Tuesday 2 January 2024

Kenduri @ Glamhall, Damansara

"Kalu dah umur 74 tahun tak kaya lagi, memang tak akan kaya sampai mati la..." Seronok pulak saya mendengar geng-geng kaya yang dah berumur ni berborak di meja makan kenduri. Kebetulan kami memenuhi undangan sahabat hubby yang merupakan doktor pakar di sebuah hospital swasta maka kita mingle around dengan geng doktor-doktor pakar yang lain juga. Sebagai plus one, saya hanya duduk diam mendengar geng-geng profesional ini berborak. Melepasi fasa umur pencen, kata mereka, pilihan untuk masih bekerja bukan untuk kaya tapi sekadar "nak bagi otak berjalan" agar otak tidak beku duduk saja.

"Macamana buleh dapat kelulusan... jalan sempit, bomba pun tak lepas ni..." depa sambung komen tentang bangunan Glamhall ni pulak dan macam-macam isu berkaitan. Bila masuk bab politik dan serius saya pun sambung ambik makanan, kuih dan teh tarik sambil menternak lemak. Biarlah depa borak/kupas isu apa yang patut. Kita duduk je dendiam. Paling-paling pun kita angguk dan sengih sahaja.😁

Dewasa ini, selpi laki-bini adalah wajib.
 
Pelamin yang tersergam indah.

Mudah sahaja nak sampai ke Glamhall ni. Saya guna Google map tapi kena berhati-hati bila tiba di kawasan Damansara ini sebab jalannya banyak exit dan bercabang-cabang. Glamhall ini terletak di tingkat 6 Tower D. Kami parking kereta di tingkat 1 dan naik lif untuk ke dewan kenduri. Usai kenduri kami turun lif dan bayar parking di mesin tiket yang terletak di sebelah pintu lif. Kena sediakan tunai RM2 sebab seingat saya, depa tiada sistem cashless.

Selpi dulu kat tempat parking, saja nak tunjuk jalanraya yang 'berlengkar' kat belakang tu.

Doorgifts yang menarik. 

Dalam tu ada sebungkus biskut Biscoff.

Tak sempat bergambar dengan pengantin dan tuan rumah sebab depa sangat sibuk melayan tetamu waktu peak hours. Apa-apa pun, terima kasih kepada tuan rumah atas jemputan, semoga perkahwinan yang dibina berkekalan dan berbahagia hingga ke akhirnya. 

Sekian.😊

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....