“Jom teman gi PD. Ada program CBP kat Avillion. Kena gi awal sebab meeting start kul 10 pagi...”
Ayuhlah kita. Maka pada hari Sabtu, 30hb November kami gerak dari rumah seawal pukul 7:45 pagi bagi mengelak jalan jam dan sempat singgah di R&R Nilai untuk sarapan.
|
Nasi lemak biasa sambal bilis petai. |
Kami tiba di Hotel Avillion dalam pukul 9:30 pagi, cukup masa untuk segarkan diri sebelum hubby masuk meeting pada pukul 10 pagi.
|
Cantik pulak bilik air yang terletak di lobi hotel ini. |
|
Tong sampah pun estatik. |
|
Pintu bilik air 'LADIES'... nak kena perhati signboard betul-betul baru jumpa. |
|
Ruang menunggu yang lapang. |
Sementara menunggu hubby meeting saya buat carian google 'mall near me'. Google suggest Regina Mall yang hanya 8 minit drive dari hotel. Dalam hati saya berangan nak cari kedai kopi untuk duduk melepak sambil me-time. Rupa-rupanya mall ni agak lengang. Yang ada hanya supermarket The Store, kedai Mr DIY, Guardian dan beberapa kedai lain yang saya dah lupa namanya. So saya hanya habiskan masa jalan-jalan keluar masuk kedai sambil window shopping.
|
Mall yang sangat lengang, mungkin sebab masih awal pagi.
|
Usai membeli beberapa barangan yang perlu, saya keluar mencari makan tengahari. Dah alang-alang ke Nogori, haruslah kita cari masak lomak cili api. So saya ke Restoran Citarasa Kampung. Alhamdulillah parking pun mudah dan pengunjung pun masih belum ramai. Saya tapau nasi putih, ketam masak lomak dan ikan talapia goreng berlada untuk bawa balik makan di bilik hotel.
|
Cantik pulak lakaran di dinding kedai ini. |
Saya tiba di hotel semula hampir pukul 1 tengahari. Hubby masih belum habis meeting. Alhamdulillah pihak hotel benarkan check-in awal (biasanya selepas pukul 3 petang). Dapatlah saya terus masuk bilik hotel untuk makan dan berehat.
|
Hotel atas air, cuak jugak diwaktu musim hujan begini. |
Hubby selesai mesyuarat pada pukul 5:30 petang. Sempatlah kami keluar ke pantai Riau mengambil angin petang dan menikmati keindahan sunset.
|
Sunset dan laut yang tenang.
|
|
One for the memory. |
|
Pantai Riau, Hotel Avillion. |
Sebelah malam hubby sambung meeting lagi dan selesai hingga tengahari esoknya. Sepanjang masa saya hanya berehat (me-time) di bilik hotel sahaja. Sebelum ini kami pernah menginap di sini dan saya dah habis explore sekitar hotel sementara hubby attend program. So, kali ini kita duduk lepak dalam bilik sahaja, malas nak keluar ke mana-mana. By pukul 12 tengahari kami check-out... for home sweet home.🌹
Cerita sebelum ini boleh baca di sini.
Sekian. 😊
No comments:
Post a Comment