Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya hanya mengiyakan. Dan bila hubby sewa homestay untuk balik beraya baru-baru ini, rasa seronok pulak kalau dapat berkumpul semua anak-cucu dalam rumah besar begitu. Walaupun tidak semua anak-anak yang dapat balik beraya bersama di Kelantan, kita berangan dahulu.
Namun setelah 4 hari jalan-jalan, pusing-pusing kawasan Kota Bharu saya masih lagi dengan pendirian:
- Rumah pencen biarlah sederhana sebab dah tak larat nak mengemas.
- Cukup satu dua bilik sebagai tempat berteduh sebelum dijemput Ilahi. Anak-anak dah ada rumah sendiri dan mereka pun hanya akan balik berkumpul sekali- sekala sahaja.
- Dekat dengan anak-anak agar mudah berjumpa cucu-cucu.
Walaupun homestay agak besar dan luas namun terasa kosong tanpa kehadiran anak-cucu dihari mulia.
Ruang tamu yang luas. |
Ruang dapur juga luas. |
Cucu nan seketoi buat peneman di pagi raya. |
Mesin basuh manual. |
Ruang parking muat dua kereta. |
"Ikut je Ummi... berapa tahun sangat Ummi nak hidup macam tu. Nanti kalau tak larat, balik KL semula.” Beriya pulak anak jantan saya memberi pandangan (tak pasti negatif ke positif).
Namun ada beberapa hal yang saya resahkan iaitu cuaca di sana yang sangat panas, bekalan air yang mungkin tidak up to standard dan proses pembuangan sampah yang tidak teratur. Dan yang paling penting adalah jarak yang jauh dari anak-anak yang semuanya bekerja dan menetap di KL dan Selangor. Kesian depa nak balik beraya. Kekerapan untuk Nenek dan Tok ayah untuk berjumpa cucu-cucu pun pasti akan berkurangan.
Tapi bak kata anak jantanku, kita cuba je dulu… kalau tak mampu, there’s always a turning back. Ayuhlah kita mula mencari rumah yang sesuai untuk dua orang makcik-pakcik pencen bertukar angin. Semoga Allah berkahi apa sahaja keputusan yang kita ambil. Aamiin. 🌹
Sekian. 😊
No comments:
Post a Comment