Wednesday, 18 May 2022

Perjalanan awal Ramadhan 1443H: Covid tak Covid?

Kata orang, bila dah tua ni  saat berpuasa affected differently. So  listen to your body need. If it says rest, then rest it should be.

Mencari kekuatan sebelum Ramadhan. Tasik Ampang yang tenang dan damai.

Final run before Ramadhan... katanya.

Ramadhan: Day 1

Hari pertama Ramadhan tahun ini jatuh pada hari Ahad, 3hb April 2022. Untuk hari pertama ni saya asyik tido sahaja. Penat sebab the day before Ramadhan pergi jogging keliling Taman Tasik Ampang. Then pergi ambik anak bongsu kat UniKL. Lepas tu jalan-jalan pusing Bangi dengan anak menantu dan cucu. Berhenti makan tengahari di USA Pizza, Bangi then sambung mengopi kat Old Town White Coffee pulak. By the time sampai rumah dàh petang. Lepas tu nak pepare masak untuk dinner dan sahur pulak. Alhamdulillah sempat berterawih di Masjid Ukay Perdana untuk malam pertama bulan Ramadhan 1443H. Usai terawih terus balik, berehat dan tidur kemudian bangun sahur seperti dirancang dan bersedia untuk berpuasa hari pertama dibulan Ramadhan yang mulia ini. 

By tengahari dah mula prepare makanan iftar untuk semua anak-anak dan cucu balik berbuka. Saya cuma masak nasi, buat pajeri nenas dan goreng sayur campur. Iman tambah/buat ayam percik. Semua anak-anak balik bawa kuih-muih untuk berbuka dan bekerjasama menjalankan peranan masing-masing.  Seterusnya berterawih bersama-sama di rumah untuk malam kedua Ramadhan. Never in my life saya rasa seronok berpuasa dan berbuka bersama-sama keluarga terchenta. Moga Allah redha selamanya.

Ramadhan: Day 2

Hari kedua Ramadhan berjalan seperti biasa. Sebelah pagi saya keluar teman hubby ke Ampang Putri untuk ambik prescription ubat daripada doktor. Sepatutnya ada appoinment sebulan yang lepas tapi doktor tu cuti kemudian reschedule appoinment tapi tak dapat fulfill dek masalah covid pulak. Kami dah call buat appoinment untuk jumpa doktor pada pukul 2:30 petang, tapi bila sampai kat klinik, doktor letak signboard kata rehat until pukul 3:40 petang. Tak kuasa nak menunggu, akhirnya kami pergi ke farmasi terdekat dan beli je ubat-ubatan tu melalui Pharmacist... ubat kencing manis, Flavix, Lipitor, Ganfort, Ural, Eye Mo, pati peria dan Omega 3... total semua RM785. 

Selesai urusan semua kami singgah di restoran Hameediyah beli lauk-pauk untuk berbuka. Balik nanti cuma masak nasi dan sediakan kuih-muih sahaja. Kami berbuka 4 beranak yang ada di rumah  sahaja. Malam tu sempat berterawih di Masjid UIA untuk malam ketiga Ramadhan. Alhamdulillah.

Mengimbau kenangan zaman anak-anak kecil dahulu.

Ramadhan: Day 3

Hari ketiga juga berjalan seperti biasa cuma rasa tak sedap badan dan tekak rasa kering. Hubby juga mula batuk dan sakit tekak. Saya masih boleh masak untuk berbuka dan sahur seperti biasa, cuma rasa sedikit penat secara tiba-tiba. Usai solat Terawih di rumah, saya minum air kopi pearl kacip fatimah dan telan sebiji kapsul red yeast rice (ubat kolestrol). Saya tidur awal dan terjaga pada pukul 1:30 pagi esoknya. Tekak rasa sangat kering dan saya minum segelas redoxon dan segelas gelas air kosong kemudian cuba sambung tidur tanpa jaya. Akhirnya saya berjaga sepanjang malam. Alhamdulillah selera makan sentiasa ada maka kita mengunyah sahaja sehingga tiba waktu imsa'. Hubby bangun sahur dan komplen sakit tekak dan batuk makin kuat. Maka kami sama-sama buat Covid test dan hubby positif, tapi saya negatif. Usai sahur hubby terus berkurung/kuarentin di bilik atas. Oleh kerana keputusan test saya negatif maka duduklah saya di tingkat bawah... berpisahlah kami buat sementara waktu. 

