guna lesen mati. Alhamdulillah tiada apa-apa yang berlaku. Akhirnya kita guna lesen bujangku sebagai ganti.

Selesai urusan kereta, kami terus cari sarapan. Hubby memang dah target nak breakfast kat Ayang Cafe. Kita google map sahaja. Depa buat ala-ala Kopitiam Kita yang famous kat Kota Bharu tu. 

Sarapan...checked.


Bila nak bayar je tetiba dah ada orang bayarkan. Alhamdulillah rezeki ada di mana-mana. Usai sarapan kami menyusur bandar Kota Bharu. Biasanya pada hari Jumaat pagi ada Kuliah Jumaat di Medan Ilmu, Jalan Dato' Pati. Kebanyakan orang duduk bersantai-santai atas tikar sambil dengar ceramah. Sepanjang jalan tu ada gerai jualan ala-ala pasar malam. Macam-macam barang jualan daripada kain baju, kasut, beg tangan, ubat-ubat tradisional, hasil tanaman, makanan dan kuih muih. Kebetulan masa kami sampai, hujan mula turun jadi tak sempat nak menikmati suasana. Kami berteduh di sebuah kedai kopi. Pekena kopi lah pulok. Alhamdulillah, hujan sebentar cuma. Bila hujan reda kami  sambung perjalanan sambil cuci mata dan berposing-posing untuk kenangan.

Bulatan Padang.

Seperti biasa bila ada bujangku peminat seni tegar maka ke daerah senilah kita. Kami melihat-lihat kawasan belakang bangunan lama yang telah ditambah baik menjadi Art Street hasil idea penggiat seni lukis Malaysia. Saya tak pandai menghargai seni, hanya mengagumi dan suka tengok sahaja. Depa upgrade dinding-dinding sepanjang lorong belakang dengan lukisan mural yang menarik. Setiap dinding ada konsep dan cerita serta makna tersendiri. Kebanyakannya menampakkan cetusan ikhlas dari hati pelukis. Ada beberapa lukisan yang menarik minat saya. Walau tak faham apa cerita  sebenar disebalik lukisan mural tu pepandailah makcik buat tafsiran sendiri.

War zone

The colour of lives.

The legend.

Life is simple.


Di awan biru.

Seni yang hilang.

Setelah puas berjalan kami check-in kat hotel GRV. Sepatutnya check-in pukul 3.00 ptg tapi depa benarkan kami masuk walaupun baru pukul 11.45 pagi sebab bilik dah siap.

Pukul 3 petang kami keluar menuju Pantai Sri Tujuh di Tumpat. Sebelum tu singgah late lunch di tepi pantai dahulu. Banyak gerai menjual makanan laut di sepanjang pantai.

Ikan dan sotong goreng celup tepung.


Makcik cari nasi sahaja.

Usai makan dan cuaca mula teduh baru kami meneruskan perjalanan ke tepi pantai. Asalnya nak bersantai-santai melepak tepi pantai tapi pengunjung agak ramai mungkin sebab Kelantan bercuti pada hari Jumaat. Angin pulak agak kuat, maka kita tolak tepi dulu semua anganan itu.

Tenang dan damai.





Acah-acah Nami Island.

Dah puas ambik angin, memang betul-betul ambik angin yang bertiup agak kencang, kami bergerak ke hotel semula. Masa agak suntuk sebab malamnya nanti hubby ada sesi mengeteh dengan kawan-kawan sekolahnya pulak. Oleh kerana program short break ni milik hubby maka kita layankan sahaja apa-apa planning yang hubby dah buat. Isteri mithali dan anak-anak semua mengikut sahaja.

Masjid al-Ismaili, Pasir Pekan.

Sementara hubby pi reunion kami keluar dinner di Tiny Elephant, ala-ala kafe hipster. Kebetulan Tiny Elephant tu terletak sepelaung sahaja dari bilik hotel maka kami hanya berjalan kaki sambil ambik angin malam. Saja melayan selera anak-anak pulok. Seperti biasa saya biarkan depa order apa depa suka mengikut selera masing-masing. By pukul 10.30 malam saya dah mula mengantuk tapi sempat lagi menggedik dengan anak dara on the way balik bilik. Mentang-mentang hubby takde. 


Apahal la Umi nak bersimpuh kat tengah jalan ni??

Esoknya kami masih lagi free and easy. Pagi-pagi saya keluar sarapan kat kafe hotel. Depa bagi percuma untuk 4 orang. Saya turun dengan dua hero tu sahaja. Hubby lebih suka cari makan kat luar.

"Dah alang-alang balik Kelantan, buat apa makan kat hotel. Baik la cari Kelantan delight kat pasar..." katanya. So lepas sarapan saya temankan hubby pi pusing-pusing pasar Kubang Pasu dan Pasar Siti Khadijah, beli makanan dan bekalan untuk di bawa balik KL. Kemudian pi cuci mata kat pameran batik di Dataran Muhammadi, berhadapan dengan Masjid Muhammadi, Kota Bharu.

Pasar Kubang Pasu.

Pameran batik

Menarik

Berangan wardrobe sendiri

Cantik... tapi terlalu cantik untuk makcik.

By tengahari kami balik ke hotel semula untuk check-out. Seterusnya pi cari makan tengahari, jalan-jalan kat KB Mall sebelum terus ke Airport Sultan Ismail Petra untuk hantar kereta sewa. Sementara tunggu flight pukul 6.00 petang kami lepak-lepak sambil minum dan makan lagi.

Tak sabar nak balik rumah.

Sampai sahaja ke KL terus cari masa untuk renew lesen. Alhamdulillah kebetulan dua hari selepas itu anak bujangku nak pi register buat Master kat UIA maka kita slot masa untuk singgah Pos Malaysia UIA. Mudah sahaja urusannya. Ambik nombor giliran, tekan butang 'pelbagai'. Lepas tu tunggu saja nombor dipanggil.


Bila depa panggil, sediakan IC dan lesen yang dah mati tu beserta duit, RM30 untuk setahun. Saya bayar RM92 untuk 3 tahun terus, lebih RM2 tu untuk servis caj. Depa guna gambar asal pada IC. Kalau nak gambar baru kena pi UTC atau JPJ. Makcik tak kisah guna gambar lama. sebab rasa masih cantik dan muda.

Siap.

Alhamdulillah lesen dah hidup. Lepas ni boleh drive sambil bercuti lagi. Moga Allah bantu.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...