Friday, 6 October 2023

Port Dickson balik hari.

Masa anak-anak kecik dahulu kami selalu bawak mereka ke Port Dickson. Kadang-kadang mengikut hubby bila-bila masa ada program di sana. Adakala kami pergi balik hari sahaja. Dan sejak dah tinggal berdua ini, from time to time saya akan browse through kenangan lama. Kadang-kadang saya akan buka album melihat gambar-gambar kenangan secara fizikal. Adakala saya akan baca balik apa yang tercatat dalam blog. Dan hari ini tetiba pulak terjumpa cerita yang telah hampir dua tahun tersimpan dalam draft. Maka dalam senggang masa yang ada ini kita sambung kembali cerita yang tertunda sekian lama.

Saya tak pasti bila exactly kami ke sana. Yang pasti ianya berlaku dalam dua tahun yang lepas, semasa negara terchenta ini sudah menghampiri ke penghujung zaman PKP. Kami keluar awal pagi bersama anak nombor 4 dan 5 sahaja dan singgah makan di Original Pak Lang Kopitiam, Port Dickson sebelum bercanda di tepian pantai. 

Nasi lemak telur mata.

Nasi ayam.

Ummi, ayah baru belajar buat ‘peace’.

Sentiasa dengan mask bila keluar rumah.

Saya tak pasti bila sebenarnya pantai Port Dickson ‘dicemari’ dengan pandangan yang kurang enak. Selama saya berkunjung ke sana memang pemandangannya sangat cantik dengan pantai yang tenang dan bersih seperti dalam gambar-gambar di bawah.




Kemain depa dua beradik.

Sabo jelah abang melayan adik bongsu.


One with anak bujang sebelum naik pelamin.

Pantai yang lapang dan tenang.


Empat ketoi syok sendiri.

Begitulah rakaman memori dua tahun lepas. Kami keluar pagi dan balik petang. Cukuplah jalan-jalan balik hari sahaja. Kini, pada pandangan saya, pantai Port Dickson tidak lagi seindah dahulu. Mudah-mudahan ada pihak-pihak yang berkenaan sudi mengambil inisiatif untuk mencantikkan kembali pantai lejen ini demi kemaslahatan industri pelancongan kita. Amiin.

Sekian. 😊

Thursday, 5 October 2023

Belimbing madu di tepi laman

Masa dalam fasa PKP dua tahun lepas (tahun 2021), kehidupan saya memang banyak dalam kawasan rumah sahaja. Alhamdulillah dengan adanya laman sekangkang kera sebelah rumah dapatlah saya penuhi dengan tanaman sambil exercise mengeluarkan peluh. Dan beberapa lama juga saya dok berangan nak tanam belimbing tapi memandangkan dah tak cukup tempat maka kita pendamkan dulu hajat di hati. Kebetulan masing-masing kami laki-bini dah mula mengawal bacaan gula dalam darah, atas saranan Pakcik Google kami selalu ambik buah belimbing sebagai buah tambahan. Dan seharusnyalah makcik kembali excited menyambung hajat menanam pohon belimbing. Kebetulan masa tu semua orang semangat buat pembelian atas talian, makcik pun tidak ketinggalan. Ofkoslah anakanda yang uruskan. Semua urusan pembelian kita serahkan kepada anak nombor 4 dan 5 yang masih setia duduk bawah ketiak ummi ketika itu. Makcik cuma pilih dan bayar sahaja.

Kemain tinggi bungkusan dari J&T.

Batang terjulur panjang tu hasil proses mengetut gamaknya

Peneman setia sepanjang PKP, now dah arwah.😓


Lama saya termenung memikirkan tentang batang yang terjulur itu.

Esoknya saya terus memulakan proses pemindahan ke pasu yang sesuai. Saya letak di tempat teduh dahulu bagi memastikan daunnya tetap segar. Lepas sehari dua saya mula letak di tempat panas. Kalau cuaca terik saya akan angkat pasu dan letak di tempat teduh semula. Begitulah beberapa lama sehingga keluar pucuk dan tunas baru.

Saya pindah masuk dalam pasu buat sementara waktu.

Selepas beberapa bulan kemudian, saya pindahkan ke atas tanah di tepi pagar. Tapi pokoknya agak terbantut kerana terlindung dari cahaya matahari dek pokok mangga epal. Selepas saya ambik keputusan untuk tebang pokok mangga epal itu, pokok-pokok yang dulunya hidup segan mati tak mahu kembali berfotosintesis dengan galaknya.

Pohon belimbing dah muka mengembangkan dahannya.

Kini dah lebih setahun sejak saya pindahkan ke tepi pagar, pokok belimbing ini mendapat limpahan cahaya matahari yang mencukupi untuk tumbesaran. Mudah-mudahan tumbuh segar dan mengeluarkan hasil seperti yang didambakan. 

Sekian. 😊

Lunchdate @ Mama Mee Yah, Melawati Mall

Beberapa bulan yang lepas kami jalan-jalan di Melawati Mall dan singgah di tempat makan baru, Restoran Mama Mee Yah. Sebenarnya Melawati Mall ni dah jadi tempat saya dan hubby lepak-lepak sambil mengopi dan makan-makan. Anytime nak santai-santai kami akan ke sini sahaja. Lagipun tempatnya agak friendly untuk orang-orang pencen, dekat, mudah parking, kurang crowded dan paling penting banyak kedai makan. 

Seperti biasa, kena order pakai QR Code.

Comel pulak tempat letak condiments.

