Monday, 4 July 2016

Projek Sebelum Raya: Makeover Kusyen Kerusi Makan

Setiap kali nak raya ada saja benda yang kurang berkenan di mata saya. Tahun ini mata saya asyik tertumpu kepada alas kerusi makan yang dah kepam tu. Walaupun baru berusia 5 tahun tapi alas kerusi dah nampak sangat uzur menunjukkan aktifnya tuan rumah beramah mesra merapatkan ukhuwah sesama ahli keluarga. Al-maklum lah aktiviti keluarga banyak tertumpu di meja makan. Anak-anak pulak kalau makan punya lah kusyuk sampai tak perasan makanan tumpah. Saya pulak sukakan warna-warna yang lembut maka bertompok-tompok lah kesan tumpahan makanan tu boleh nampak dengan jelas.
Saya dah buatkan alas tambahan yang senang nak tanggal untuk dicuci. Lekat dengan valcro. Tapi lama-kelamaan nampak pelik pulak sebab asyik bergerak-gerak bila duduk. Asyik nak kena betulkan tiap kali lepas duduk.
Semalam saya tanggalkan alas tambahan tu untuk dibasuh. Bila tengokkan alas yang asal tu nampak kesian pulak. Akhirnya saya nekad untuk make over kusyen kerusi tu. Ganti semua alas yang ada. So semalam juga saya ke Nagoya, Wangsa Maju ditemani anak dara saya yang berdua tu. Sebenarnya dah lama saya tak sana, sejak dah pencen menjahit. Hajatnya nak cari warna yang gelap supaya tak nampak kotor. Puas saya pusing bahagian kain tu nak cari warna yang sesuai tapi pandangan mata ni masih juga berkenan dengan warna yang cerah. So akhirnya saya pilih warna krim (kuning air). Tambah dengan alas plastik supaya tahan lama.
Peralatan lain yang diperlukan....cuma skrew driver. 
Mula-mula tanggalkan skrew kat bawah tempat duduk tu. Ada 3 skrew yang perlu ditanggalkan. Kemudian letak kusyen tu atas kain yang akan digunakan. Lepas tu ukur dan gunting kain dan plastik yang sesuai dengan saiz kusyen tu. Seterusnya balut je kusyen tu macam balut hadiah. Untuk kemaskan balutan boleh lekatkan alas tu guna gam gajah. Guna stapler gun pun boleh. Saya guna masking tape je. Nak guna celotape biasa pun boleh. 
Pandangan bawah kerusi yang dah siap dilekatkan celotape. 
Bila dah siap pasang balik skrew yang ditanggal tadi..

Berkat kerjasama anak beranak semua proses make over hanya mengambil masa tak sampai satu jam. Sambil-sambil masak juadah berbuka sambil-sambil Umi mengarah apa yang perlu dibuat. Suasana raya sudah mula terasa...
Sebelum...:( 
Selepas...:)

Bahan yang diperlukan bergantung kepada bajet dan jenis kain. Saya beli kain langsir jenis blackout yang agak tebal sebanyak 4 meter. Tambah alas plastik juga 4 meter. Guna plastik yang macam alas meja tu je. Kos semua dalam RM50. Tapi kain dan alas plastik ada banyak lebih. Sebenarnya 3 meter pun dah cukup untuk 8 buah kerusi. Lagi jimat kos.....

"Umi....kain lebih ni kita buat table runner lah.."

Dayah selalu je datang dengan idea yang bernas. Umi je yang dah  malas nak menjahit. Esok nak fikir tentang juadah raya pulak....


Sunday, 3 July 2016

My Silky Girls :)

Sedar tak sedar saya dah menghampiri 5 series, atau setengah abad bak kata orang lama. Sejak akhir-akhir ni juga saya mula mengalami mimpi yang pelik-pelik. Kata orang mimpi mainan tidur. Tapi sesungguhnya saya tidak pernah bermain dalam tidur. Mimpi yang hadir dalam tidur saya buang jauh-jauh pabila terjaga. 

"Hang kawal dan jaga diri masa sedar. Masa dalam tidur hang tak boleh nak buat apa. Roh tu pi bejalan merata suka hati dia. Jangan dok pikiaq sangat kalau kita mimpi apa-apa. Roh hang nak main-main ja tu..." Pesan nenek yang tak pernah bercerita apa-apa tentang mimpinya. Selalu ceria seakan tidak pernah ada masalah. 

