Wednesday, 18 December 2024

Mini reunion ex-Soton @Bangi

Bila ada kawan lama turun KL all the way dari Penang, haruslah kita ambik peluang berjumpa-jumpaan. So kita buat plan untuk berkumpul dengan beberapa kawan lain yang pernah bersama-sama memegang gelaran isteri-isteri Postgrad semasa di Southampton, UK dahulu. Malangnya saya dah lost contact dengan semua kawan-kawan seperjuangan. Alhamdulillah, ada seorang kawan berbesar hati mengumpul dua tiga orang rakan sekitar KL yang available dalam masa yang singkat.

"Jom saya jemput akak kat hotel..." Tak sangka, timbul keberanian untuk saya bawa kereta masuk KL pagi-pagi hingga ke Oasia Suites, Jalan P Ramlee, KL kemudian terus ke Bangi.

Kebetulan hubby ada program sepanjang hari (Selasa, 3hb Disember) maka dengan izin dapatlah saya berjimba sepanjang hari. Kami duduk makan sambil update kehidupan di kedai makan Bando Muo, Bangi Gateaway kemudian sambung berborak di rumah kawan di Teras Jernang pulak. 

Mee bandung.

Nasi putih dengan ikan telapia goreng.

Penuh meja.


Sambil berborak kita layan pokok-pokok yang memenuhi halaman tuan rumah. Ada pelbagai spesis pokok citrus… limau bali, limau purut, limau nipis, limau kasturi, limau sunkist, lemon, kedondong dan lain-lain.

“Kak Bush try je ni… pokok-pokok buah sebelum ni habis kena kebas ngan monyet. Buah jambu, mangga, pisang, betik… semua habis. Kak Bush tebang buang semua. Bila tanam pokok spesis limau ni baru okay…” Seronok mendengar cerita tuan rumah, sebijik macam pengalaman saya berperang dengan makhluk Allah yang bertuah itu.

Limau Bali.

Pokok lemon.

Buah lemon.

Limau Sunkist.

Limau kasturi.


Kedondong.

By pukul 3:30 petang kami beransur pulang bagi mengelakkan jalan jam terutama dimusim hujan dan cuaca tidak menentu ini.

Buah tangan dari Penang… Rempeyek, kerepek pisang serta jeruk, dodol dan kuah rojak Pak Ali.

Rempeyek yang yummy.

Alhamdulillah tercapai hajat untuk berjumpa teman-teman lama, daripada zaman bergelar isteri-isteri Postgrad yang sibuk menguruskan keluarga dan anak-anak kecik kini dah masuk fasa nenek-nenek. Semoga ukhuwwah berpanjangan. Aamiin. 🌹

Sekian. 😊

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...