Monday, 7 April 2025

Seminggu di Jepun: KLIA2 - Haneda Airport

Ahad, 16hb Mac 2025

Akhirnya hari yang ditunggu tiba jua. Seawal 3.30 pagi saya dah bangun untuk bersahur dan mengemas rumah sebelum keluar bermusafir. Kami menunggu anak no-3 untuk menjemput ke KLIA2. Kali ini kami akan berkampung di Tokyo selama seminggu sambil menghadiri majlis konvo puteri bongsu di Tokyo University of Technology. Semoga Allah berkahi permusafiran ini.

Cucu bersiap sedia nak hantar nenek ke airport.

Siap beli data untuk roaming selama seminggu di Jepun.

Kami tiba di KLIA2 dalam pukul 12 tengahari. Anak menantu (pengantin baru) sudah sedia  menunggu. Depa tiba awal dari Shah Alam. Usai drop luggage di kaunter kami lepak-lepak sembang dan bergambar. Oleh kerana semua orang berpuasa, kita hanya berlegar-legar di hadapan pintu pelepasan antarabangsa sahaja. Kali ini saya tidak masuk campur apa-apa urusan. Kita jadi mem besar. Semuanya hubby dan anak menantu yang uruskan.

Girls...

Ummi's girls.

Us all… dengan family besan.

By pukul 1:00 tengahari kami dah masuk untuk solat jamak Zohor & Asar dan bersedia untuk boarding. Flight pukul 2:50 petang dan berlepas on schedule. Oleh kerana kami ambik penerbangan Air Asia maka kita berpada sahaja dengan servis mereka. Pukul 4:00 petang depa dah mula serve makanan yang dipesan. Saya hanya duduk menunggu waktu berbuka pada pukul 6:25pm, local time. Lepas berbuka saya sambung duduk dan berehat sahaja. Nak tidur pun tak selesa dek keadaan/suasana yang kurang enak. Nak gerak ke toilet pun malas. 

Kami berempat. Saya dan hubby duduk row depan, anak menantu duduk row belakang.

Order nasi untuk berbuka atas flight. 

Kami tiba di Haneda Airport, Tokyo pada pukul 10:10 malam waktu tempatan (Malaysia pukul 9:10 malam) awal dari schedule. Saya terus ke toilet kerana dah lama 'menahan' sepanjang perjalanan. Dan bermulalah episod penggunaan bidet untuk kesekian kalinya. Jenuh jugak nak ingat balik pengalaman semasa datang ke Jepun pertama kali dahulu.

Kita gagau je baca arahan.

Done.

Alhamdulillah urusan imigresen sangat mudah kerana kami dah register online. Depa bagi QR code so kita scan sahaja di mana perlu. Sedar-sedar dah keluar ambik bag dan kami terus gerak untuk check-in di hotel Villa Fontaine Grand yang terletak di sebelah airport sahaja. Hubby booking dua bilik, satu untuk kami dan satu lagi untuk anakanda pengantin baru. Bilik hotel sederhana luas dan selesa, terletak di tingkat 7. Sempat menikmati pemandangan malam di Haneda dari tingkap hotel.

One for the memory.

Proses daftar masuk hotel agak mudah.

Siap ada pijama, tapi saya tak pakai pun.

Shower.

Toilet dan sinki.

Jadual waktu solat di Haneda, Tokyo pada 17hb Mac 2025.

Alhamdulillah selesai hari pertama. Sempat tidur selama 3 jam sebelum bangun untuk bersahur ala kadar. Lepas subuh kita sambung tidur sebelum menyambung perjalanan ke Hachioji pula. Semoga Allah mudahkan. 🌹

{Cerita sebelum ini boleh baca di sini}.

Sekian. 😊

Sunday, 6 April 2025

Syawal Day 7

Hari ini dah masuk hari ke-7 Syawal. Sebulan berpuasa kita tumpukan pada ibadat khusus dengan mengharap pahala berganda dari Allah. Dan pagi tadi saya meneruskan kerja-kerja yang dah lama tergendala dek kekangan masa dan kudrat sambil meneruskan kerja-kerja harian seorang makcik pencen.  Pepagi lagi saya dah turun ke laman menyapu sampah. Sebelum itu saya siapkan house chores membasuh dan menyidai kain. Kemudian saya goreng mee buat sarapan. Usai sarapan saya basuh bilik air dan sental mana yang patut.

By tengahari hubby ajak keluar jenjalan. Kita mengikut sahaja bila semua kerja rumah dah selesai buat sementara waktu. Yang pasti kerja rumah takkan pernah habis....

Kami ke Wangsa Walk dan singgah makan di A&W bagi menghilangkan rasa muak makanan raya nasi dagang semalam.

