Semalam teman hubby ke TRX Exchange, jalan-jalan melihat kawasan. Minggu depan hubby ada program di Exchange 106, so kita cuma nak dapatkan feeling macamana untuk sampai ke sana. Seperti biasa bila pergi ke mana-mana mall yang besar, makcik akan ambil gambar tempat parking kereta supaya tidak sesat bila nak balik nanti.
"Jom makan dulu." Seperti biasa juga, pergi memana pun tidak sah kalau tidak diserikan dengan aktiviti makan-makan. Maka ayuhlah kita cari sarapan dulu. Hubby sangat berhati-hati bab makan dan bila banyak kedai yang diragui kehalalannya, kita singgah di kedai yang paling kurang rasa was-was. Kami makan di Santai Yamcha. Walau tanda Halal jelas terpampang tetaplah kita berhati-hati. Kami pilih yang non-meat sahaja.
|
Kedai sebelah buat Grand Opening, maka ramailah pengunjung yang mula beratur sejak awal pagi. |
|
Cili padi, kicap dan sambal kering siap atas meja. |
|
Nasi lemak biasa. |
|
Prawn chee cheong fun. |
Usai sarapan kami pusing kawasan sambil window shopping. Kebanyakan kedai yang ada tak padan dengan dua orang makcik-pakcik yang dah pencen. So kita sambung berjalan hingga keluar mall sambil playing tourist.
|
One for the memory. |
Sebelum balik kita singgah mengopi dulu sebagai penutup. Kami singgah di 8 Ounce Coffee Co. Boleh bayar guna HSBC card, so dapat 20% off dari total price. Hubby wajib pekena kopi O pepagi, dan saya akan pilih minuman sejuk selepas penat berjalan (dalam mall).
|
Americano for hubby, matcha latte for makcik. Yogurt tu kita share sorang sikit.
|
Alhamdulillah selesai urusan, ayuhlah kita pulang. Semoga Allah mudahkan urusan yang seterusnya. Aamiin.🌹
Sekian.😊
No comments:
Post a Comment