Thursday, 26 January 2023

Lunchdate @ Restoran Pak Ali Taman Maluri

Hari ini saya tidak berhajat untuk ke mana-mana, cuma nak mengemas rumah dan mendobi selepas 'bercuti' selama empat hari sempena CNY. So pepagi lagi saya dah sarapan makan nasi sebagai persiapan tenaga untuk sepanjang hari.

"Jom lunch harini pkl 1..." tetiba  mesej masuk pada pukul 10 pagi. Sebagai isteri mithali haruslah kita bersedia bila-bila masa sahaja hubby ajak keluar. Maka kita tunda dulu semua perancangan. By pukul 12:30 tengahari saya keluar pick-up hubby kat tempat kerja dan terus jalan-jalan cari makan.

Hajatnya nak ke Aeon Taman Maluri tapi ternampak pulak restoran Pak Ali on the way ke sana. Kebetulan ada parking kita singgah di sini sahaja.


Nasi lemak ayam goreng bawang for him.

Nan cheese for me. (Makcik masih kenyang makan nasi pagi tadi so kita makan separuh sahaja. Selebihnya kita pass over suruh habiskan).

Walau masih kenyang kita jadi peneman makan sahaja. Lepas tu take away sebungkus nasi biryani kambing bakar dan sebungkus nasi tomato ayam madu for dinner. Alhamdulillah, boleh off duty masak untuk malam ni.😁

Sekian cerita lunchdate kali ini. Nanti kita dating lagi.😊

Cuti CNY: Day 1

Berkali-kali hubby buat planning bercuti satu keluarga sempena cuti CNY memandangkan tahun ini semua orang dapat cuti selama empat hari. Sebagai isteri mithali, kita layankan saja walau dah tahu tak akan cukup ahli dek masing-masing ada hal lain yang lebih perlu diutamakan. So sementara menunggu anak-anak yang free balik rumah kami layan diri sendiri dulu.

Sesi siang

Pagi-pagi hari lagi kami ke Taman Tasik Perdana. Hajat nak berjogging tapi sebaik sahaja dapat parking, hujan turun dengan lebatnya. So kami patah balik rumah lepas singgah beli nasi lemak buat sarapan dan berehat sambil menunggu anak-anak pulang di sebelah petangnya. By tengahari hubby tukar plan dan ajak ke KL. Walau agak pelik dengan cadangan nak meredah jalan jam pada hari Sabtu dalam rintik hujan, kita layankan sahaja hajat hubby nak jenjalan dengan isteri terchentanya ini.😁

“Kita parking kat Sogo, gi Jalan TAR. Lepas tu ngeteh kat Sadam, solat Asar dan jalan-jalan kat Sogo sambil tunggu anak-anak join dinner kat Bosphorus.” Sangat lengkap rancangannya.

Namun  benarlah, kita hanya merancang, Allah yang menentukan segalanya. 

Kami tak dapat parking kat Sogo sebab tersangatlah jam dan banyak kereta. Sebagai alternatif kami parking di Pertama Complex kemudian menapak ke Bangunan Mara, window shopping sambil cari baju batik hubby. Walau tak banyak pilihan kita berpada sahaja dengan apa yang ada. Selesai urusan di Bangunan Mara, kami pusing-pusing kat Jalan TAR. Makcik mula rasa tak selesa sebab orang ramai dan hujan mula turun. So kami masuk Kedai Buku Mukmin, kedai buku tertua yang masih bertahan hingga kini.

Sabar je redah trafik jam dalam renyai hujan.

Parking @ Pertama Complex.

Kemain soping.😁


Hiasan dinding laluan dalam Bangunan Mara.


Bangunan Pertama Complex

Kedai Buku Mukmin.

Usai membeli- belah kami singgah di Restoran Saddam. Penuh pulak. Akhirnya kami masuk Sogo tapi semua tempat makan pun penuh. Akhirnya kami setel di Coffee Pot, saya order pizza dan iced lemon tea. Cadangan untuk makan besar aka famili dinner di Bosphorus pun kami tukar jadi take away balik makan kat rumah sahaja dek hujan yang semakin lebat. Kesian pulak anak-anak nak datang meredah hujan dan jalan jam. Begitu sekali fikiran mak-ayah ini.😌

Hanya ada beberapa tempat duduk sahaja, memang tidak mencukupi untuk kami sekeluarga.

Salman smoked pizza.

Kopi Turki dan turkish delight. Depa bagi free sementara menunggu order siap.

Sesi malam.

Oleh kerana tiada apa-apa perancangan lain, kita keluar KL by night, girls only. Tetiba pulak suami-suami menantu saya nak ikut menyibuk. Bagus jugak ada drebar bawa mak keliling kota.😁

Kami tidak berlama-lama. Mostly melihat-lihat cahaya dari dalam kereta sahaja, kemudian pitstop di LaLaport dan balik rumah semula. 

Bangunan Public Bank dihiasi lampu malam.

KLCC.




Tangga luar LaLaport

Bekas tapak penjara Pudu.

Pintu gerbang asal Penjara Pudu.

Balai polis KL mengadap bekas tapak Penjara Pudu.


Ummi's  girls... missing Iman.😔

Sekian cerita cuti CNY pada hari Sabtu.😊

Friday, 20 January 2023

Seharian mengisi masa hujung minggu, IOI City Mall, makan dan makan lagi.

