Friday, 22 December 2017

Jalan-jalan Oman: Day 2

Rabu: 13 Disember 2017

Hari ni hubby ada program penuh. So saya dah buat perancangan pergi jalan-jalan dengan Norma dan Kak Faezah. Asalnya kami hanya bercadang untuk pusing-pusing bandar Muscat sahaja. Tapi disebabkan kami ada masa sehari suntuk maka kak Faezah siap minta izin dari hubby untuk kidnap saya bawa pi jelajah bumi Oman..... :)

"Kita beli makanan sikit, boleh berkelah tengah jalan nanti......"

Kami singgah di kafe stesen minyak. Lupa pulak nak pi usha harga minyak kat sini. Tapi sudah semestinyalah harga minyak depa murah. Pusat oil and gas kot.

Saya beli teh masala

Saya baru belajar cara-cara nak menggunakan duit Oman Riyal. Alhamdulillah semalam dah khatam menggoogle. OMR1 bersamaan dengan RM11. Maksudnya satu Oman riyal bersamaan dengan sebelas ringgit Malaysia. Ringgit Malaysia ada dua titik perpuluhan untuk sen. RM1=100 Sen. Tapi Oman Riyal ada 3 titik perpuluhan untuk baisa. OMR1 =1000 Baisa. Alhamdulillah harga makanan agak berpatutan, kalau convert pun masih murah. Teh masala tu harga dalam seringgit je.

"Okay, kita akan ke Wadi Arbaieen, off-road...." 

Tu dia aih..... ternganga sekejap. Wadi Arbaieen tu memang jauh. Jarak lebih kurang 80km dari Muscat dan mengambil masa dalam 1 jam 30 minit untuk sampai. Saya tak pasti kami exit kot jalan mana. Yang pasti off-road tu bermaksud kami akan melalui gunung-ganang dan jalan berbatu-batu serta berdebu tanpa tanda nama jalan. Alhamdulillah cuaca sangat terang tapi nyaman dan berangin.

Kak Faezah memberhentikan kereta di beberapa tempat untuk memberi peluang kami mengambil gambar-gambar kenangan. Malangnya saya tak ingat nama-nama tempat yang kami berhenti tu. Lagipun takde signboard. Sungguh.... saya amat kagum dengan keberanian Kak Faezah membawa kereta mendaki gunung, melalui lereng bukit serta menuruni cerun dan lembah sepanjang melalui kawasan off-road tersebut.

Bersama Norma dan anak-anaknya.
The awesome Kak Faezah....
Off-road
Nampak macam ketulan tanah merah, tapi sebenarnya batu yang berdebu.
Depa sediakan tong berisi air untuk bekalan penduduk kampung.
Deretan rumah penduduk setempat.
Minah dari Italy

Seterusnya kami menuruni lembah di sebalik sana gunung untuk ke Wadi Arbaieen. Sepanjang jalan memang berdebu halus macam tepung. Tiba-tiba teruja sebab ada bangunan 'supermarket' di celah gunung. Rasanya luasnya cuma 10x10 kaki je kot. Seluas bilik tidur bujang. Saya cuma jenguk dari luar, nampak depa ada jual air tin pepsi dan beberapa barang lain. 
Ini supermarket ye. Kiri kanan tu tembok pagar.
Kawasan tandus, pandangan dari atas bukit.

Kami tiba di Wadi Arbaieen dengan selamat. Katanya kawasan ni macam ala-ala Niagara Fall. Kalau musim panas air akan penuh, memang akan ada air terjun di tebing batu tu. Biasanya tourist akan terjun berenang dan mandi manda di situ. Saya tak berani turun ke bawah takut gayat.
Wadi Arbaieen 
Kami posing dari atas bukit je, sambil melihat pemandangan di bawah.
Airnya cetek sebab waktu ini musim sejuk.