Sejak akhir-akhir ini juga lutut saya dah mula berubah arah. Seolahnya dah tak dapat berfungsi dengan sempurna. Suatu hari tu terpaksa ambik MC satu hari sebab tak larat nak drive gi sekolah. Kisahnya kat jalan rumah saya ni depa nak buat EKVE. So asyik lah dengan trafik jam memanjang. Perjalanan yang biasanya 5 minit saja boleh ambik masa dekat sejam. Kereta pulak manual. Jenuh lah dok tekan clutch kruk krak kruk krak. By the time tiba sekolah terus rasa tak nak balik sebab memikirkan terpaksa mengharungi trafic jam esoknya lagi dan lagi. Kesian lutut saya menanggung bebanan yang tidak sepatutnya. Dah sampai masa gamaknya. Mesin pun kalau lama-lama boleh kong ini kan pula jasad manusia. Mungkin juga Allah nak bagi ujian kesihatan untuk menghapuskan sedikit dosa saya selama ini. 


"Tq umi belikan bedak Nina."

Melihatkan puteri bongsu saya pun dah jadi anak dara menambahkan lagi keinsafan yang saya ni dah tua. Walaubagaimanapun, paling penting jiwa sentiasa muda pabila bersama anak-anak dara saya. Mereka sangat memahami, sentiasa ada untuk mendengar cerita saya. 
Budak dua beradik ni memang pantang jumpa. Dan pantang ada camera. Penuh dengan selfie galak gedik depa je.

"Saja letak gambar kita banyak2. Senang nanti bila umi rindu....."

Pandai la buat reasons. Dalam hp saya pun penuh ngan gambar2 depa dok mengedik. Alasan....senang nanti kalau umi buka phone terus nampak wajah comel depa tu.
Satu hal lagi mek yang sorang tu pulak memang asyik nak balik rumah je. Pantang ada peluang. Pernah sekali tu tetiba je gi beli tiket nak balik rumah sebab stress.

"Umi, Dayah dah beli tiket 8.30pm. Turun kat TBS." Pulak dah. Biasanya turun kat Pekeliling.

Perjalanan biasa ambik masa dalam 3 jam. So expected arrival time 11.30pm. Tapi sebab malam, bimbang juga takut kami terlambat. Sian pulak Dayah nak kena tunggu sensorang. Tak pernah lagi kami buat kerja macam ni. Biasanya hubby hanya benarkan anak-anak travel siang hari saja. So dalam kol 11.00 mlm kami dak tercongok kat TBS. Sambil pekena roti canai teh tarik kat kedai Mamak.

Jangkaan kami bas tu direct pergi TBS. Rupa-rupanya bas tu singgah Pekeliling dulu lepas tu baru datang TBS. Lewat pukul 12 malam baru tiba. Berkali-kali kami dok check time table kat skrin tu. Asyik bertukar-tukar je masa dia. 
Canggih je nampak. tapi satu pun tak leh pakai..
Masa sweet 19th... Hahah...zaman dulu, mek ni memang suka tayang gigi. Sekarang je baru pandai nak senyum simpul.


PS: Dan saya...... masih kekal dengan bedak pureen debu dan bedak compact baby johnson...

My little princess is now queen of his heart....

"Awat pi hospital jauh sangat? Ampang puteri kan senang...."

"Senang Iman nak jaga."

Sungguh saya lupa lagi. Puteriku dah besar panjang. Sudah punya tanggungjawab besar. Menjaga suami terchenta ketika susah dan senang. Saya sangat bersyukur. Alhamdulillah. Masa berlalu begitu cepat. Sedar tak sedar saya dah ada anak yang besar panjang.
Sebenarnya ini cerita awal tahun baru ni. Terperap dalam draf. Baru hari ni dapat peluang nak sambung cerita. Kisahnya menantuku kena operate lutut (ACL) sebab ghairah sangat main futsal tak kira siang malam. Hopefully lepas ni boleh bertahan kena rehat at least 9 bulan.
Baru sehari lepas operate lutut dah mula buat fisio.