Sabtu 14hb Januari 2023

Awal-awal lagi hubby dah buat planning untuk sarapan di Stabak sebelah rumah. Walau menu Stabak tak pernah masuk dalam senarai sarapan saya, kita turutkan sahaja sebagai peneman setia.

Sebelum ni saya selalu ambik pastri atau sandwic tapi sebab depa reheat guna microwave, tak berapa kena dengan tekak saya. Kali ini saya minta depa reheat dalam oven. Alhamdulillah, baik budak barister tu... layan je makcik yang banyak songel ini.

Ciabatta rangup lepas keluar oven.👍

Hazelnut Dolche Latte... terlebih pahit pulak.

Kita berdating dulu.😁

By pukul 11:00 pagi kami tiba di IOI City Mall, Putrajaya. Oleh kerana kami baru sudah maka tadi, kita duduk-duduk sahaja sambil melihat keindahan alam di luar jendela. Tapi selepas beberapa ketika, kami order semangkuk yong tau foo share tiga orang. Mana boleh duduk sahaja tanpa makan-makan.😁

Yong tau foo... sedap.

Peneman setia ummi dan ayah.

IOI Mall, new wing.

Dah penat duduk-duduk melepak, kita sambung cuci mata dalam kedai Objet yang penuh dengan barang-barang hiasan dalam rumah lebih kurang macam Kaison minus bunga-bunga. Macam small version of IKEA pun iya jugak. Terpesona dengan barang-barang hiasan rumah yang depa display, kita belilah sebiji dua.😁

Hiasan kek tiruan.

Hubby pulak yang shopping sakan.

Usai shopping kita pi sambung makan pulak. Kali ini kami singgah di Restoran Sepiring. Kebetulan anakanda putri pun nak join sekali maka kita sambung acara melepak sambil makan-makan seterusnya.

Rojak buah.

Kemain penuh meja: Cendol, pasembur, bubur pulut hitam, tea dan rojak buah.

Cheat day katanya.🤣

Behind the scene.

Tambah nasi ulam.

Nasi ulam untuk anakanda sebenarnya sebab dia belum lunch lagi. Datang memeriahkan suasana dating ummi ayah.🤣

Sedar tak sedar dah lebih 4 jam kami dok melepak dalam IOI Mall ni. 4 jam 29 minit to be exact. Saya baca kat board masa nak keluar parking. Sekarang ni senang je nak masuk parking. Mesin parking akan imbas nombor kereta masa masuk dan imbas sekali lagi masa keluar. Bayaran parking boleh bayar secara online sebelum keluar. Boleh juga guna TnG atau bank debit card kat mesin tepi palang keluar tu. Jenuh jugak makcik nak keep up dengan teknologi yang semakin canggih ni. Semua benda nak cashless.

Sebelum balik kami  singgah ke rumah anakanda di Conezion, lepak- lepak lagi. Masa untuk bersama cucu-cucu pulak.

Tok ayah dan cucunya.❤

By pukul 7 malam kami gerak balik Ampang. Singgah solat Maghrib di stesen minyak sebelum singgah dinner dengan anak menantu di Sukhumvit, Keramat AU pulak.

"Hari ni hari perjumpaan ngan anak cucu ke Ummi?" Hmm... entahlah. Yang pasti saya cuma follow perancangan hubby menghabiskan masa hujung minggunya. Oleh kerana saya tidak punya apa-apa kerja secara spesifik, kita follow sahaja aktiviti hujung minggu secara santai. Gitu.😁

Tomyam seafood.

Sotong celup tepung.

Shellout.

Dengan anak menantu di area Ulu Kelang pulak...😊

Bila balik rumah baru rasa lenguhnya kaki dan penatnya badan asbab banyak sangat menapak lengkap dengan pakej makan-makan dari pagi hingga ke malam.

Sekian cerita hujung minggu kali ini.😊

Thursday, 19 January 2023

Kalendar 2023

Dah nak habis bulan Januari tetiba rasa nak bercerita pasal kalender pulak. Tahun ini saya dapat 2 kalendar free. Satu kalendar meja daripada PPZ, ehsan daripada hubby. Dia pun dapat free jugak, cenderahati sebagai pembayar zakat gamaknya. 

Satu lagi saya dapat dari AA Farmasi sebab dah jadi pelanggan tetap depa. Setiap bulan kami belanja lebih  kurang RM500 untuk ubat-ubatan keluarga. Itupun depa tanya dulu samada saya nak ke tidak kalendar free itu. Maybe sekarang sebab kurang bajet kot, sebab itulah depa tanya dulu. Haruslah saya terima dengan hati terbuka. 

Muka depan kalendar PPZ.



Entah kenapa, saya lebih suka kalendar ‘kuda’. Dari kecik ayah saya memang sentiasa gantung kalendar kuda ni di dinding rumah. Setiap hujung tahun ayah saya akan dapat kalendar free bila beli barang kat kedai. Hingga sekarang walau ada kalendar meja, saya tetap akan  cari kalendar kuda untuk gantung kat dinding rumah. 

Sekian.😊

Malam malam di The Campus Ampang

Semalam, tiba-tiba sahaja semua anak-cucu balik memeriahkan rumah nenek. Seperti selalu kalau benda-benda unplanned  begini tidaklah nenek n...