Setiap kali menerima jemputan kenduri dari sahabat Gojezes haruslah tidak dilepaskan peluang. Alhamdulillah hubby sangat memahami betapa eratnya hubungan Gojezes yang telah bersahabat sejak dari Tingkatan 1 hingga kini. Walau dah hampir 45 tahun berlalu namun hasil dari makan dan tinggal bersama selama 5 tahun di asrama menghasilkan ukhuwwah yang mantap. Dan kali ini kita berjumpa lagi sempena kenduri kawin anak kedua kepada sahabat Gojezes di Glasshall, Putra Height. Tuan rumah merupakan sahabat sarapan pagi saya. Kami sentiasa bersarapan bersama saban pagi di dewan makan sekolah.
|
Pelamin dan pengantin dari jauh. |
|
Ucapan ringkas dari pengantin lelaki, anak tuan rumah. |
|
Dengan tuan rumah (mak dan ayah pengantin) serta rakan sekereta dari Ampang-Shah Alam. |
|
Sebahagian dari rakan-rakan sekolah menengah. |
|
Gojezes everywhere. |
|
Sebahagian dari Saing Sokmo-sokmo, KB84. |
Terimakasih kepada tuan rumah atas layanan mesra, dewan yang selesa dan makanan yang sedap. Semoga ukhuwwah berpanjangan. Aamiin.🌹
Sekian cerita pada hari Sabtu 17hb November 2024. 😊
No comments:
Post a Comment