Sebulan selepas hubby operation disebabkan retina tanggal hari tu, kami pergi ke hospital semula untuk rutin check-up. Setakat ini hubby dah nampak separuh area yang sepatutnya. Separuh lagi masih kabur disebabkan gas yang depa masukkan dulu masih ada.
"Everything looks good..." Alhamdulillah doktor berpuas hati dengan perkembangan hasil selepas operation. Setakat ini gas yang doktor masukkan dalam mata tu dah tinggal 50%. Doctor target dua bulan selepas operation hubby akan boleh melihat seperti sediakala. Kiranya on-time halfway through recovery. Kita tunggu sebulan lagi tapi doktor suruh datang semula dalam masa tiga minggu lagi untuk melihat progres seterusnya.
"Kenapa nampak macam ada bubble air dalam mata ni..?" Seminggu selepas jumpa doktor hari tu hubby komplen seakan ada gelembung air dalam mata. Mula-mula satu, lepas tu dua, kadang tiga, kadang hilang semua, lepas tu timbul semula. Aduhai... saya pun tak pasti apa bendanya. Tapi mengikut pemahaman sains saya, ianya hanyalah bubble daripada gas yang doktor letak dalam mata selepas depa operate hari tu. Bila gas tu semakin berkurang maka bubblenya akan nampak nyata. Saya siap bagi contoh air soda dalam gelas lagi. Memandai buat teori sendiri.
"Kenapa rasa kabur pulak. Hari tu dah nampak clear separuh. Rasa macam ada bayang-bayang...." Sehari dua lepas tu hubby komplen lagi. Hmm... yang ni saya tak boleh nak buat teori sendiri.
"Jomlah pi jumpa doktor semula. Dapatkan nasihat pakar." Terus saya buat appoinment untuk jumpa doktor segera. Alhamdulillah depa kata boleh slot in walaupun dalam keadaan perintah kawalan pergerakan (PKP) due to Covid 19 ni.
Sewaktu PKP ni semua pergerakan keluar rumah adalah terbatas. Hanya boleh keluar rumah sekiranya ada keperluan mendesak sahaja. Kena sentiasa basuh tangan ataupun guna sanitizer. Duduk pun tak boleh dekat-dekat.
Signboard atas kerusi supaya semua orang duduk jarak-jarak. |
Doktor mengesahkan apa yang hubby alami itu adalah fenomena biasa selepas operation vitrectomy. Selepas operation haritu doktor masukkan gas untuk memastikan retina yang tanggal tu melekat semula dengan baik. Selepas beberapa lama gas akan mula berkurangan dan akan nampak bubble sebab gas tu dah mula berpecah daripada kepulan (entah betul entah tidak penjodoh bilangan ni. Lupa dah apa yang doktor sebut haritu) asal yang besar sebelum itu. Yang hubby nampak macam bayang tu sebenarnya adalah petanda awal katarak. Sebelum operation haritu doktor dah bagitahu yang operation vitrectomy ni ada risiko untuk develope katarak pulak. Tapi tak perlu risau, at least kita dah elakkan risiko permenant loss vision, buta, kata mudahnya. Lepas ni kalau rasa tak selesa boleh operate katarak pulak. Sementara itu kita doa semoga katarak tu tidak teruk sangat.
Untuk soothing mata. |
Klik untuk Part 1
PS: Moga Allah bantu.
1 comment:
Berminat nak tahu lebih lanjut ... boleh saya dapatkan contact puan ...
Post a Comment