Monday, 18 December 2017

Wajah kita amanah kita.....

Kata orang kalau nak cantik mesti rajin. Pada saya cantik itu subjektif. Bak kata pujangga..."Beauty is on the eye of the beholder...." Lain orang melihat kecantikan dari sudut yang berbeza. Cantik itu secondary. Yang pasti semua orang akan menilai kecantikan melalui wajah kita. Wajah cerminan hati, dan membersihkan wajah itu primary. Bagi saya wajah yang bersih melambangkan kebersihan hati. Dan setiap kita pasti akan sentiasa membersihkan wajah setiap pagi dan malam mengikut rutin masing-masing.

Saya sendiri tidak menetapkan apa-apa rutin yang kompleks. Cukup dengan menggunakan produk mampu milik sahaja.

Sebelum tidur saya akan pastikan muka bersih. Biasanya sebelum mandi saya akan cuci muka dahulu dengan pembersih muka. Saya tidak hadkan kepada produk tertentu. Belasah je apa yang ada, Nivea, Nutox, Olay, Ginverra dan lain-lain. Tapi saya paling suka guna produk Eversoft avocado. Kadang-kadang cuba juga produk lain tapi sentiasa selesa dengan Eversoft.
Pembersih muka yang saya biasa guna.

Sekiranya hari panas dengan cuaca terik dan berabuk atau seharian di luar rumah, saya akan cuci muka dengan baby lotion dahulu. Letak je lotion tu kat kapas (cotton ball) lepas tu tonyoh je kat muka untuk hilangkan daki. Lepas tu guna pencuci muka seperti di atas tadi.
Lotion+Cotton ball

Kemudian saya akan letak toner. Biasanya saya guna astringent toner Nutox yang jenis sembur tu. Kalau masa rajin saya akan guna gold water Bio Essense, sapu dengan kapas. Tapi biasanya saya gunakan Nutox cara sembur je. Cepat dan senang.
Toner

Bila toner dah kering baru sapukan krim malam. Ikut suka hati nak pakai jenis apa. Saya ikut mood. Kadang-kadang pakai Nutox night repair, kadang-kadang pakai Olay night cream, kadang-kadang pakai serum. Kadang-kadang saya tak pakai apa-apa langsung, terus je tidur dengan muka polos. Yang penting muka dah basuh bersih.
Stok krim malam.

Bangun pagi seperti biasa saya akan cuci muka dulu sebelum mandi. Lepas pakai toner saya akan pakai Olay beauty fluid. Rutin biasa saya setiap hari. Tapi sejak muka berjeragat dan asyik kena sound ngan Iman saya dah mula pakai sunscreen kalau terpaksa dan perlu keluar rumah dalam cuaca panas. Saya akan pakai Biore UV sunscreen. Tapi saya selalu mengelat malas nak pakai sebab rasa macam sapu cat kat muka. Rasa tercemar mukaku dengan cat, lepas tu kena basuh beriya-iya sebab saya was-was masa nak ambik wudhu' takut tak telap air......:(

Finally saya akan pakai bedak. Biasanya saya pakai bedak debu je. Dari dulu lagi saya cuma guna bedak debu. Paling suka bedak Pureen dan bedak baby Johnson. Cuma baru-baru ni saya mula pakai bedak Nurraysa beli ngan kawan sekolah. Saya pakai apabila nak keluar rumah semasa cuaca panas. Kengkonon nak lindungi kulit daripada UV sebab malas nak pakai sunscreen. Depa claim kata bedak Nurraysa ni mesra wudhu' tapi saya tetap tidak yakin. Setiap kali nak berwudhu' saya akan cuci muka  dengan baby lotion hingga hilang semua kesan bedak tu. Lepas tu cuci dengan pencuci muka, Lepas tu baru yakin nak ambik wudhu'. Leceh juga sebenarnya.....
Bedak debuku yang paling selesa.

Betullah kata orang orang, kalau kita inginkan hasil yang baik, usaha pun perlu berganda. Kalau nak awet muda, jiwa harus sentiasa muda..... Paling penting tidur awal dan bangun sebelum subuh. Sentiasa dalam keadaan berwudhu' dan menjaga solat lima waktu.


PS: Apa jua amanah  Allah kepada kita walaupun nampak simple, tanggungjawabnya kembali kepada kita juga.....



No comments:

Dinner @Pastribella

“Jom dinner Western…” Jarang hubby ajak makan pelik-pelik ni. Biasanya kalau ke mana-mana mesti cari makanan Melayu, Kelantan. Dan sebagai i...