Setelah lebih setahun berumah tangga dah mula nampak sifat tanggung jawab isteri mithali. Suami pun nampak bertanggung jawab. Itu pandangan kasar saya.  Cerita dalam rumah mereka saya tak pernah ambik port. Biar mereka cipta cerita mereka sendiri, acuan sendiri. (Moga Allah mudahkan saya. Saya adalah ibu dan ibu mertua yang baik gitu.....:) Mudah-mudahan kekal hingga ke syurga.
Budak kecik yang dah jadi bini orang.....

[What do I miss? Her cheeky little smile lepas sepahkan barang-barang rumah. Her temper tantrum kalau tak cukup tidur petang. Her clinging to my feet even masa saya tengah solat. Her echo scream masa first time kena pi tadika. Tak pernah lagi saya jumpa budak menjerit sekuat hati sebab kena pergi sekolah....]


Tabiat yang entah bila nak buang. Kat mana-mana pun nak peluk umi...

"Umi... Iman tak balik minggu ni tau. Nak kena gi rumah sana....."

Sepatutnya weekend ni kami pi buka posa kat luar. Mana tah. Tak fikir lagi. Nak makan apa pun tak tahu. Alhamdulillah dah tak yah fikir lagi. Masak je apa yang ada kat dalam peti ais tu. Tidak pun cari je lauk tunjuk kat bazaar Ramadhan.


Saturday, 2 July 2016

Lampu Unser pulak.....

Suatu hari tu (tak ingat dah exactly bila) tetiba lampu signal sebelah kiri tu tertanggal. Gedebung gedebang bunyi bising sepanjang jalan. Saya ingatkan ada benda tersangkut kat mana-mana, ataupun ada tin cat tergolek-golek kat bonet kereta. Masa tu memang saya tengah kalut dengan projek mengecat palong pokok bunga sekolah. Kengkonon projek keceriaan gitu. Banyak lah tin cat kat dalam kereta saya. Patut la sepanjang jalan orang dok pandang-pandang je. Sampai di rumah baru nampak lampu signal tu elok je tergantung-gantung dengan wayarnya terkeluar. Sabo je lah. So saya DIY lekatkan balik lampu bertuah tu dengan masking tape.  
Esoknya terus pergi bengkel. Depa letak gam je. Kena caj RM5. Setakat letak gam gajah tu saya pun boleh buat sendiri.
Nampak lampu besar tu pun dah kelabu asap.

Tak tahan lama pun. Tetiba tanggal lagi. Masa kat tengah hiway pulak tu. Nasib baik masa tu ada anak bujangku. Terus singgah stesen minyak cari celotape. Hasilnya bertampal-tampal lah lampu kereta Unserku dengan celotape.

Petang tu terus singgah bengkel yang biasa servis kereta saya. Rupa-rupanya tempat cangkuk lampu tu dah patah. Kalau nak ganti kena ganti dengan sarung lampu sekali. Satu set lampu signal tu harga RM90. So alang-alang dah nak ganti lampu signal tu saya ganti sekali kedua-dua lampu besar tu. Cermin lampu tu pun dah lama kelabu asap. Kadang-kadang basuh kereta minta depa polish sekali cermin lampu. Tapi tahan sehari dua je. Lepas tu jadi kelabu asap semula. Kalau drive memalam tanpa lampu jalan memang nampak kelam je lah. Satu set lampu besar tu harga RM195. Depa kata itu lampu ori untuk kereta Unser. Suka hati hangpa lah. Kalau depa tipu pun bukannya saya tahu. Pandai drive je. Bab-bab kereta ni zero. Saya ganti dua-dua set lampu besar plus satu set lampu signal. Dung dang dung dang campur servis bagai, cecah RM590. Ada satu mentol terbakar. Yang tu pun kena caj RM5 sebijik. Nasib lah..... demi keselamatan jiwaku dan anak-anakku. Kos repair claim ngan hubby....:)

Autogate oh autogate.....

Hari ni kononnya nak pi finalise shopping raya. Kebetulan Dayah balik semalam boleh lah teman umi ngan Nina pi shopping hari ni. Kemain konon us girls only. Hubby jadi driver je.

"Kol 10 semua ready masuk kereta ye..."