Ramadhan: Day 4

Bermula hari keempat Ramadhan kami berbuka puasa dan bersahur secara berasingan. Nak kena kuarentin seminggu katanya. Hubby sendirian di tingkat atas dengan layanan 'room service' sementara saya di bawah dengan anak-anak. Untuk hari keempat ni saya cuma masak nasi, ayam goreng kicap dan sup telur petola. Nina tambah murtabak, ayam gunting dan kuih dari bazaar Ramadhan. Alhamdulillah Ramadhan hari ke-4 berakhir dengan baik.

Token for hubby... makcik tumpang seronok je.

Ramadhan: Day 5

Hari kelima saya mula sakit kepala dan sengal badan. Tekak rasa mengembang dan badan mula rasa panas. Malam sebelum tu saya terjaga setiap jam sebab tekak asyik tersedak dan kering. Setiap kali terjaga saya akan minum air kosong banyak-banyak untuk kelangsungan puasa hari kelima. Untuk berbuka saya cuma masak nasi, ayam percik dan gulai kalut ikan kembung. Kemudian buat room service untuk hubby berbuka di tingkat atas sementara saya being lone ranger di tingkat bawah. Berbuka puasa sorang-sorang. Anak-anak semua berbuka di luar. 

Antara menu room service hubby

Ramadhan: Day 6

Hari keenam saya dah mula melepek. Kepala makin sakit dan badan sengal segala sendi. Saya buat covid test tapi masih negatif. 

"Ummi bukak la puasa, makan ubat,... kesian tengok.." Nina dah mula risau tengok ummi depa ni dah tak macam rupa ummi. Saya hanya mampu terbaring sahaja. Tapi saya kuatkan semangat. Puasa tetap puasa sebab Ramadhan hanya datang setahun sekali.

"Ummi rehat lah. Nanti Nina beli makanan..." Saya okay sahaja dengan makanan bazaar Ramadhan. Tapi nasi saya masak sendiri. Saya boleh makan lauknya tapi untuk nasi saya lebih suka nasi homecook panas-panas setiap kali berbuka. Satu tabi'at yang susah untuk dimengertikan.

Usai berbuka saya telan dua biji panadol untuk mengurangkan panas badan. Alhamdulillah, temperture makin turun tapi badan keep on sengal dan sakit tekak makin kuat dan sangat perit. Saya minum Berroca untuk sedikit kelegaan.

Buat test asyik negatif je..😅

Air cengkih

Sebagai ikhtiar
Ramadhan: Day 7

Hari ini badan masih rasa sengal dan panas dan mula hilang suara. Tekak rasa makin perit dan mengembang. Saya dah telan dua biji panadol dan minum berroca waktu sahur pagi tadi. Sepanjang hari saya cuma berehat dan berselimut lagak orang demam kura. Buat covid test lagi tapi masih negatif.

Dah rupa orang demam kura dah

Untuk berbuka hubby dah order lauk-pauk via Grab daripada Restoran Suberi. Saya cuma masak nasi dan buat sup ayam dan tambah pengat pisang. Walau ada kemudahan Grab saya tetap masak nasi dan buat sup untuk kepuasan tekak sendiri. Dalam keadaan begini saya lebih suka makanan berkuah sup sahaja. Tidak salah melayan diri sendiri selagi tidak menyusahkan orang lain.

Ramadhan: Day 8

Alhamdulillah badan dan getting better walau tekak masih perit dan mengembang. Nak telan air liur pun sakit. Saya cuma sambung berehat sebab Nina dah setelkan urusan berbuka dan Amin dah belikan groceries kat Giant.

"Ummi kena gi klinik buat proper Covid test... rasa dah betul dah tu Ummi kena covid tapi test kit tu takleh detect..." Hubby dan anak-anak semua dah sibuk suruh saya pergi klinik untuk buat test covid. Dalam keadaan begini saya dah tak kisah tentang test result. Positif atau negatif, kesakitannya tetap sama. Treatment pun tetap sama... makan panadol, berroca, redoxon, telan ubat batuk, minum air banyak dan berehat. Covid atau tidak, saya yang perlu kuat dan berusaha untuk melawan virus itu dengan izin Allah.

Bekalan ubat

Ramadhan: Day 9

Feeling much better except for batuk dan gatal tekak. Rasa tekak mengembang pun dah berkurang. Malam masih tak dapat tidur dengan lena sebab asyik terjaga dek tersedak dan gatal tekak. Hubby order makanan untuk berbuka dan Nina top up kuih dari bazaar Ramadhan. Seperti biasa saya cuma masak nasi dan sambung berehat. Alhamdulillah.

