Thursday, 7 December 2017

Ke Penang pulak.....

Sejak saya kengkonon dah pencen ni hubby dah siap susun program hingga akhir tahun. Minggu lepas bertindan-tindan pulak programnya. Pada masa yang sama ada program kerja hubby di Kelantan dan program famili saya di Penang. Sebenarnya takde masalah bagi saya sebab kitakan dah tak ada komitmen kerja so ikut jelah apa-apa program yang telah dirancang. Oleh kerana hubby ada schedule kerja di Kelantan, siap dengan tiket flight pergi-balik so terpaksalah dahulukan komitmen kerja. Walaupun saya sepatutnya ikut sekali sebagai first lady (haha) tapi terpaksa batalkan sebab nak uruskan banyak benda sebelum ke Penang. Terpaksalah hubby sensorang pi setelkan kerja-kerja kat Kelantan pada hari Rabu, balik KL hari Khamis lepas tu bertolak sesama ke Penang hari Jumaat. Cadangan asal kami akan bertolak ke Penang pagi Jumaat dengan kereta. 

Bayangkan situasi hubby:

Rabu, 10.30pm: KLIA-KB(Setelah seharian lecture kat USIM)
Khamis, 5.30pm: KB-KLIA (Setelah seharian attend program kat sana)
Tiba KLIA dalam jam 6.30, lepas tu nak drive balik Ampang pulak. Nak menempoh jalan jam lagi. Maunya dalam pukul 9.00 malam baru tiba rumah. Esoknya pepagi nak kena drive ke Penang pulak. Huhu.... cubaan jugak tu. Sian Hubby.

Sebagai alternatif saya sediakan beberapa usul untuk dibincangkan. (ewah..... PA lah katakan)

Usul 1
Plan A: Hari Rabu hubby bertolak ke Kelantan. Pada hari yang sama saya drive ke Penang dengan anak-anak. Habis kerja hari Khamis hubby ambik flight terus dari Kota Bharu ke Penang, saya tunggu hubby kat airport Bayan Lepas. Kiranya tiket balik KLIA yang depa sediakan tu sia-sia jelah.

  • Usul ditolak dengan alasan hubby dah dapat flight ticket pergi balik. Takkan nak bazir. Nampak sombong pulak. Hubby pulak jenis tak tolak pemberian orang. Apa orang bagi itulah yang dia ambik. Redha aje. Lagipun hubby tak confident saya boleh drive ke Penang. Sabo jelah:(

Usul 2
Plan B: Hari Rabu hubby bertolak ke Kelantan, saya ambik flight ke Penang, sewa kereta kat airport,  stay kat Penang hingga Khamis. Lepas tu tunggu hubby kat airport seperti Plan A.

  • Usul ditolak tanpa alasan. Huhu.....

Finale :
Akhirnya kami tukar semua plan. Malam tu saya booking tiket Air Asia ke Penang pergi balik secara online. Petang Khamis tu saya ngan anak-anak  naik Uber tunggu hubby kat KLIA2. Hubby landed kat KLIA, (sebab flight MAS), ambik ERL ke KLIA2, pastu terus ke Penang sesama malam tu juga.

  • Usul diterima sebulat suara.

So pada hari Khamis saya gerak dari rumah dalam pukul 4.00 petang sebab nak elakkan traffic jam kat MMR2. Tiba KLIA2 dalam pukul 5.30pm. Masih banyak masa untuk bersantai ngan anak-anak sementara tunggu hubby tiba dari KB. Sementara menunggu tu sempatlah melayan anak-anak remajaku menggedik berselfie, wefie bagai.
Bukan senang nak posing ngan bujang sorang ni..... 

Seperti biasa dengan Miss Insta ni....

Sementara menunggu hubby tiba kami meneroka area yang selama ini tak perasan pun kewujudannya. Kami keluar dari departure area, ke kawasan macam anjung tinjau, boleh melepas pandangan hingga ke awan. Apa tah nama tempat tu. Lupa nak perati signboard. Nampak macam smoking area. Tapi macam tak ramai yang bertenggek untuk merokok kat situ. Agaknya masyarakat dah mula faham kepentingan menjaga kesihatan, jadi tak ramailah yang nak menghancurkan diri sendiri. Masih banyak ruang untuk kami sesama bertenggek kat situ.
Nak tunggu sunset tapi tenggelam di sebalik gerimis hujan. 

Sebelum ni kalau gi KLIA2 tak sempat nak meneroka sebab asyik kalut mengejar masa. Tapi kali ini banyak pulak masa, boleh sempat nak minum-minum santai sambil melihat gelagat manusia.
Teh tarik as always. Bila tah nak diet.

Alhamdulillah kami depart KLIA2 at 8.15pm, safely landed at Penang International Airport @ 9.00 malam. Singgah makan dinner @ Nasi Kandar Line Clear kat sebelah arrival exit, sebelum ambik kereta sewa terus ke TH hotel. Saya booking TH hotel sebab kat sebelah airport je. Senang sebab nak terus berehat dan tidur awal. Takyah nak susah-susah tercari-cari kat pulau memalam hari. Esoknya lepas sarapan kami check-out dan meneruskan perjalanan ke Tanah Besar untuk program seterusnya.

Majlis akad nikah diadakan selepas solat Jumaat di Masjid. Kami tukang bawa dulang berisi mas kahwin dan cincin kahwin untuk sarung atas pelamin selepas akad nikah nanti.
Nina excited pegang dulang cincin dan mas kahwin
Antara dulang hantaran yang ada.

Sebelum pengantin bersanding kami dulu naik pelamin. Ambik peluang sebelum orang lain tiba. 
Sahabat-sahabat yang sekian lama tidak bersua.

Memang payah nak dapat capture gambar mamat sorang ni...
Rare.....

Dah nikah dah......Alhamdulillah.

Malam berikutnya kami check-in kat Hotel Sunway Seberang Jaya pulak. Esoknya kenduri sebelah pengantin perempuan. Kami hanya pergi duduk menyibuk je, tak perlu tolong apa-apa sebab semuanya dah setel. Ramai saudara mara lain yang datang menolong. 
Saja menyibuk susun bunga telur.




Selamat Pengantin baru Kak Cik. Semoga berbahagia hingga ke Syurga

Usai majlis petang tu kami terus gerak ke airport. Sempat melihat keindahan laut sepanjang menyeberangi jambatan Penang. Singgah sebentar di jeti George Town. Saja melihat-lihat suasana.



Alhamdulillah kami tiba di Penang International Airport dalam pukul 5.30 petang, janji pulangkan kereta sewa jam 6 petang.  Flight delay 45 minit so sempatlah kami duduk berehat-rehat dulu sebelum selamat tiba di KLIA2 pada jam 9.00 malam. Ambik ERL ke KLIA sebab hubby parking kereta kat sana. Alhamdulillah tiba di rumah seperti yang dirancang.

Sempat lagi menjamu selera atas ERL walaupun hanya satu hentian sahaja.
Muka penat tak sabar nak balik rumah.....


PS: Next time balik Penang bolehlah berholiday beriya-iya...



No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...