Hubby order mee berkuah. Lupa pulak apa nama menunya. Kuah ala-ala tomyam dengan telur tak masak sebagai hiasan. Except for telur, mee kuahnya sedap. Oleh kerana hubby tak gemar masakan telur begitu maka saya pun mencuba rasa. Telur separuh masak memang kegemaran saya, tapi kalau yang tak masak begitu macam hmm…kita kuis-kuis dulu dan tinggalkan tanpa sebarang komen.

Mee berkuah for hubby dengan kuning telur mentah.

Kita ceduk keluar telur kuning masih mentah.

Set nasi putih dengan seafood for makcik, juga dengan kuning telur yang mentah.

Saya tak pasti kenapa hidangan telurnya begitu, mungkin sebagai niche hidangan. Masa kami datang lagi ke Melawati Mall selepas itu, kedainya dah tiada. Tak pasti kenapa depa tutup, mungkin berpindah ke tempat lain. Apa-apa pun semoga perniagaan mereka terus berkembang maju.

Sekian. 😊

Tuesday, 3 October 2023

Ngopi selepas makan nasi padang pedas.

Sejak akhir-akhir ini rajin pulak hubby ajak keluar mengopi. Biasanya hubby akan order Americano sahaja. Saya pulak suka coffee yang fancy dan sejuk. Biasanya iced atau frapp tambah caramel, cream, choc chips or nuts. Memang boleh potong kaki kalau selalu diamalkan. Prinsip saya, dah alang-alang minum kopi biarlah yang puas hati. Tapi bila hubby paksa saya minum kopi panas sejak saya asyik batuk baru-baru ini maka terpaksalah telan jugak walaupun dengan berat hati. 

Scones buat penambah rasa.

“Awak separuh, saya separuh..” sharing is caring gitu.

Cuppuccino for makcik.

Mampu minum separuh sahaja.

Sebenarnya kami mengopi selepas kepedasan makan di restoran nasi padang. Dah la kepedasan, kena scam pulak. Asalnya depa offer ‘buy two get one free’. So saya pilih tiga lauk sementara hubby pilih lagi tiga lauk dengan kefahaman setiap kami akan dapat satu lauk free. Lagipun adik yang ambik order sebelum tu memang suruh saya tambah order untuk fullfil offer tu. Tapi bila nak bayar adik cashier tu bagi satu lauk free sahaja sebab katanya ‘buy two or more get one free.’ Pulak dah…lain macam pulak offer dia. Orang tadi kata lain, yang ni kata lain. Tak pasti siapa yang salah faham disini. Tapi kita bayar je sebab dah makan. Malas nak argue banyak-banyak takut kang jadi darah daging haram pulak walau agak kesal dengan cara marketing begitu. Tapi tak perlu stress… kita tenangkan hati dengan desserts with scones & coffee.

Kemain susun penuh meja, @ Restoran Nasi Padang.

Apa-apa pun, sentiasalah mencari yang halal terutama yang nak masuk mulut menjadi darah daging. Mudah-mudahan Allah sentiasa kurniakan rezeki yang baik-baik sahaja.

Sekian.😊

Hujung minggu yang penuh dengan agenda makan-makan

Hujung minggu adalah waktu bersama anak-cucu. Memandangkan depa pun ada life sendiri maka kita susun jadual dengan sesiapa yang free and available sahaja. Dengan jumlah anak yang cuma lima orang ini, walau jarang dapat full house ada sahaja yang dapat bergilir melayan ummi dan ayah pada setiap hujung minggu. Dan untuk hari Sabtu baru-baru ini hanya anak nombor 2 sahaja yang available untuk melayan ummi dan ayah. Kebetulan menantu saya oncall di hospital Putrajaya maka kita kidnap isterinya buat teman sepanjang jalan. Dan seperti biasa aktiviti makan-makan akan menjadi agenda utama. 

Bak kata anak nombor dua saya itu. 

“Makan je lah Ummi… anything that make you happy. Buat apa nak pantang-pantang tapi stress and tak happy. Happiness lagi penting…” 

Begitulah… maka moh ler kita makan. Yang penting, makanlah dengan berhemah dan bersederhana. Dan seharian hari Sabtu itu kami berlegar-legar di sekitar Putrajaya dan Cyberjaya dari tengahari hingga lewat petang di temani anak nombor 2. 

Sarapan dulu.

Lunch ikan bakar @ Cyberjaya

Minum petang @ Putrajaya.

Pada hari Ahad pagi sibuk dengan AGM Persatuan Penduduk bagi memilih komiti baru taman perumahan ini. Makcik cuma seronok nak jumpa jiran tetangga sahaja. Walau tinggal setaman, biasanya jarang dapat berjumpa dengan jiran-jiran dek kesibukan urusan masing-masing. So bila sekali sekala berjumpa dalam mana-mana majlis bolehlah bersembang dan update kehidupan.

YB Adun Bukit Antarabangsa merasmikan majlis AGM Persatuan Penduduk.

Nasi lemak sponsored by Hamba Allah.

Diva-diva penyeri majlis, katanya…

Pada sebelah tengahari melayan keluarga anak saudara hubby yang singgah bertandang. Depa singgah dalam perjalanan balik ke Kelantan selepas menghantar anak sambung belajar di UITM Dengkil dan majlis bertunang di Bangi.  

One with Wani, anak saudara hubby sekeluarga.

Sebelah petang Ahad  anak nombor 1,3 dan 4 serta menantu dan cucu-cucu balik berziarah. Tak sempat nenek nak masak-memasak sebab sibuk sejak pagi mengalahkan YB. Solusinya kami keluar untuk early dinner di Restoran Hadramawt, Datum Jelatek. Tiada bukti bergambar sebab nenek & tok ayah sibuk melayan cucu. Apa-apa pun hujung minggu sentiasa lebih bermakna dengan kehadiran anak-cucu terchenta.

Sekian.😊

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...