Usai makan kita jalan-jalan cuci mata sambil singgah beli buah di MGB sebelum duduk lepak mengopi di Roti Boy Cafe.

"Ada lagi satu port buat kerja ni..." Sejak dah berhenti kerja, memana sahaja tempat yang kami singgah, hubby akan scan dan masukkan kedalam senarai tempat lepak sambil buat kerja.

Lama tak pekena roti boy.

Cantik cuaca hari ini.


Kacang rebus RM7.90 sebekas.

Dapat lah semangkuk.

Alhamdulillah, done another day of Syawal. Walau kata orang raya sebulan tapi tetaplah kita berpada-pada sahaja. Begitulah... semoga kita sentiasa berada dibawah perliharaan Allah hendaknya. Aamiin. 🌹

Sekian. 😊

Thursday, 3 April 2025

E-Day Puteri Bongsu

“Ummi, boleh ke keluarga dia nak datang meminang?” Terus terang saya katakan, kalau lelaki itu benar-benar sukakan kita, dia tidak akan teragak-agak untuk move one step closer. 

Maka pada hari Isnin, 16hb September 2024, termerailah janji untuk sehidup semati antara anakanda putri bongsu dengan pilihan hatinya. Pihak lelaki datang meminang dengan membawa 5 dulang hantaran dan dibalas oleh anakanda dengan 7 dulang. 

Kali ini saya kurang masuk campur urusan mereka kerana meraikan wish list bakal pengantin. Saya cuma bertindak sebagai penasihat dan tumpukan kepada perjalanan majlis. Tapi kos makanan dan sebagainya haruslah hubby yang tanggung. Kami sewa kerusi meja untuk 40 pax dan set nasi putih dan lauk-pauk makan tengahari untuk 100 orang. Saya juga tambah set nasi dagang Kelantan untuk 50 orang. Belanja tambahan untuk pelamin, dessert table, pakaian dan hantaran, anakanda tanggung sendiri.




Ummi’s girls as always…

Full house.

Hantaran dari pihak lelaki.

Cucu-cucu memeriahkan majlis.

Dessert table.



Kita adjust sikit bahagian tangga.

….biar nampak lebih murni.

Done.

Pelamin nan simple.

Tepak sirih.

Hantaran daripada pihak perempuan.

Alhamdulillah, majlis berjalan lancar dan secara rasminya anak bongsu saya menjadi tunangan orang. Semoga Allah mudahkan majlis seterusnya. Aamiin. 🌹

Sekian. 😊

Aidilfitri 2025: Syawal Day 2 & Day 3

Selasa: 2 Syawal 1446H/ 1hb April 2025

Hari ini dah macam back to normal routine. Pagi, kami keluar sarapan di Q-Bistro Ampang kemudian teman hubby ke Datum Jelatek buat kerja hingga lunch hour. Sementara hubby buat kerja saya cuci mata di Mr DIY. Banyak kedai lain yang masih tutup dek cuti raya. Sebelah petang kita berehat di rumah sahaja.

Tosei garing & teh tarik as always.

Sarapan @Q-Bistro, Ampang.

Banana loaf & long black. 

Teman hubby buat kerja @Jamaica Blue, Datum Jelatek.

Lunch @Hadramawt Kitchen, Datum Jelatek.


Nasi Arab & Kebab.

Rabu: 3 Syawal 1446H/ 2hb April 2025

Sebelah pagi saya cuma mengemas rumah dan masak apa yang patut. Lepas Zohor kami keluar melawat cucu di Nilai. Kebetulan anak no-3 ingin turut serta so kita tunggu dia tiba dari rumah mertua di Kuantan. Seronok tengok cucu excited jumpa sepupu baru.

Tok ayah's girls.

Dengan dua menantu dan anak memasing.

Sebelum balik saya dan hubby singgah jenjalan di Messa Mall sambil mengimbau kenangan semasa tinggal di Nilai dulu. Dah banyak improvement. Kedai pun dah bertambah. Sambil itu kita singgah early dinner. Lupa pulak apa nama kedai makan itu.

Comel je hiasan kedai makan ni.

Kopi for hubby dan hazelnut latte for makcik.

Kuetiaw goreng, nasi lemak dan satay... sharing is caring.

Selesai dinner... ayuhlah kita pulang.

Alhamdulillah... done Syawal hari kedua dan ketiga dengan rasa yang aman dan tenteram. Semoga Allah mudahkan urusan untuk hari-hari seterusnya. Aamiin. 🌹

Sekian. 😊

Malam malam di The Campus Ampang

Semalam, tiba-tiba sahaja semua anak-cucu balik memeriahkan rumah nenek. Seperti selalu kalau benda-benda unplanned  begini tidaklah nenek n...