Thursday 25 January 2024

Bayar zakat KWSP di Pusat Zakat Selangor

Setelah beberapa kali tertangguh baru berpeluang nak keluarkan duit KWSP untuk bayar zakat. Mencapai umur layak mengeluarkan duit KWSP bermakna kita telah menjadi pemilik penuh terhadap duit/simpanan yang ada dan wajib mengeluarkan zakat bila cukup haul.

Sebelum ini saya tak pernah bayar zakat. Al-maklum la gaji pun ciput, tidak melayakkan bayar zakat. Tapi saya selalu temankan hubby bayar zakat di kaunter. Masa kerja di UIAM, kami bayar di kaunter Pusat Zakat Selangor. Bila kerja di USIM hubby bayar zakat di kaunter Pusat Zakat Negeri Sembilan. Sunnahnya begitulah, memang kita sepatutnya bayar zakat di tempat di mana kita bekerja. Bila dah ada sistem online, maka kita gunakan sahaja kemudahan yang tersedia.

“Untuk first time ni elok la bayar di kaunter… biar ada feel sikit…” bila hubby bagi cadangan maka kita follow sahaja. 

Kami tiba di Pusat Zakat dalam pukul 3:45 petang. Walaupun dapat nombor immediately tapi terpaksa menunggu hampir satu jam. Pukul 4:30 pm depa dah tutup pintu grail. So kita duduk sahaja menunggu dengan sabar.



By pukul 4:45 pm baru nombor giliran saya naik. Urusannya sangat mudah. Kira serahkan duit bayaran, depa keluarkan resit dan lepas tu kita baca akad bayaran zakat. Semuanya selesai dalam masa lima minit sahaja. Selepas ini, untuk menjimatkan masa (menunggu), bayaran zakat seterusnya boleh dibuat secara online sahaja. Usai urusan di pusat zakat kita singgah mengopi di Tim’s Teapot.

Caffe latte as always.

Broccoli soup & garlic bread.

Alhamdulillah tertunai sudah rukun Islam yang ke-4. Mudah-mudahan Allah luaskan rezeki untuk berzakat lagi dan berkongsi dengan mereka yang memerlukan. Aamiin.

Sekian. 😊

No comments:

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak....