Monday, 5 October 2026

Teman Hubby Buat Health Check (Oktober 2021)

Selepas dua tahun berada dalam fasa Covid-19 badan pun dah banyak berubah. Berat badan semakin naik dan keadaan kesihatan pun macam tak berapa nak baik. So saya dan hubby sama-sama ke Hospital Ampang Putri untuk buat ujian darah dan air kencing. Kami ke bahagian health screening (lupa dah apa nama sebenarnya, almaklumlah dah 5 tahun berlalu). Kita mulakan dengan checking tahap kesihatan hubby dahulu dengan mengisi borang sebelum berjumpa doktor.

Isi borang dulu sebelum berjumpa doktor.

Lepas jumpa doktor, bawa borang (note tarikh tu, 26/10/2021) ke tempat ambik darah.

Menunggu giliran ambik darah.

Patah balik ke klinik doktor sambil menunggu result darah.

Selepas berjumpa doktor di klinik, doktor refer kepada doktor pakar endocrine sebab bacaan gula agak tinggi. Dah masuk fasa diabetes katanya. Kesihatan lain masih dalam fasa selamat.Alhamdulillah.

Menunggu giliran di klinik doktor pakar pulak.

Doktor pakar endrocrine (Endocrinologist) komfemkan hubby dah masuk fasa diabetes so dia sarankan berjumpa Dietian untuk berbincang soal penjagaan pemakanan. Banyak pulak pakar pemakanan tu dok bercerita tentang penjagaan makanan untuk orang yang ada kencing manis. Saya hanya duduk mendengar sambil berdoa agar penyakit ini tidak melarat. 

Contoh saiz pot/bowl untuk portion makanan seharian.

Makanan yang harus dielakkan.

Makanan yang bebas dimakan bila-bila masa.

Makanan yang harus disukat.

Usai semua urusan, doktor bekalkan beberapa jenis ubat untuk dibawa balik. Nampaknya selepas ini terpaksalah bergantung hidup dengan ubat-ubatan hingga kesuatu masa yang belum pasti. 

Glyxambi 10mg/5mg, doktor bagi FOC sebagai permulaan.

Glucophage XR1000 sebagai ubat tambahan.

Lepas ni kena beli sendiri di farmasi.

Bilik doktor pakar… Consultant Physician & Endocrinologist.

Apabila melihat hubby telah didatangi penyakit yang tidak diundang, saya pun mula kalut dengan kesihatan sendiri. Sejak lama saya memang mempunyai bacaan kolestrol yang agak tinggi. Beberapa hari selepas balik dari hospital saya ke Farmasi berdekatan rumah untuk test bacaan kolestrol melalui finger prick. Tu dia… seperti dijangkakan bacaan kolestrol saya sudah melepasi tahap bahaya. 

Bacaan kolestrol makcik 7.07, dah memasuki kepala 7.

Kengkonon nak cuba makanan sihat…

Mudah-mudahan dengan usaha ini dapat mengekalkan kesihatan yang lebih dengan izin Allah. Aamiin.🌹

(Ini cerita pada bulan Oktober 2021, bermakna dah 5 tahun berlalu. Sekian lama dalam draft, baru hari ini nak bercerita. :)

Sekian.😊

Sunday, 4 October 2026

Solat Jenazah @Petaling Jaya

Isnin, 10hb Ogos 2026

Sejak dua menjak ni saya selalu mendapat khabar berita tentang pemergian saudara, kenalan serta sahabat handai yang berpindah ke negeri abadi. Dan bila keadaan ini terjadi kami akan cuba menghadirkan diri pada saat-saat akhir pengurusan jenazah. Yang penting dapat berjumpa dengan ahli keluarga dan turut sama bersolat jenazah kalaupun tidak dapat dapat menghantar jenazah ke tempat persemadian.

Baru-baru ini kami sempat menghadiri solat jenazah arwah bonda kepada sahabat hubby sejak dibangku sekolah. Famili hubby memang baik dengan famili mereka sejak lama. Dan kedua-dua arwah ibunda mereka juga bersahabat baik hingga hujung usia. Saya tak pasti punca kematian, mungkin sebab dah lanjut usia yang sudah memasuki lebih 80 tahun. Arwah pergi dengan mudah di rumah anaknya dan jenazah dibawa ke Masjid Tengku Kelana Petra, PJ untuk disolatkan.

Yang turut hadir.

Kami tiba di masjid dalam pukul 9 pagi, semasa jenazah sedang dikafankan. So hubby sempat masuk melihat jenazah bersama sahabat baiknya. Saya cuma duduk menunggu di luar sebelum jenazah dibawa ke kawasan bawah masjid untuk disolatkan. Suasana sangat tenang dengan kehadiran saudara terdekat dan sahabat baik mereka. Usai disolatkan, jenazah di bawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara untuk disemadikan.

Jenazah bersedia untuk dibawa ke tempat persemadian.

Usai urusan kami singgah sarapan di Baguslah Cafe sebelum balik rumah. 

Teh tarik.

Cili pan mee.

Alhamdulillah selesai urusan tuntutan seorang sahabat terhadap sahabatnya. Mudah-mudahan roh arwah bonda tercinta dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Friday, 2 October 2026

Me-time Sekali Sekala

Semalam hubby ada program di Putrajaya dari pagi hingga lewat petang. Awalnya saya memang berhajat untuk ikut ke sana. Sementara menunggu hubby habis program bolehlah saya duduk melepak di rumah anak-menantu sambil bermain dengan anak-cucu. Tapi bila memikirkan banyak kerja rumah yang tergendala maka saya decide untuk duduk rumah buat kerja sambil me-time. 

So bila hubby start enjin kereta seawal pukul 7:00 pagi, ayuhlah kita bersinsing lengan memulakan kerja-kerja rumah. Sebaik sahaja kereta keluar dari porch, saya terus ambik peluang membasuh porch depan dan keliling rumah. 

Usai membasuh porch saya sambung kerja-kerja di halaman rindu. Banyak pulak rumput-rampai yang perlu di cabut. So kita buat yang mana perlu dahulu. Sambil itu saya tanam semula anak-anak pokok di perdu batang pokok kemboja. Kawasan perdu kemboja ni dah beberapa kali bertukar wajah. Saya tanam pokok-pokok kecil kelilingnya bagi menyembuh luka pangkal pokok yang luka dek hentaman mesin rumput sipemotong rumput. Dah banyak kali saya pesan suruh berhati-hati jangan lukakan pangkal pokok di laman saya. Namun setiap kali saya pesan setiap kali juga dia macam tak paham dan kadang-kadang lupa. Dah naik menyampah pulak. Last-last kita cabut sendiri sahaja rumput-rumput liar yang ada. Dah malas nak panggil dia datang potong rumput. Akhirnya makcik mesin rumput sendiri menggunakan mesin rumput manual yang ada.

Pokok-pokok (tak tau apa nama nama) sudah di susun dan di tanam semula bagi melindungi pangkal pokok kemboja.

Dengan masa yang berbaki kita sambung mesin rumput pulak. Alhamdulillah selesai semua perancangan kerja-kerja di halaman rumah merangkap exercise bagi mengeluarkan peluh kali ini.

Done mesin rumput menggunakan kudrat yang ada.

Sebagai sesi warm-down, kita duduk menikmati bunga-bunga yang sedang mekar di laman. Banyak pokok yang belum berbunga so kita nikmati apa yang ada sahaja.

Pokok bunga tak tahu nama.

Palma.

Pokok-pokok (berdaun) herba yang ada.

Sementara menunggu hubby balik kita sambung kerja-kerja dalam rumah pulak. By pukul 5 petang hubby balik dengan cenderahati bakul buah-buahan berbunga daripada pihak penganjur program. So kita snap beberapa keping gambar buat rujukan, kot-kot tetiba nak kena buat bakul buah-buahan nanti.

Side bunga.

Separuh bakul lagi depa letak buah-buahan.

Sisi atas.

Tamatlah sudah sesi me-time kali ini. Mudah-mudahan Allah kurniakan kesihatan, tenaga dan peluang me-time dengan kerja-kerja yang lain pulak. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Tuesday, 29 September 2026

Tukar Router Unify

Setiap kali ada projek baru saya akan datang perasaan nervous awal-awal lagi. Kali ini saya realisasikan projek upgrade Unify yang tergendala sejak lama.

Kami subscribe unify 800 mb sejak pindah ke rumah ini. Dah lebih 10 tahun dok pakai router yang lama. Dok plan nak upgrade asyik tak kesampaian. Akhirnya setelah beberapa lama tertangguh saya ajak hubby ke kedai TM Point Pandan Indah untuk booking slot di Customer Service. Parking agak susah so hubby cuma drop saya depan kedai TM dan buat double parking sambil menunggu dalam kereta. Saya masuk kedai dan terus ambik tiket di mesin slot. Sebelum itu kena isi pengenalan diri pada skrin. Lepas dapat tiket depa akan mesej kita melalui hp. 

Mesej diterima.

Alhamdulillah makcik dah lebih yakin menggunakan online apps. Kalau dulu asyik nak bergantung dengan anak-anak bila ada hal-hal online sebegini. Namun akhirnya kita terpaksa akur dan tingkatkan diri seiring dengan kemajuan teknologi.

Alhamdulillah servisnya agak laju. Tak sampai setengah jam, semua urusan selesai. Depa renew contract for another two years dan akan contact melalui (mesej) hp untuk pemasangan router baru. So kita tunggu sahaja crew Unify tiba untuk buat kerja di rumah.

Crew Unify tiba seperti yang dijanjikan.

Router baru siap. Free of charge. 

Sebenarnya Unify di rumah ini tak perlu upgrade pun. Kami memang dah ambik pakej 800 mb sejak dari tahun 2011 lagi. Masa tu ada anak-anak di rumah yang selalu browse internet dan main game. Apa yang perlu hanyalah tukar router sahaja sebab router sedia ada (yang dah berusia 14 tahun) tidak dapat menampung kapasiti/kelajuan pakej internet sekarang. Walaupun pakej 800 tapi router yang ada cuma mampu handle hingga 100 mb sahaja. Akibatnya bila anak-cucu balik berkumpul, ada yang tidak dapat connect wifi rumah nenek sebab dah over capacity.

Selepas dah tukar router baru ni mudah-mudahan tiada lagi masalah tak cukup wifi kat rumah nenek. Apa-apa pun semoga hubungan keluarga tetap terpelihara. Aamiin.🌹

Sekian.😊

Family Day @Kuantan

 Jumaat-Ahad, 28-30hb Julai 2026

Kami menerima jemputan kenduri seorang sahabat di Kuantan. Depa buat kenduri pada hari Sabtu. So saya dan hubby plan nak gerak pada hari Jumaat lagi. Asalnya nak naik flight sebab hubby malas nak drive. Saya pulak lebih suka naik kereta sebab boleh susun masa sendiri. Akhirnya kita minta khidmat memana anak jantan nan 2 ketul tu untuk jadi drebar. Alhamdulillah anak no-3 berbesar hati nak tolong drive Accord (ayah). So dah alang-alang ada drebar, kita sambung stay hingga hari Ahad. Dah alang-alang ajak anak jantan jadi drebar kita ajak anak-anak yang lain juga. Dah alang-alang semua dapat luangkan masa kita plan untuk buat Family Day terus. Dan anak no-2 buat booking homestay, semua anak-anak pakat bayar kos sewa sorang sikit dan take turn untuk belanja makan sepanjang di sana. Begitulah… biasanya kalau impromtu macam ni, hasil kejadian bakal mencapai 99%. So, ayuhlah kita merapatkan hubungan keluarga yang semakin membesar ini.

Untuk Family Day ni kami hanya buat aktiviti santai, sekadar memenuhi masa sambil berehat. Namun, acara wajib haruslah mandi kolam, main pasir di pantai serta makan, makan dan makan lagi.

{Sebenarnya anak-anak dah siap pos semua cerita percutian ini ke dalam socmed mereka. Makcik cuma simpan cerita tertunda dan gambar-gambar kenangan di sini.}

Homestay yang luas dan selesa.

…dengan kolam mandi.














Ikan merah bakar petai.


The Queens.

Nenek Tok Ayah dengan 6 cucu…setakat ini.


Pakat buat ‘Signature style’ cucu boy nan seketoi.

Singgah Go’ Bang Maju, Patin Temerloh Tol otw balik KL.

Udang galah for makcik.

Semoga keluarga kecil ini terus berkembang dalam rahmat dan kasih sayang Allah selalu. Aamiin. 🌹

Sekian.😊

Malam malam di The Campus Ampang

Semalam, tiba-tiba sahaja semua anak-cucu balik memeriahkan rumah nenek. Seperti selalu kalau benda-benda unplanned  begini tidaklah nenek n...