Ramadhan: Day 10

Hari ini hari terakhir hubby kuarentin untuk seminggu. Hubby buat covid test untuk kali terakhir dan result pun dah negatif. Alhamdulillah dah kembali sihat and back to normal. Tapi saya masih batuk dan gatal tekak. Saya juga buat covid test untuk kesekian kalinya dan result masih sama... tetap juga negatif. So saya anggap ianya hanya flu biasa (macam yang saya biasa kena masa kat UK dulu)... demam, sakit kepala, sakit tekak dan batuk itu biasa masa winter. Cuma perlu keep warm dan berehat dengan cukup sahaja disamping makan ubat dan vitamin C.

Everything seems normal

Stok bekalan test covid

Oksigen... Normal 

Suhu... normal

Alhamdulillah saya menghabiskan awal satu pertiga Ramadhan (hari 1-10) yang di panggil fasa blessing/rahmat dengan tenang dan damai. Walaupun pembahagian fasa-fasa Ramadhan ini daripada Hadis dhaif tapi saya dapat merasakan rahmat Allah dalam setiap detik saya berjaga malam. Belum pernah lagi saya merasai kemanisan malam-malam Ramadhan seperti ini. Sungguh, rezeki Allah itu datang dalam pelbagai bentuk. Walau diuji dengan kesakitan ala-ala Covid tapi nikmat bersendirian di malam-malam Ramadhan itu yang sukar dicari ganti. Usai fasa blessing/rahmat, masuk ke fasa pengampunan, seterusnya ke fasa pembebasan dari api neraka. Mudah-mudahan Allah mengampunkan dosa-dosa kita seterusnya membebaskan kita dari api neraka.

By hari ke sebelas semuanya dah back to normal. Saya cuma bertahan dengan saki-baki batuk, gatal tekak dan semput yang datang secara tiba-tiba. Post covid katanya. Kita redha sahaja dengan ketentuanNya dan meneruskan kehidupan dibulan Ramadhan ini seperti biasa. 

Malam 15 Ramadhan... back to sejid again. Alhamdulillah.

PS:  Semoga dikurniakan umur untuk bertemu Ramadhan sekali lagi. Aamiin.

Mother's Day 2022: Bunga untuk Ummi dan santai @Chef Wan

 Ahad, 8 Mei 2022

"Surprise.... selamat hari ibu Ummi…” pandai budak-budak ni buat surprise untuk Ummi depa yang terchenta ini. Patut la Nina beriya ajak saya keluar jenjalan, rupa-rupanya ada orang nak deliver jambangan bunga sempena hari ibu masa saya tak ada kat rumah. 

Alhamdulillah, it was a surprise. Tanjat mak... Thank you everybody.🤩





The girls... missing puteri sulong and the princesses.💝

Selasa, 10 Mei 2022

"Jom beli barang rumah.." semangat pulak hubby ajak keluar, siap buat plan perjalanan... sarapan kat Starbuck, shopping barang dapur kat Jaya Grocer, lepas tu lunch kat restoran Chef Wan, KL East.

"Saja nak belanja makan sempena hari ibu..." Bab makan saya tak pernah tolak. Orang nak belanja kita layankan sahaja. Padahal sentiasa je hubby belanja makan tanpa mengira apa-apa occasion.


Nice menu.

Lepak naik buai jap sementara hubby buat bayaran.

Dah lama hubby berhajat nak makan-makan kat restoran Chef Wan ni tapi kalau datang masa weekend asyik fully booked. Lagipun saya tak minat sangat nak bersesak-sesak dengan ramai orang. Masih lagi cuak dengan cik kobid. So kami cuba during weekdays. Alhamdulillah, suasananya agak meyakinkan.

Pineapple asam boi, RM18... 6/10

Laksa Johor, RM32...6/10

Suasana tenang dan cantik 9/10

Alhamdulillah dah masuk 30 tahun saya dianugerahi title seorang ibu kepada lima orang anak sebagai ladang pahala untuk akhirat nanti. 

"Ummi garang..." Sungguh, saya akui komen jujur dari anak-anak ini. Saya memang garang terutama bila dalam keadaan stress mengurus rumah tangga ditambah dengan kekangan masa dan tenaga. Sentiasa sahaja saya menjalankan tanggungjawab dalam keadaan terpaksa dek kepenatan melampau. 

Saya tak pasti samada saya sudah memenuhi tanggungjawab sebagai ibu yang sebenarnya. Yang pasti bila anak-anak dah besar dan mula meninggalkan rumah saya punyai banyak masa untuk refleksi diri... banyak perkara yang saya terlepas pandang semasa menjadi ibu muda dulu-dulu. Andai bisa diputarkan masa, sungguh saya ingin kembali menjadi ibu yang lebih baik. Semoga anak-anak memaafkan kekhilafan saya. 