Seterusnya kami turun ke lembah sungai di kawasan perkampungan Badwi. Nampak beberapa anak-anak mereka berlari kejar-kejar sesama mereka. Segan pulak nak ambik gambar depa. So saya perati  je dari jauh. Kambing-kambing pun banyak berkeliaran di kawasan kampung tu. Takjub tengok kambing-kambing tu dok panjat turun naik bukit batu-batu tu dengan mudah. Takde nampak tergelincir pulak. Walaupun kawasan kampung Badwi ni nampak dhaif tapi kerajaan Oman tetap memastikan bekalan elekrtik sampai ke tempat mereka. Macamana tah depa pasang tiang-tiang elektrik di celah-celah gunung yang berbatu-batu tu. Pasti ada teknologi canggih.

Tak sangka di sebalik gunung-ganang yang berbatu dan gersang ini terdapat kawasan sumber air yang sangat cantik. Airnya sangat jernih dan dingin. Hulur je tangan dalam air tu, nanti akan  datang sekumpulan anak-anak ikan bermain-main di tangan kita. 




Kawasan wadi ni juga agak subur dengan rumput dan lalang. Sebenarnya rumput dan lalang tu hanya ada beberapa tompok sahaja. Macam teruja pulak nampak pokok-pokok di padang pasir.....

Setelah puas bermain dengan air dan menikmati keindahan alam, kami berpatah balik untuk mendaki gunung lagi lepas tu turun ke lembah apatah namanya, lupa lagi.
Kesian kereta Kak Faezah.....penuh debu.


Di sebalik gunung tadi kami melalui jalan datar menuju ke Bimmah Sinkhole. Pemandangan sepanjang jalan memang cantik dengan deretan bangunan serba putih dalam cuaca yang sangat terang. 


Penduduk setempat percaya pada suatu masa dulu ada meteor jatuh di kawasan ini. Akibatnya terjadi tanah runtuh membentuk lubang besar dan dalam. Lupa pulak berapa luas lubang tersebut tapi kedalamannya lebih kurang 20 meter. Uniknya kalau dipandang betul-betul nampak seakan bentuk mata berwarna emerald. Oleh kerana lubang tu agak luas dan dalam, depa bina tembok setinggi paras dada disekeliling lubang itu untuk keselamatan pengunjung.

Depa sediakan tangga untuk sesiapa yang nak turun ke dasar lubang. Kat dasar lubang tu dipenuhi air. Boleh hulur kaki dalam air tu. Nanti ada anak-anak ikan akan datang gigit-gigit manja kat kaki kita macam yang orang dok promote kat spa tu. Kalau musim air banyak kita boleh terjun mandi kat dalam air tu.
Gigih turun naik tangga walaupun lutut dah longgar..... :)
Tercungap jugak la menapak anak tangga naik ke atas.

Setelah hilang mengah kami meneruskan perjalanan ke tepi laut pulak. Banyak pulak nampak keldai sepanjang jalan menyusur pantai ni. Kebanyakannya malu-malu kalau ada orang cuba ambik gambar depa. Pandai depa menyorok di sebalik pokok sambil terintai-intai macam anak dara.
Donkey yang malu-malu.

Pantainya sangat cantik dan bersih seolah tak pernah disentuh manusia. Tiada kesan tinggalan langsung walaupun kata mereka pantai itu sering dikunjungi pelawat. Katanya Sultan Oman amat menitik beratkan tentang kebersihan. Sebab itulah negara Oman sangat bersih.
Pantai tanpa pasir


Seronok tengok kesan kulit kerang pada batu-batuan ni.

Makcik saja nak glamer..... :)

Dah puas membelek kulit kerang dan batu-batu pantai kami beransur pulang. Seperti biasa saya akan abadikan gambar-gambar bangunan putih sepanjang jalan. Rasanya dah penuh memori handphone saya dengan gambar bangunan putih serata Oman.

Dalam pukul 3.30 petang kami tiba di rumah Norma untuk berehat dan makan malam. Norma masak gulai ikan temenung dan sambal tumis udang. Menu Malaysia di bumi Oman. 

The host yang osem, kediamannya yang cantik dan luas.....

 Saya abadikan gambar pintu rumahnya sahaja.


PS: And the earth He laid (out) for the creatures..........so which of the favours of your Lord would you deny? 



No comments:

Rumah Homestay, Rumah Pencen

Beberapa kali balik beraya tahun-tahun lepas, beberapa kali jugak hubby dok repeat nak balik pencen di kampung. Dan beberapa kali jugak saya...