Wednesday, 8 May 2024

Jalan-jalan IKEA Cheras

Sejak balik dari UK rasa seronok pulak kalau boleh selalu berjalan (brisk walk). Oleh kerana cuaca agak panas kita cari tempat indoor pulak. Maka semalam kita ke IKEA Cheras. Sebelum tu kita singgah sarapan di warung sekitar Pandan Jaya, hubby makan nasi kerabu ayam bakar & solok lada.

Masa kami tiba di IKEA, hari masih awal dan parking masih banyak. Seperti biasa kita ambik gambar tempat parking, takut makcik sesat tak dapat cari kereta nak balik nanti.

Pร rking kosong dan lengang.

Ada perkhidmatan tempat simpan barang (locker) percuma. 

Mudah sahaja cara penggunaan locker ni.

Kami cuma jalan-jalan cuci mata sambil berangan. Dalam usia begini saya cuma seronok melihat idea-idea susun atur rumah yang dipamerkan. Kalau rajin dan kudrat mengizinkan bolehlah dipraktikkan di rumah sendiri. Ada beberapa barang yang saya berkenan so kita snap gambar dulu sebagai rujukan, senang nak cari bila tiba-tiba rasa teringin nak beli nanti.

Alas kayu.

Alas kerusi.

Rak gantung.

Tingkap bergambar (fake scenery).

Rak besi.


Langsir dapur.

Rak besi lagi. (Dah beli, tunggu masa nak pasang sahaja).

Idea dapur belakang rumah.

Idea dapur belakang rumah lagi.

Jenuh jugak nak menghabiskan pusingan dari mula sampai di pintu masuk ruang pameran hingga ke kaunter bayaran (check-out). Alhamdulillah dapat lebih 4000 steps walaupun tak berpeluh (sebab dalam aircond). Dah penat berjalan, ayuhlah kita berehat dan membasahkan tekak pulak. Kami singgah di Restoran Serai, MyTown. Hubby belanja kambing bakar (lamb shoulder) dan air tembikai. 

Watermelon Juice for makcik, 5/5.

Lamb shoulder, also for makcik, 5/5.

Dah pekena kambing yang yummy, nampaknya lepas ni kena gandakan berjogging (brisk walking). Moga Allah mudahkan. Amiin. ๐ŸŒน

Sekian.๐Ÿ˜Š

Sunday, 5 May 2024

LebaRun (Selamat Berlari Raya)

Bila anak no-2 ajak berlari sempena KL Car Free, laju je makcik-pakcik pencen bersetuju, semua expenses paid (by her). Penganjur caj RM50 seorang untuk baju, drinks dan medal. Flag off pukul 7.00 pagi, so usai subuh kami terus gerak ke KL dan parking di Basement Parking, Dataran Merdeka. Parking sini cashless dan tak boleh guna touch & go. Kena ada debit/credit card atau QR untuk buat bayaran. 

Apa-apa pun kita posing dulu.

And selpi/wefi by the pro.

Saya ambik laluan 3km sahaja. Dengan hanya berlenggang-kangkung dan sesekali berlari-lari anak pun boleh tiba ke garisan penamat dalam masa 34 minit.๐Ÿ˜





Selpi/wefi lagi.

Usai warm down kita play tourist sekitar Dataran Merdeka pulak. Sekian lama duduk KL baru sempat melihat keindahan Kotaraya ini. Apa lagi, ayuh lah berposing syok sendiri sementara anakanda nak melayan.






Dataran Merdeka.

Kita tambah koleksi medal.

Hiasan landskap yang cantik.

By pukul 9:00 pagi kami dah gerak balik dan singgah sarapan roti canai di Restoran Suberi, Keramat. Lepas tu boleh berehat sepanjang hari bagi melepaskan lelah. 

Gambar official... Kita tengok sahaja, kalau nak yang proper, kena beli. 

"Jom masuk larian lagi... kita cari tempat lain pulak." Semangat pulak hubby. Ayuhlah kita, kalau itu boleh menyihatkan. Semoga kekal sihat hingga ke akhirnya. Amiin.๐ŸŒน

Sekian cerita larian pada 28hb April 2024, minggu lepas. ๐Ÿ˜Š

Friday, 3 May 2024

Kemas laman, pangkas pokok dan susun pasu bunga.

Setelah hampir tiga bulan dibiarkan (ditinggalkan) banyak pokok terutama yang dalam pasu yang nazak dan menjadi arwah. Paling menyedihkan ialah pokok Siti Zubaidah yang langsung tidak dapat diselamatkan. Dari galak berbunga masa ditinggalkan haritu, kini tinggal tunggul dan ranting kering sahaja. Sama juga halnya dengan pokok-pokok bunga ros. Semuanya kering dan mati. Apa nak dikata... setakat itu sahaja rezeki kita dapat bersama.๐Ÿ˜ข

Setakat ini hanya pokok kategori heavy duty sahaja yang masih nyawa-nyawa ikan. Maka pada setiap hari yang damai saya pangkas dan buang semua ranting yang rosak dan simpan setakat mana yang boleh diselamatkan. Lepas tu saya buat pemasuan semula, tambah tanah, bubuh baja dan siram.


