Isnin, 10hb Ogos 2026
Sejak dua menjak ni saya selalu mendapat khabar berita tentang pemergian saudara, kenalan serta sahabat handai yang berpindah ke negeri abadi. Dan bila keadaan ini terjadi kami akan cuba menghadirkan diri pada saat-saat akhir pengurusan jenazah. Yang penting dapat berjumpa dengan ahli keluarga dan turut sama bersolat jenazah kalaupun tidak dapat dapat menghantar jenazah ke tempat persemadian.
Baru-baru ini kami sempat menghadiri solat jenazah arwah bonda kepada sahabat hubby sejak dibangku sekolah. Famili hubby memang baik dengan famili mereka sejak lama. Dan kedua-dua arwah ibunda mereka juga bersahabat baik hingga hujung usia. Saya tak pasti punca kematian, mungkin sebab dah lanjut usia yang sudah memasuki lebih 80 tahun. Arwah pergi dengan mudah di rumah anaknya dan jenazah dibawa ke Masjid Tengku Kelana Petra, PJ untuk disolatkan.
![]() |
| Yang turut hadir. |
Kami tiba di masjid dalam pukul 9 pagi, semasa jenazah sedang dikafankan. So hubby sempat masuk melihat jenazah bersama sahabat baiknya. Saya cuma duduk menunggu di luar sebelum jenazah dibawa ke kawasan bawah masjid untuk disolatkan. Suasana sangat tenang dengan kehadiran saudara terdekat dan sahabat baik mereka. Usai disolatkan, jenazah di bawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara untuk disemadikan.
![]() |
| Jenazah bersedia untuk dibawa ke tempat persemadian. |
Usai urusan kami singgah sarapan di Baguslah Cafe sebelum balik rumah.
![]() |
| Teh tarik. |
![]() |
| Cili pan mee. |
Alhamdulillah selesai urusan tuntutan seorang sahabat terhadap sahabatnya. Mudah-mudahan roh arwah bonda tercinta dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aamiin. 🌹
Sekian.😊




















