Elok je semua dah ready masuk kereta, start engine, autogate tak boleh buka. Mulanya ingatkan bateri remote dah kong. Cuba buka guna suiz pun  tak jalan. Nasib baik kejadian berlaku masa kami sekeluarga ada di rumah. Boleh saling sabar-menyabar. Cuba juga cara manual tapi tempat letak skrew tu dah berkarat. Nak pulas skrew pun ketat. Sabar je lah. 

Sebenarnya ini dah masuk kali kedua autogate kami tak boleh nak buka. Hari tu boleh buka sebelah je. Panggil orang repair. Depa buat bypass wayar ke pintu sebelah lagi.  Kos RM240. Boleh tahan dalam 2 bulan je kot. Kali ni kedua-dua belah pintu pulak tak boleh buka. Guna suiz tak jalan. Guna remote pun tak jalan. Cuak juga. Buatnya autogate tu buat hal di pagi raya, alamatnya berdendang perantau lah kami kesyahduan di pagi yang mulia.

So saya call balik budak yang repair autogate hari tu. Alhamdulillah depa boleh datang hari ini juga tapi tak tahu jam berapa. Tunggu punya tunggu hampir 2 jam tak kunjung tiba. Cancel planning nak bershopping. Sementara tu saya call beberapa nombor autogate lain. Depa siap bagi quotation. Kalau kena ganti motherboard kos RM380 tambah upah lagi RM80. Belum masuk kalau kena buat wiring.


Akhirnya dalam pukul 1.30 tengahari budak repair tu muncul depan pintu. Terus depa pi check motherboard tu. Mula tu kata receiver rosak. Lepas ganti receiver masih tak boleh jalan. Rupa-rupanya wiring pulak rosak. Tak paham saya macamana wiring boleh rosak. Baru je buat semua wiring tu lima tahun lepas. Tapi mungkin betul la kot. Dah lepas lima tahun macam-macam benda boleh rosak. So terpaksa lah buat wiring baru. Cuak juga mulanya sebab nak kena tebuk dan hack dinding bagai. Rosak la dinding rumahku. 

"Kita pakai manual je lah....." Cadangan luar biasa dari hubby.

Saya kurang terkesan dengan masalah autogate ni.  Hari-hari pun memang saya buka tutup pintu pagar sendiri sebab parking kereta kat luar. Keluar awal pagi ngan anak-anak. Tapi kesian pulak nanti hubby tinggal sensorang nak setel buka tutup pagar tu masa nak gi kerja pepagi.  Masa hubby balik kerja tak de masalah. Saya dah sedia menanti depan pintu....

"Ala, ganti je lah yang baru." Suka hati saya je. Mentang-mentang la bukan saya yang keluar duit.

Akhirnya kami decide buat wiring baru. Tak payah hack dinding sebab dah ada power point yang boleh tebuk terus keluar. Cuma akan nampak batang wayar berlengkar-lengkar sepanjang perjalanannya ke motheboard tu.

Power point ni sahaja yang bagi impak minima kepada masalah tebuk menebuk dinding tu. 

Asalnya power point ni untuk kegunaan TV dan Astro sahaja. Tapi dah sambung dengan wayar air-cond untuk ruang tamu pulak. Sekarang nak tambah untuk autogate lagi. Mudah-mudahan tak de masalah overflow nanti. 

Dah siap sambung wayar semula.

Depa tebuk dinding sikit untuk keluarkan wayar terus sambung berlengkar-lengkar sepanjang padang rumput kesayangan saya tu. 

Serabutnya tengok.... Tah apa benda wayar depa pasang. Depa tukar receiver baru. 

Alhamdulillah setelah lebih 4 jam depa berhempas pulas akhirnya siap. Mudah-mudahan tak ada masalah untuk waktu terdekat ini. Kos semua RM960. 

"Kakak mau resit ka? Kalau mau resit kena tambah GST 6%." 

Boleh pulak macam tu. Harga resit pakai duit GST ke apa. Sabo je lah. :)

Jogging @ KLCC Dan Kemas Kabinet Bawah Dapur

Dalam dua minggu ini perhatian saya banyak terarah kepada projek declutter dan menyusun semula barang-barang dalam rumah ini. Walaupun sibuk...