Pokok-pokok bunga tepi pagar pun banyak yang mati. Yang tinggal cuma beberapa pokok yang terselit di celah-celah rumput yang tinggi. Alhamdulillah, selain daripada pokok-pokok yang saya tanam direct atas tanah, pokok kemboja, jeliti dan bunga melur masih bertahan. Mungkin sebab mereka adalah pokok-pokok ‘senior’ yang dah besar dan akarnya dah masuk jauh ke dalam tanah dan dapat mencari air sendiri. Walau dalam keadaan tidak terjaga pokok bunga melur masih lagi mengeluarkan bunga yang sangat wangi. Saya petik dan letak dalam cawan bagi memberi bau harum dalam rumah.

Bunga melur.

Pokok bunga raya selepas dipangkas, daun banyak yang dimakan ulat.

Pokok dalam pasu selepas dipangkas.

Kantan yang tetap galak berbunga dalam apa jua keadaan.

Pokok limau purut.

Pokok putat.

Pendatang haram yang banyak merosakan tanaman.๐Ÿ˜ข

Alhamdulillah, selesai tugasan memangkas pokok-pokok di halaman rinduku. Lepas ni hanya perlu bubuh baja regularly dan buang rumput-rumput liar. Mudah-mudahan semuanya akan kembali segar semula. Amiin.๐ŸŒน

Sekian.๐Ÿ˜Š

Thursday, 2 May 2024

Makaroni Bakar untuk Jamuan Raya UP5

Sempena cuti Hari Pekerja semalam (1hb Mei 2024) komuniti taman perumahan kami mengadakan Majlis Jamuan Hari Raya untuk semua penduduk taman. Walaupun dah masuk hari ke-22 Syawal, dengan konsep ‘Raya kan sebulan…’ maka ayuhlah kita meriahkan suasana dengan jamuan makan. Kali ini tetiba saya rasa rajin nak masak untuk potluck. Dah lama tak buat makaroni bakar so kita cungkil balik memori lama dan campak-campak saja apa-apa bahan yang ada.

"Kenapa Ummi tak buat yang mudah je. Beli buah ke, bawak kuih raya ke, kerepek ke,....?" Entahlah... macam best pulak nak sibukkan diri dengan masak-memasak (air tangan) sorang-sorang. Lagipun bukan selalu. Maka pepagi subuh hari lagi saya dah mulakan aktiviti di dapur. Sementara menunggu makaroni direbus saya kupas dan potong dadu bawang holland dan carrot, kupas dan ketuk bawang putih dan basuh daging kisar. 

Makaroni siap rebus dan tos.

Karot dipotong dadu.

Bila semua bahan dah tersedia, saya panaskan kuali dan tumis bawang hingga kekuningan. Kemudian saya masukkan daging kisar dan biarkan hingga daging kecut. Lepas itu saya masukkan karot dan sos bolognese dan secawan air sambil dikacau perlahan. Bila mendidih, saya tambah serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa. Akhir sekali saya masukkan makaroni yang siap direbus dan ditos tadi sambil dikacau rata. Bila dah sebati saya masukkan dalam dulang pembakar dan ratakan. 

Tumis bawang.

Masukkan daging kisar.

Masukkan karot dan sos.

Masukkan dalam dulang dan ratakan.

Lepas tu kita buat sos putih sebagai topping. Saya cairkan dua sudu margerin kemudian masukkan dua sudu tepung dan dikacau rata. Lepas itu saya tuang dua gelas susu segar dan lada hitam sambil dikacau hingga sebati, pekat dan likat. Bila dah siap saya terus tuang atas makaroni tadi. Last sekali saya taburkan mozarella cheese dan sedia untuk dibakar dalam oven, 180 darjah api atas bawah selama 20 minit. Kemudian saya guna api atas sahaja selama 10 minit lagi bagi memberi warna garing pada topping.

White sauce yang dah siap pekat dan likat.

Sedia untuk dibakar.

Guna api atas supaya topping nampak garing.

Siap.

By pukul 9:00 pagi saya dah angkut makaroni, panas-panas straight from the oven ke meja hidangan jamuan. Semua penduduk lain pun datang dengan potluck masing-masing pakat atur penuh meja. Makanan sangat mewah dan suasana pun meriah. Pihak AJK taman menyediakan makanan berat seperti satay ayam dan nasi impit, lemang dan rendang, nasi goreng, laksa Penang dan air minuman. 

Jiran-jiran.

Jiran belakang rumah.

Pencuci mulut dan buah-buahan.

Alhamdulillah majlis berjalan lancar dan makaroni pun licin. By pukul 10.30 pagi saya dah balik rumah semula. Semoga Allah berkati ukhuwwah yang terbina. Amiin.๐ŸŒน

Sekian.๐Ÿ˜Š

Me-time Sekali Sekala

Semalam hubby ada program di Putrajaya dari pagi hingga lewat petang. Awalnya saya memang berhajat untuk ikut ke sana. Sementara menunggu hu...