Monday, 1 January 2024

Sapu sawang dan declutter barang-barang.

Saya selalu impikan rumah yang selesa, kemas dan bersih. Dan hingga kini impian ini saya laksanakan dalam ruang kudrat yang ada sahaja. Walau tidak mencapai piawaian, kita tetap berpada dengan apa yang ada. Dalam usia yang dah hampir senja ini saya hanya fokuskan pada bahagian tertentu pada satu-satu masa. Banyak perkara yang saya put on hold dan hanya buat bila perlu. (Padahal asyik scroll socmed tengok orang mengemas rumah dan buat susun atur barang-barang sekadar ambik mood, katanya). 

Antara ruang yang banyak mengumpul habuk.

Kita sapu sahaja menggunakan penyapu sawang boleh laras.

Dah lama juga saya sukakan konsep minimalis. Biasanya saya banyak berangan sambil melayan cara-cara netizen merealisasikan konsep minimalis dalam rumah mereka. Dah katanya, berangan itu percuma, so kita berangan sahaja selagi boleh, (tapi jangan sampai membuang masa). Walaubagaimanapun, from time to time saya akan dispose barang-barang yang dah lama terbiar. Kebanyakannya memang mempunyai sentimental value, namun terpaksa kita pisahkan dari diri agar tidak dihitung dikemudian hari nanti. 

(Ihsan Google... Terima kasih kepada empunya gambar).

(Ihsan Google... Terima kasih kepada empunya gambar).

Sebenarnya masih banyak barang yang sudah tidak digunakan tapi masih sayang untuk dibuang. Tapi, mengambil kata-kata pujangga, menyayangi tidak selamanya memilik (sebab suatu hari nanti kita semua pun bakal berpisah juga), so why not mulakan dari sekarang. Ayuhlah kita declutter apa yang patut. Moga Allah mudahkan.

Sekian.😊

No comments:

Meja troli beroda

Sejak badan rasa berat dan pergerakan pun terhad, tetiba pulak rasa nak cari meja (troli) beroda. Apa lagi, kita browse je apa yang ada kat ...