Wednesday, 20 December 2017

Jalan-jalan Oman: KLIA-Muscat

"Jadi ke nak teman gi Oman?"
Beberapa kali hubby bertanya untuk kepastian. Almaklum lah kan masa tu kita sibuk dengan karier terpaksa susun masa kalau nak temankan suami. 

"Tengok tarikh tu macam okay tapi rasanya terkena time result PT3 pulak....."

Malas nak fikir banyak-banyak, akhirnya hubby buat je booking Oman Air ke Muscat untuk kami berdua sahaja.  Ala-ala breakaway untuk 4 hari 4 malam. Alhamdulillah pada masa tu saya dah tekadkan niat untuk letak jawatan maka tiada lagi kekangan kerja. Insya Allah saya boleh ikut hubby ke mana sahaja. Oleh kerana Nina excited nak tunggu result PT3 dia boleh pi ambik result ngan Kak Iman. Settled. 

Isnin: 11 Disember 2017

Kami bertolak ke KLIA pada jam 4.00 petang selepas pi hantar Nina ke Kajang. Parking kereta kat Blok A area long stay. Depa caj RM159 untuk tempoh Isnin hingga Sabtu. Sangat penting untuk kita hafal tempat letak kereta kita. Kalau tidak nanti pening nak cari kat mana sebab semua tempat nampak sama je. Lebih bagus kalau kita snap gambar tempat parking tu.

Snap gambar parking dulu

Kebetulan waktu cuti sekolah hujung tahun begini ramai orang ambik kesempatan pi umrah jadi suasana di kaunter daftar masuk agak kalut. Beratur untuk check-in agak panjang. Alhamdulillah kami dapat tempias berkat sabar jemaah nak pi umrah. Dengan penuh kesabaran kami selesai check-in selepas beratur selama lebih kurang satu jam.


Lepas tu terus masuk departure hall untuk tukar duit, makan dan solat. Ramai juga penumpang yang en-route untuk pi umrah melalui Oman. Depa transit kat Muscat sebelum ambik connecting flight ke Madinah/Jeddah. 


Alhamdulillah Oman Air ni pemurah dengan makanan. Awal-awal masuk depa bagi jus ngan makanan ringan. Baru nak lelap depa kejut untuk hidang makan malam pulak. Acu nak lelap lagi depa serve makanan lagi. Kali ini depa bagi roti ngan air panas tapi saya dah takleh telan sebab ngantuk. Rasanya masa tu dah pukul 2 pagi waktu Malaysia. Memang sah-sah waktu saya di alam mimpi. Suap makanan pun seakan bermimpi.


Vegetable pasta. 

Alhamdulillah setelah terbang selama lebih kurang tujuh jam kami selamat mendarat di Muscat Internatianal Airport pada jam 12.30 tengah malam waktu Oman, pukul 4.30 pagi waktu Malaysia. Suasana imigresen agak tenang sebab kebanyakan penumpang Oman Air masuk ke transit hall untuk ke destinasi seterusnya. Memandangkan penumpang yang nak keluar ke Oman tidak ramai maka urusan di kaunter imigresen agak lancar. Urusan visa juga mudah. Untuk Rakyat Malaysia, kami perlu beli visa dengan harga OMR20 seorang atau USD60. Kami terpaksa guna duit USD sebab masa tu kami belum ada duit Oman Riyal lagi. Tanpa banyak soalan depa bagi visa untuk sebulan. Selesai urusan imigresen kami terus ambik teksi ke hotel. Naik je teksi depa tekan meter OMR6. Jalan tak sampai 10 minit dah tiba hotel. Jumlah caj OMR6.550. Driver teksi tu minta bayaran tunai. Oleh kerana kami belum ada duit tunai dalam Oman Riyal, kami minta pihak hotel cajkan ke dalam bil sahaja. Pihak hotel bayarkan dulu secara tunai lepas tu depa caj dalam bil masa nak check-out nanti. Tak tahulah berapa exchange rate yang depa guna nanti. Lupa nak tanya. Yang pasti OMR1 bersamaan dengan RM11. Bermakna satu Oman Riyal sama dengan sebelas Ringgit Malaysia. Maknanya harga tambang teksi tadi adalah RM72. Fuh..... dah macam tambang dari KLIA nak balik Ampang. Huhu...

Slip daftar beli visa. Simple je....

Kami tiba di hotel dalam pukul 1.00 pagi. Selesai check-in dalam pukul 1.40 pagi. Terus masuk bilik sambung tidur. Alhamdulillah kami dapat extra masa selama 4 jam untuk qadha tidur. Tapi by pukul 6.00 pagi dah takleh tidur sebab masa tu waktu Malaysia dah pukul 10.00 pagi.

Kaunter daftar masuk hotel. Kemain besar jam dia.

Katanya hotel ini bertaraf 4 bintang. Untuk mendapat penarafan tu depa kena penuhi kriteria tertentu. Antaranya mesti ada hidangan arak, dan lain-lain lagi. Huhu..... sabor jelah. 

Terkezutttt.... buka peti nampak benda-benda ni. :(

Esoknya pepagi lagi kami turun pi sarapan sebab hubby mula program pukul 8.00 pagi. Kami booking hotel online. Rupa-rupanya masa booking tu depa masukkan free breakfast untuk seorang sahaja. Untuk bahagian saya kena bayar sendiri. Bersedialah dengan caj berganda-ganda nanti. :(

"Be happy, kitakan tengah bercuti." Hubby memang cool.


Lepas sarapan saya lepak-lepak kat bilik hotel sementara menunggu hubby habis program untuk hari tu. Petangnya depa organise program city tour untuk semua staf USIM. So sementara nak tunggu join program petang nanti saya ambik peluang berehat-rehat dan isi masa sendiri.

Teman sepanjang cuti ini....


PS: Mudah-mudahan percutian ini mendatangkan impak bermakna untuk kehidupan seterusnya.

No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...