Tq google.

Semoga anak-anak saya dapat menyambung legasi menjadi ibu-bapa yang terbaik untuk anak-anak mereka pula. Moga Allah bantu selamanya.

Sepetang di KL Sentral: Ambik Amin dari KB

"Jom ambik Amin pastu terus dinner..." Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, makcik setuju sahaja. Inilah masanya kita gantung kuali.

Dah lama tak buat aktiviti ulang-alik pi KL Sentral ambik anak. Kebetulan hujung minggu hari tu (ini cerita 2 bulan lepas) anak bujang travel ke pantai Timur naik flight so saya suruh dia ke KLIA naik KLIA Transit sahaja. Adiknya drop kat KL Sentral pada hari Sabtu dan kami pick-up pada hari Ahad petang. Sementara menunggu dia tiba kami jalan-jalan cari makan dulu. Plan asal dari rumah nak makan kat restoran Melur and Thyme. Dah buat google search sebelum bertolak. Depa/google kata kat Nu Sentral tingkat 5. Maka mencarilah kami sekeliling tingkat 5 tu tapi bayang pun takde. Akhirnya kami ke tempat biasa sahaja... the Original Penang Kayu Nasi Kandar. Mudah dan cepat. Nak cari tempat duduk sebenarnya sebab makcik dah semput berjalan turun naik bangunan. 


Rupa-rupanya sekarang ni dah tak ada direct train dari KL Sentral ke KLIA. Semuanya transit. Mungkin sebab nak accomodate musim Covid-19. Menariknya tetiba sahaja kakaknya join sekali. Datang dari Putrajaya nak buat surprise untuk Ummi. Pepandai je depa buat planning.

Travel time Putrajaya-KL sentral cuma 20 minit. Tambang train dari Putrajaya-KLSentral ialah RM14, dan Putrajaya-KLIA ialah RM18. So kalau nak travel KL Sentral-Putrajaya-KLIA jumlah tambang cuma RM32 sahaja. Tapi kalau direct train KL Sentral-KLIA, kena bayar tambang RM55. Depa guna konsep monopoli gamaknya... kalau nak laju dan mudah kena bayar lebih. Kalau nak jimat kena ambik KLSentral-Putrajaya, stop, turun…. lepas tu naik balik, sambung Putrajaya-KLIA. Jimat duit tapi bazir masa. So pilih lah memana yang sesuai dengan kita.

Penang Kayu Nasi Kandaq

Roti canai telur for him.

Mee goreng mamak for me

Usai makan, kami teman Dayah ke stesen KL Transit dan bye-bye ala-ala nak pergi jauh padahal nak balik Putrajaya je pun. Saja nak berdrama sebab dah lama tak buat sesi peluk-peluk nanges-nanges hantar anak balik asrama.



Lepas dah habis drama kami pun meneruskan perjalanan balik. Mulanya nak sambung window shopping sambil cuci mata tapi kesian pulak sibujang macam dah terkebil-kebil mengantuk. Lupa pulak sidia tu travel dari KB… dah seharian on the road. Lagipun ayahnya ada sekali, rasa tak best pulak nak buang masa tanpa tujuan. Maka kita pulang sahaja ke rumah. Shopping-moping semua itu boleh tunggu hari lain. Family first… gituh.

Kami selamat tiba di rumah pukul 8:15 malam. Alhamdulillah.

Saturday, 14 May 2022

Cucur bilis for breakfast.

Hari ini saya tidak bercadang untuk sediakan menu berat buat sarapan. Cukup nak buat sandwic roti sahaja sebab hubby dah order nasi dagang untuk makan tengahari sempena semua anak-anak balik untuk sambutan Aidilfitri tertunggak. Tapi bila tengok roti tinggal 3 keping sahaja maka terpaksalah saya ke plan B. Berbekalkan apa yang ada di rumah kita mencucuq dipagi yang indah ini.

Ikan bilis menantu punya... terbaik dari Tanjung Dawai.😘

Saya hiris 2 biji bawang holand, petik dan potong secekak daun kucai segar dari laman tepi rumah. Saya letak 2 senduk tepung gandum, sedikit garam dan gula sebagai perisa dan kacau dengan air hingga sebati. Lepas tu saya masukkan bahan-bahan hirisan tadi dan tambah segenggam jagung frozen dan ikan bilis. Kemudian saya potong kecik-kecik roti yang tinggal 3 keping tu dan campurkan dalam adunan dan kacau sebati. Lastly, saya biarkan adunan sebentar sebelum digoreng dalam minyak yang banyak.

Biarkan adunan 10 minit sebelum masuk dalam kuali.


Cucur is done.

Alhamdulillah... cukup untuk pagi ini sementara menunggu semua anak cucu pulang beraya.😊

Friday, 13 May 2022

Jalan-jalan Nilai, seketika.

"Jom teman gi Nilai... ada meeting kat USIM. Pukul 9:30 pagi hingga pukul 11:30 je. Kita keluar awal, boleh breakfast kat Serdang makan pulut ikan kering. Lepas habis meeting kita lunch kat restoran Melayu tu, lepas tu terus balik, sempat solat Jumaat kat Masjid Ukay..." cantik je perancangannya. Namun sentiasa ingat... kita merancang, Allah juga merancang, dan Allah jualah sebaik-baik perancang.

Kami gerak dari rumah pukul 8:00 pagi. Cuaca sangat baik tapi as expected jalan jam kat Ampang dan TBS. So kami lalu ikut lebuh raya Sungai Besi. Jam jugak. Terpaksa skip breakfast kat Serdang. Kami cuma take away sandwic dan air kat RnR Nilai. Hubby makan dalam kereta dan terus pecut ke USIM dan tiba sana pukul 9.35 pagi. Sedikit lewat tapi ada good excuse sebab jalan jam.

Seperti biasa kita hai hai budak kecik kat UniKl dulu.

Lepas drop hubby kat USIM saya terus ke toilet di Giant Nilai sambil cari port untuk sarapan. Banyak je area melepak kat Nilai ni tapi saya lebih selesa area Giant sebab nak feeling down memory lane gitu. Giant dan Tesco (kini Lotus) adalah port lepak saya lepas hantar dan ambik anak bongsu dari sekolah dulu-dulu, sebelum depa bina AEON Mall Nilai. Banyak kenangan masa tinggal di Nilai. 

Nasi lemak, ayam goreng dan teh tarik.

Usai sarapan saya jalan-jalan tengok-tengok apa yang patut. Tiba-tiba teringatkan cucu takde selipar bila datang rumah nenek, so kita ambik selipar sorang sepasang. Tak perlu fikir panjang, kita swipe je kad atok depa.


Selipar harus sama fesyen dan sama kaler supaya tak bergaduh.

Dalam Giant ni banyak stall dan kedai pakaian, tudung, tupperware, mananan dan macam-macam tarikan untuk makcik-makcik. So kita terbeli juga sepasang baju, 3 helai tudung, dan kerepek untuk raya... walau 1 Syawal dah lama berlalu. Lepas tu lepak-lepak dalam SSF pulak sambil cuci mata dan berangan sementara menunggu hubby habis meeting pukul 11:30 pagi.





By pukul 11:30am saya gerak ke USIM semula. Rupa-rupanya depa extend meeting hingga pukul 12.30 tengahari. Maka duduklah makcik menunggu dalam kereta. Alhamdulillah, walau solo tapi dunia sentiasa terbuka luas. Masa inilah kita ambik peluang metime dan refleksi diri. 

Oleh kerana masa agak terhad untuk solat Jumaat, kami decide untuk makan dengan cepat dan ringkas sahaja. Tak banyak pilihan sebab semua tempat pun sibuk dan ramai orang. Akhirnya kami pilih restoran Wong Solo. Alhamdulillah servisnya sangat laju. Dalam masa 15 minit kami dah siap makan dan bergegas ke Masjid Nilai untuk solat Jumaat. (Hubby yang solat, makcik tunggu dalam kereta sahaja)

Set nasi ayam (kampung) bakar.

Masjid Nilai agak sesak tapi nampak meriah.

Alhamdulillah semua urusan selesai dengan baik dan kami selamat kembali ke rumah semula pada pukul 3.15 petang. Benarlah kata-kata... kita hanya merangcang, namun Allah jualah yang menentukan segalanya. Yang penting, kita tenang-tenang sahaja dan sentiasa bersangka baik. Moga Allah bantu selamanya. 

PS: Dah lama tak pi Nilai... rindu terubat seketika.

Jalan-jalan Cari Dinner @Kilang Kitchen

Petang Jumaat lepas tiba-tiba terasa nak makan nasi berlauk malam. So kami cari Restoran Sudin Kubis di Sri Rampai. Katanya femes dengan nas...